08 February 2010

355hari mencari cinta – cinta datang tanpa diundang…hadir tanpa diberi undangan…

Seorang sahabat bertanyakan sesuatu tentang cinta dengan saya, bukanlah bermakna saya nie menjadi pakar rujuk dalam cinta, Cuma secara kebetulan sahaja-pertanyaan dari seorang sahabat yang meminta pandangan...

InsyaAllah sekiranya dapat diberi pertolongan atau pandangan seikhlas yang mungkin…mudah-mudahan diganjarkan bantuan tersebut.

“bagaimana kalau seorang perempuan itu, proposed kepada seorang lelaki? Menyatakan bahawa dia menyukai lelaki tersebut, adakah perempuan itu dianggap seperti perigi pulak mencari timba, dan dianggap sebagai seorang perempuan yang tidak tahu malu, desperate atau sudah tidak punyai pilihan yang lain???”

“Hmmm…berat nak jawab tu. Nak beri pandangan pun saya takut jugak, takut-takut tersalah beri pandangan”

“hmmm…begini sajalah sahabatku…Rasulullah SAW dahulu dipinang oleh Siti Khadijah, seorang perempuan dan Siti Khadijah pada waktu itu lebih berumur dari Rasulullah SAW sendiri…beliau melihat kepada keperibadian Rasulullah SAW yang sangat mulia sehingga memberanikan diri utk melamar Rasulullah SAW yang pada masa itu belum lagi menjadi Rasulullah dan hanyalah merupakan pekerja kepada Siti Khadijah…Adakah kerana Siti Khadijah merasakan umurnya yang semakin meningkat usianya dan berkehendakkan utk bersuami???...tidak sama sekali! Beliau melihat keperibadian mulia Rasulullah SAW itu sebagai kayu ukur di dalam memililh calon suami yang boleh membawa beliau ke jalan yang benar dan boleh membahagiakan beliau sehingga ke syurga…nabi pada masa itu tidak punya apa-apa, sedangkan Siti Khadijah mempunyai segalanya…kekayaan, kecantikan dan kemasyhuran…terbukti umur dan harta tidak dijadikan sebagai kayu pengukur bagi Siti Khadijah pada masa itu…yang pentingnya akhlak yang mulia dan sifat yang terpuji yang ada pada Rasulullah saw… cumanya, zaman kita ini, yang bagaimana yang perlu dijadikan kayu ukuran?...lelaki yang baik? Yang mampu membahagiakan kita kerana cintanya? Yang mencintai kita kerana cintanya kepada Allah swt? Yang kaya dan soleh?atau yang kaya dan boleh memberikan kita apa sahaja harta dunia dan juga bahagia di akhirat, Yang punyai akhlak yang mulia dan mampu membimbing kita ke jalan syurga? Atau ikut kata hati dan suara hati kita? Atau mengikut perasaan cinta yang berputik dalam jiwa dan raga kita terhadap lelaki tersebut?...yang itu saya tidak ada jawapannya wahai sahabat…Tanyalah hati yang paling terdalam dan mohonlah petunjuk kepada Allah swt Yang Maha Besar ZatNya….”

Susah sebenarnya nak menjawab persoalan mengenai hati ini…hanya orang yang mengalaminya yang tahu beban tersebut yang bagaimana, dilemma yang bagaimana dan resah yang bagaimana yang menimpa mereka…bagi saya, jalan terbaik adalah mengadu kepada Allah SWT…Dialah tempat sebaik-baik pengaduan dan meminta nasehat dan pandangan ketika mana kita menemui jalan buntu di dalam meminta petunjuk dari hamba-hamba Allah yang lain…

Wallahua’lam

No comments: