29 March 2010

350 hari mencari cinta – Hello Book Lovers!

Hampir seminggu Pesat Buku di PWTC berlangsung…masih belum ada lagi kesempatan lagi untuk bertandang melawat dan mengintai buku-buku yang menarik yang wajib dibeli untuk tahun ini. Hari terakhir Pesta Buku digagahkan kaki pergi ke PWTC, ditemani kawan baik yang sama minatnya mencintai buku. Seawal pagi sampai sekitar 930am. Parking di sebelah hentian bas…teringat nostalgia-nostalgia lama ketika belajar dulu…tempat lepak di The Mall. Kelihatan kenderaan sudah mulai berpusu-pusu mencari tempat memarkir kereta…semuanya hendak menuju ke tempat yang sama.

Setelah mengisi perut masing-masing untuk trekking di dalam Pesta Buku, kami mula melangkahkan kaki menuju ke kaunter-kaunter yang memang menunggu-nunggu kedatangan kami. Dimulai dengan dewan 4 di bawah…kebanyakannya buku kanak-kanak dan buku-buku pendidikan awal kanak-kanak…promoter program dari Grolier dan yang lainnya sedang mencari-cari pelanggan masing-masing untuk mempromosikan dan menjual produk mereka dengan cara yang tersendiri kepada pengunjung yang hadir.

Lebih kurang 3 jam kami habiskan masa mencari buku-buku ilmiah, fiksyen, dan sebagainya…berakhir dengan buku-buku yang penuh di dalam beg sandang, yang dijinjing kiri dan kanan…dan kamera yang disangkutkan ke leher untuk mengambil aksi dan gelagat pengunjung dan suasana yang meriah di Pesta Buku. Berehat sebentar utk makan dan solat zohor…buku-buku yang dibeli dihantar ke kereta untuk disimpan terlebih dahulu sebelum menyambung kegilaaan kami membeli buku...

Jam 230pm kami menyambung pencarian buku-buku di dewan utama pulak…keadaan semakin sesak dengan pengunjung yang bertambah ramai, dengan jeritan anak-anak yang dibawa oleh ibu bapa mereka di Pesta Buku, dengan pekikan suara promoter yang sedang mempromosikan buku-buku yang dijual menjadikan suasana hingar bingar dan meriah…Kelihatan Dato’ Jins Shamsuddin sedang di wawancara di pentas utama…sempat jugak merakamkan foto beliau yang sedang diwawancara.

Dewan utama…menyaksikan banyak pengunjung yang mendapat apa yang mereka cari…duit mengalir deras seperti air terjun di dewan tersebut…ibu bapa yang datang, memenuhi keinginan anak-anak yang mencari-cari buku yang sesuai untuk bacaan santai dan serius, si-ibu dan bapa pula, sibuk mencari-cari majalah atau buku untuk santapan minda mereka, pelajar-pelajar menghurungi kaunter-kaunter ilmiah, remaja menyerang dan memenuhi kaunter-kaunter novel yang semakin banyak di dalam Pesta Buku ini…pergi ke hampir kesemua kaunter…bila jumpa buku-buku yang menarik dan baca synopsis disertakan dengan diskaun yang tidak terdapat di mana-mana kedai buku, terus kami tangkap buku berkenaan…seolah-olah peluang untuk mendapatkan buku tersebut tidak akan diperolehi tahun hadapannya…it ended up with few hundreds worth of books, nearly thousand…and my friend ended up with buying books more than thousand…

Beberapa novel yang dibeli mendapat sentuhan autograph dari penulis novel tersebut…hmmm…kat mana lagi nak dapatkan auto penulis, selain dari Pesta Buku atau Book Signing Event di gedung-gedung buku besar di sekitar KL…mudah-mudahan satu hari nanti, dengan doa, harapan dan usaha…aku bakal menjadi penulis seperti mereka!...:-)

Satu benda jer yang tak kesampaian = majalah fotografi yang aku cari tidak jumpa-jumpa akhirnya!

22 March 2010

351 hari mencari cinta- cintailah diri anda!

