22 March 2010

351 hari mencari cinta- cintailah diri anda!

351 hari mencari cinta- cintailah diri anda kerana Allah swt lebih mencintai anda!
Dengan kalam Bismillah

Cinta…! Manusia mana yang tidak pernah berbuat kesilapan??? 

Bila kita buat silap, kita sedar dan bertaubat…...Alhamdulillah, itu sudah cukup menggembirakan hati dan menenangkan jiwa...… 

Tapi, amat malang bagi yang melakukan kesilapan, sedar …tetapi terus-terusan menzalimi diri sendiri dengan melakukan kesilapan yang sama atau kesilapan yang lebih besar lagi…...rugilah kehidupan mereka di dunia ini, jiwa resah gelisah, hati tidak tenang sepanjang hidup, jalan hidup porak peranda...…rugi dunia dan rugi juga di akhirat nanti!

Kita sering lupa akan tujuan hidup kita di dunia ini…...dilahirkan di dunia untuk apa? dilahirkan sebagai manusia dan khalifah di muka bumi ini kerana apa? Dilahirkan dengan sifat yang tidak ada pada makhluk lain dan mempunyai kelebihan yang unik berbeza antara satu dengan yang lain…

Dalam surah As-Sajdah - 21: 7-9, Allah Ta'ala berfirman. Yang bermaksud: "Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur."

Ya, kita dilahirkan sama, tapi mempunyai sifat-sifat unik yang tersendiri ...
Maka, haruslah kita mencintai diri kita sendiri walau apapun sifat jasmaniah kita...kecil, besar, kurang pendengaran, kurang penglihatan, hidung senget sebelah, hidung tak mancung, mata sepet dan sebagainya. Allah swt telah menjadikan kita sempurna dan cukup sifatnya… walaupun ada yang kurang bernasib baik mempunyai kekurangan yang tidak ada pada manusia yang lain…pun begitu, bukanlah Allah swt itu tidak adil…...

Allah swt Maha Adil di dalam penciptaanNya dan Dia tidak akan menjadikan makhlukNya sebegitu rupa melainkan apa yang termampu oleh setiap makhlukNya dan setiap penciptaanNya mempunyai tugas-tugas yang cukup unik dan istimewa.

Bagi kita yang cukup sifatnya, sewajibnya kita bersyukur kerana kita sempurna pada pandangan Allah swt, mempunyai 2 kaki yang boleh berjalan, mempunyai 2 tangan yang boleh memegang, mempunyai 2 telinga yang boleh mendengar, mempunyai 2 mata yang boleh melihat, mempunyai hidung yang boleh menghidu, mempunyai mulut yang boleh bertutur, mempunyai 1 kepala yang dipenuhi dengan otak dan minda yang cerdas untuk kita berfikir, mempunyai hati yang boleh menuntun kita dan menjadikan kita perasa-perasa kepada persekitaran kita, orang disekeliling kita dan Pencipta kita.

Memang wajiblah kita bersyukur dan mencintai diri sendiri kerana Allah swt lebih mencintai kita.  Bagaimana mungkin kita tidak cintakan diri kita sedangkan yang menciptakan kita lebih menyayangi kita...kita wajib malu, kiranya kita tidak mampu mencintai diri sendiri!

Cuma, kita ini kadang-kadang alpa dengan curahan nikmat yang terbukti di hadapan kita…. 

Ada yang cenderung dalam tidak sedar, sedikit demi sedikit memusnahkan nikmat yang sedia ada dalam diri kita sejak lahir lagi, ada yang cenderung untuk kufur kepada nikmat dan bukti kebesaran yang melekat pada diri kita-seluruh pancaindera kita, jasmani dan ruhani kita merupakan bukti yang besar yang perlu kita jaga, kerana itulah amanah yang telah diberikan Allah swt kepada makhluk yang Dia cinta…...Cinta dan Kasih sungguh Allah kepada hambaNya… !

Cintailah diri sendiri!
kata-kata yang cukup ironi dan sudah menjadi biasa bagi kita… kerana ada manusia yang masih lagi mencari identity diri sendiri,  ada juga yang menambah-nambahkan kecantikan yang sudah sedia ada cantik untuk memuaskan pandangan mata orang lain, dan ada juga yang dengan rela membinasakan diri sendiri dengan membiarkan diri terjun dalam kehinaan, membiarkan diri dihina, dipandang rendah, rela membiarkan tubuh badan terdedah dengan mata-mata yang rakus ingin menelan dan merobek jasmini tersebut… ...

Kadang-kadang sedar tak sedar kita selalu juga menzalimi diri kita sendiri, kerana kita dilahirkan dengan perasaan dan jiwa…, jiwa yang membesar bersama-sama dengan membesarnya kita setiap masa. Kiranya jiwa tersebut tidak dipupuk dan dididik dengan sewajarnya… disitulah bermulanya masalah akhlak yang semakin menyerang dan menyesakkan kita - isu anak luar nikah yang semakin menjadi-jadi,  isu pembuangan anak yang berleluasa, minum arak yang semakin menjadi kebiasaan anak-anak remaja, pergaulan bebas yang melampaui batas, dan pelbagai lagi masalah yang melibatkan keruntuhan akhlak …terang dan nyata sekali!

Kalau ada lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal dari seberang - Mencintaimu, nyanyikanlah di dalam diri kita lagu - Mencintaiku… agar kita lebih cintakan diri kita sehingga kita mampu menjaga dan memelihara dengan teguh apa yang Allah swt telah nikmatkan dan amanahkan kepada setiap diri kita...…jaga hati kita, agar tidak terpedaya dengan nafsu syahwat yang sentiasa ada di dalam diri kita, jaga keseluruhan  jasmani kita agar kita tidak menzalimi diri kita dengan zina, arak, maksiat yang berleluasa, jaga jiwa kita dari diracuni secara terang dan sedar, atau tanpa kita sedar yang racun tersebut sedikit demi sedikit memakan jiwa kita sehingga kita kehilangan jiwa dan suara hati dari melihat kebenaran… dan jaga perasaan kita, agar tidak dikuasai oleh nafsu - ammarah, sedih yang terlampau, gembira yang berlebih-lebihan, keciwa dan putus asa kerana kita ada panduan yang sempurna untuk kita melayari kehidupan yang terlalu singkat jika dibandingkan dengan kehidupan yang kekal abadi nanti!

Love yourself because  Allah swt loves you more… enjoy your shortlife to enjoy the eternal life in the hereafter...always do good deeds to bring it together with u later, protect your heart and soul and nourish them with Allah's love …and LOVE Allah swt more than everything you love in this whole world!

Cinta! Sungguh hebat kiranya cinta tersebut sentiasa ada dalam diri kita, cintakan diri sendiri kerana Allah swt, cintakan seseorang juga kerana Allah, cintakan keluarga kerana Allah, cintakan sahabat-sahabat juga kerana Allah sehingga kita tidak sanggup membiarkan mereka membinasakan diri mereka sendiri… cintakan ummah kerana Allah swt…....hebatnya kita jika mampu bercinta kerana Allah swt!

Wallahua'lam

No comments: