Friday, March 5, 2010

352hari mencari cinta-lamaran dalam samar

Dengan kalam Bismillah

Benarkah bila cinta sedang diraih hati berbunga, perasaan begitu bahagia?Benarkah juga sebelum meraih cinta, debaran kencang menyentap jiwa?Dan benarkah, bila cinta belum diluahkan, hati meronta-ronta…jiwanya hidup segan tapi matinya tak mahu kerana belum melafazkan cinta? Cinta insaniyyah…begitulah hendaknya…

Bagaimana pula cinta Ilahiyyah??? Wajib lebih hebat dari itu kan….
Tetapi, hakikatnya…ramai yang mengagung-agungkan cinta insaniyyah, merujuk kepada kehebatan cinta rumi dan juli, laila dan majnun, cinta kutub utara kutub selatan, cinta ke bintang kejora dan sebagainya, sehingga kita lupa bahawa kehebatan cinta Ilahiyyah seorang hamba itu lebih hebat dan suci seperti Rabiatul Adawiyyah, Keluarga Sumayyah, Bilal bin Rabah, sahabat-sahabat Rasulullah saw, Imam Al-Ghazali, Imam As-Syafi’e dan ramai lagi. Malahan, Rasulullah saw sendiri begitu hebat cintanya kepada Allah swt, sungguhpun dia seorang yang maksum dan utusan Allah swt.

Teringat saya kepada satu kisah yang mendatang kepada saya:
“kawan, saya ada benda la nak tanya dan minta pandangan awak….”
“nak tanya ape tu?”
“camana nak respon sekiranya ada orang yang setiap kali sms, ade jer hint dia bagi…yang menunjukkan dia suka kat kita? Tapi dia tak cakap direct pun…camana tu ye? Nak respon ke tak orang yang malu tapi mahu tu?”
“hmmmm…dia bagi hint macamaana tu?...”
“dalam sms dia inform la…’ada urang suka, tapi belum tentu lagi empunya diri suka, entah-entah orang tu tak suka’…tapi dia takde la cakap direct dengan saya…banyak kali jugak la sms dia ala-ala jenis macam tu..”
“awak suka jugak ke kat dia? kalau macam tu, tanya dia betul-betul…atau bagitau dia yang awak tak faham bahasa pujangga atau kiasan nie…atau…awak terus tanya jer kat dia, adakah dia sukakan awak, direct terus…takdela buang kredit main tarik tali macam tu…”
“hmmm…malu la saya nak tanya macam tu…”
“hmmm…memasing malu nie, macamana yer…umpama lamaran dalam samar…hati-hati lamaran dalam samar ini, kerana ianya boleh menyesahkan jiwa kita”
huhuhuhu….”
“kalau macam tu, awak Istikharah banyak-banyak…minta Allah bukakan hati dia dan hati awak dengan meluasnya sekiranya antara kamu berdua memang jodohnya sudah termaktub dan tertulis di Luh Mahfuz…InsyaAllah, pertolongan yang sebaik-baiknya hanyalah kepada Allah swt..dan cinta yang hebat itu adalah dari seorang yang mencintai orang lain kerana kecintaannya kepada Allah swt”
“syukran jaziilan wahai sahabat…”
“sama-sama, apa gunanya kawan kan….:-)”

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
Wallahua’lam…
Post a Comment

Most Popular