351 hari mencari cinta- cintailah diri anda kerana Allah swt lebih mencintai anda!
Dengan kalam Bismillah

Cinta…! Manusia mana yang tidak pernah berbuat kesilapan??? 

Bila kita buat silap, kita sedar dan bertaubat…...Alhamdulillah, itu sudah cukup menggembirakan hati dan menenangkan jiwa...… 

Tapi, amat malang bagi yang melakukan kesilapan, sedar …tetapi terus-terusan menzalimi diri sendiri dengan melakukan kesilapan yang sama atau kesilapan yang lebih besar lagi…...rugilah kehidupan mereka di dunia ini, jiwa resah gelisah, hati tidak tenang sepanjang hidup, jalan hidup porak peranda...…rugi dunia dan rugi juga di akhirat nanti!

Kita sering lupa akan tujuan hidup kita di dunia ini…...dilahirkan di dunia untuk apa? dilahirkan sebagai manusia dan khalifah di muka bumi ini kerana apa? Dilahirkan dengan sifat yang tidak ada pada makhluk lain dan mempunyai kelebihan yang unik berbeza antara satu dengan yang lain…

Dalam surah As-Sajdah - 21: 7-9, Allah Ta'ala berfirman. Yang bermaksud: "Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur."

Ya, kita dilahirkan sama, tapi mempunyai sifat-sifat unik yang tersendiri ...
Maka, haruslah kita mencintai diri kita sendiri walau apapun sifat jasmaniah kita...kecil, besar, kurang pendengaran, kurang penglihatan, hidung senget sebelah, hidung tak mancung, mata sepet dan sebagainya. Allah swt telah menjadikan kita sempurna dan cukup sifatnya… walaupun ada yang kurang bernasib baik mempunyai kekurangan yang tidak ada pada manusia yang lain…pun begitu, bukanlah Allah swt itu tidak adil…...

Allah swt Maha Adil di dalam penciptaanNya dan Dia tidak akan menjadikan makhlukNya sebegitu rupa melainkan apa yang termampu oleh setiap makhlukNya dan setiap penciptaanNya mempunyai tugas-tugas yang cukup unik dan istimewa.

Bagi kita yang cukup sifatnya, sewajibnya kita bersyukur kerana kita sempurna pada pandangan Allah swt, mempunyai 2 kaki yang boleh berjalan, mempunyai 2 tangan yang boleh memegang, mempunyai 2 telinga yang boleh mendengar, mempunyai 2 mata yang boleh melihat, mempunyai hidung yang boleh menghidu, mempunyai mulut yang boleh bertutur, mempunyai 1 kepala yang dipenuhi dengan otak dan minda yang cerdas untuk kita berfikir, mempunyai hati yang boleh menuntun kita dan menjadikan kita perasa-perasa kepada persekitaran kita, orang disekeliling kita dan Pencipta kita.

Memang wajiblah kita bersyukur dan mencintai diri sendiri kerana Allah swt lebih mencintai kita.  Bagaimana mungkin kita tidak cintakan diri kita sedangkan yang menciptakan kita lebih menyayangi kita...kita wajib malu, kiranya kita tidak mampu mencintai diri sendiri!

Cuma, kita ini kadang-kadang alpa dengan curahan nikmat yang terbukti di hadapan kita…. 

Ada yang cenderung dalam tidak sedar, sedikit demi sedikit memusnahkan nikmat yang sedia ada dalam diri kita sejak lahir lagi, ada yang cenderung untuk kufur kepada nikmat dan bukti kebesaran yang melekat pada diri kita-seluruh pancaindera kita, jasmani dan ruhani kita merupakan bukti yang besar yang perlu kita jaga, kerana itulah amanah yang telah diberikan Allah swt kepada makhluk yang Dia cinta…...Cinta dan Kasih sungguh Allah kepada hambaNya… !

Cintailah diri sendiri!
kata-kata yang cukup ironi dan sudah menjadi biasa bagi kita… kerana ada manusia yang masih lagi mencari identity diri sendiri,  ada juga yang menambah-nambahkan kecantikan yang sudah sedia ada cantik untuk memuaskan pandangan mata orang lain, dan ada juga yang dengan rela membinasakan diri sendiri dengan membiarkan diri terjun dalam kehinaan, membiarkan diri dihina, dipandang rendah, rela membiarkan tubuh badan terdedah dengan mata-mata yang rakus ingin menelan dan merobek jasmini tersebut… ...

Kadang-kadang sedar tak sedar kita selalu juga menzalimi diri kita sendiri, kerana kita dilahirkan dengan perasaan dan jiwa…, jiwa yang membesar bersama-sama dengan membesarnya kita setiap masa. Kiranya jiwa tersebut tidak dipupuk dan dididik dengan sewajarnya… disitulah bermulanya masalah akhlak yang semakin menyerang dan menyesakkan kita - isu anak luar nikah yang semakin menjadi-jadi,  isu pembuangan anak yang berleluasa, minum arak yang semakin menjadi kebiasaan anak-anak remaja, pergaulan bebas yang melampaui batas, dan pelbagai lagi masalah yang melibatkan keruntuhan akhlak …terang dan nyata sekali!

Kalau ada lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal dari seberang - Mencintaimu, nyanyikanlah di dalam diri kita lagu - Mencintaiku… agar kita lebih cintakan diri kita sehingga kita mampu menjaga dan memelihara dengan teguh apa yang Allah swt telah nikmatkan dan amanahkan kepada setiap diri kita...…jaga hati kita, agar tidak terpedaya dengan nafsu syahwat yang sentiasa ada di dalam diri kita, jaga keseluruhan  jasmani kita agar kita tidak menzalimi diri kita dengan zina, arak, maksiat yang berleluasa, jaga jiwa kita dari diracuni secara terang dan sedar, atau tanpa kita sedar yang racun tersebut sedikit demi sedikit memakan jiwa kita sehingga kita kehilangan jiwa dan suara hati dari melihat kebenaran… dan jaga perasaan kita, agar tidak dikuasai oleh nafsu - ammarah, sedih yang terlampau, gembira yang berlebih-lebihan, keciwa dan putus asa kerana kita ada panduan yang sempurna untuk kita melayari kehidupan yang terlalu singkat jika dibandingkan dengan kehidupan yang kekal abadi nanti!

Love yourself because  Allah swt loves you more… enjoy your shortlife to enjoy the eternal life in the hereafter...always do good deeds to bring it together with u later, protect your heart and soul and nourish them with Allah's love …and LOVE Allah swt more than everything you love in this whole world!

Cinta! Sungguh hebat kiranya cinta tersebut sentiasa ada dalam diri kita, cintakan diri sendiri kerana Allah swt, cintakan seseorang juga kerana Allah, cintakan keluarga kerana Allah, cintakan sahabat-sahabat juga kerana Allah sehingga kita tidak sanggup membiarkan mereka membinasakan diri mereka sendiri… cintakan ummah kerana Allah swt…....hebatnya kita jika mampu bercinta kerana Allah swt!

Wallahua'lam

05 March 2010

352hari mencari cinta-lamaran dalam samar

Dengan kalam Bismillah

Benarkah bila cinta sedang diraih hati berbunga, perasaan begitu bahagia?Benarkah juga sebelum meraih cinta, debaran kencang menyentap jiwa?Dan benarkah, bila cinta belum diluahkan, hati meronta-ronta…jiwanya hidup segan tapi matinya tak mahu kerana belum melafazkan cinta? Cinta insaniyyah…begitulah hendaknya…

Bagaimana pula cinta Ilahiyyah??? Wajib lebih hebat dari itu kan….
Tetapi, hakikatnya…ramai yang mengagung-agungkan cinta insaniyyah, merujuk kepada kehebatan cinta rumi dan juli, laila dan majnun, cinta kutub utara kutub selatan, cinta ke bintang kejora dan sebagainya, sehingga kita lupa bahawa kehebatan cinta Ilahiyyah seorang hamba itu lebih hebat dan suci seperti Rabiatul Adawiyyah, Keluarga Sumayyah, Bilal bin Rabah, sahabat-sahabat Rasulullah saw, Imam Al-Ghazali, Imam As-Syafi’e dan ramai lagi. Malahan, Rasulullah saw sendiri begitu hebat cintanya kepada Allah swt, sungguhpun dia seorang yang maksum dan utusan Allah swt.

Teringat saya kepada satu kisah yang mendatang kepada saya:
“kawan, saya ada benda la nak tanya dan minta pandangan awak….”
“nak tanya ape tu?”
“camana nak respon sekiranya ada orang yang setiap kali sms, ade jer hint dia bagi…yang menunjukkan dia suka kat kita? Tapi dia tak cakap direct pun…camana tu ye? Nak respon ke tak orang yang malu tapi mahu tu?”
“hmmmm…dia bagi hint macamaana tu?...”
“dalam sms dia inform la…’ada urang suka, tapi belum tentu lagi empunya diri suka, entah-entah orang tu tak suka’…tapi dia takde la cakap direct dengan saya…banyak kali jugak la sms dia ala-ala jenis macam tu..”
“awak suka jugak ke kat dia? kalau macam tu, tanya dia betul-betul…atau bagitau dia yang awak tak faham bahasa pujangga atau kiasan nie…atau…awak terus tanya jer kat dia, adakah dia sukakan awak, direct terus…takdela buang kredit main tarik tali macam tu…”
“hmmm…malu la saya nak tanya macam tu…”
“hmmm…memasing malu nie, macamana yer…umpama lamaran dalam samar…hati-hati lamaran dalam samar ini, kerana ianya boleh menyesahkan jiwa kita”
huhuhuhu….”
“kalau macam tu, awak Istikharah banyak-banyak…minta Allah bukakan hati dia dan hati awak dengan meluasnya sekiranya antara kamu berdua memang jodohnya sudah termaktub dan tertulis di Luh Mahfuz…InsyaAllah, pertolongan yang sebaik-baiknya hanyalah kepada Allah swt..dan cinta yang hebat itu adalah dari seorang yang mencintai orang lain kerana kecintaannya kepada Allah swt”
“syukran jaziilan wahai sahabat…”
“sama-sama, apa gunanya kawan kan….:-)”

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
Wallahua’lam…

02 March 2010

353 hari mencari cinta...pilihan & keputusan

Dengan kalam Bismillah ...
 
Senangnya membuat keputusan yang hanya melibatkan diri sendiri sahaja tanpa melibatkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang kita sayang dan menyayangi diri kita ...
 
Sukarnya membuat keputusan yang melibatkan ramai pihak ...
 
Lebih sukar lagi bila keputusan yang akan kita buat akan menukar jalan hidup kita untuk jangka masa yang panjang ...
 
Dan paling sukar sekali bila keputusan yang bakal kita pilih itu menyebabkan ramai yang terluka secara sengaja dan tidak sengaja, secara kita sedar dan tidak kita sedari ..
 
Berhati-hati dengan keputusan dari pilihan kita dan bukannya pilihan ramai yang menyayangi kita atau pilihan ramai yang prihatin dengan kita, samaada keputusan tersebut merupakan keputusan seumur hidupnya bijaksana ataupun keputusan yang membawa kita lebih jauh dari orang yang menyayangi kita! 
 
Kiranya cinta yang hadir belum tentu lagi membuatkan kita bahagia...hati masih lagi tidak kuat untuk menerima cabaran bercinta, biarkan dahulu cinta itu kerana pasti, hati akan merana, jiwa akan sengsara, fikiran tidak keruan dan minda kecelaruan memikirkan ketidakpastian cinta! 
 
Ya! Sukarnya dalam membuat pilihan cinta...ya atau tidak, terima atau menolak, ambil peduli atau biarkan, baik atau buruk, bahagia atau derita, gembira atau sedih, kuat atau lemah, cinta atau tidak  dan jalannya hanya ada 2 sahaja!. 
 
Wallahua'lam