18 February 2010

354hari mencari cinta - Cinta dalam hati...

Kalam Bismillah pembuka bicara...

354 hari mencari cinta...

"Tanya sama pokok apa sebab goyang, Nanti jawab pokok angin yang goncang, Tanya sama angin apa sebab goncang, Nanti jawab angin tanyalah awan. 
Awan nanti kata aku kandung air, Sampai tempat sejuk aku pun cair, Tengok dalam air nampak bayang-bayang, Campak satu batu bayang pun hilang. 
Tanya sama hati apa rasa sayang, Apakah tandanya nampak dipandang, Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya, Mula tanda-tanda hubungan mesra. 
Tanya sama hati pernahkah merindu, Tiba masa lena apa mimpimu, Masa berjauhan apa nan dikenang, 
Bila difahamkan itulah sayang. 
Jikalau tidak kerana sayang, Kuntuman kasih tak mungkin kembang, Andai jemu mengganti rindu, 
Jambangan rindu tentulah layu. 
Tanya sama hati pernahkah merindu, Tiba masa lena apa mimpimu, Masa berjauhan apa nan dikenang, 
Bila difahamkan itulah sayang..."

mesti ramai yang tahu lagu nie kan....lagu klasik cerita Allahyarham P.Ramlee (Al-Fatihah) Anakku Sazali...
kalau dulu-dulu, cinta banyak yang diungkapkan dalam lagu...orang kata sebagai hint
kalau sekarang nie, sms...mesej, internet dan sebagainya
nak luahkan sendiri kekadang malu...bagi hint kekadang orang tak paham...

macam kes kawan kita nie:

"camner aku nak cakap aku suka kat dia dalam masa yang sama takdelah over sangat...camner aku nak bagi hint kat dia yang aku suka kat dia yer?"

"hmmm...camner nak bagi hint ek? aku pun tak tahu camner cara yang terbaik...mungkin dengan lagu kot, atau dengan mesej atau dengan beri lebih sikit perhatian kat dia...atau....atau...atau...hish...mana aku ada pengalaman terlebih-lebih macam tu..." 

"hehehe....camner nak cakap ek? cinta dah ada dalam hati, tapi tak mampu nak diluahkan....hmmmm"

"hmmm...apa kata, mintak tolong orang tengah, risik-risik, tanya-tanyakan untuk awak...kira al-wakil la"

"hmmm...nak mintak tolong sape pulak yer...hishhh...!"

"hmmm...1st, mintak tolong dengan Allah agar bukakan hatinya, dan dalam masa yang sama mintak tolong la dengan abang-abang, kakak-kakak...senior-senior ke"

"takperla....usaha dah buat, kalau jodoh tu tak ke mana..."

"hmmm....cinta oh cinta...simpan jer dalam hati, camner orang tu nak tahu....haishhh...:-))"
lepas tu, masing-masing gelak....

itulah konflik cinta dalam hati, tak terluah...nak diluahkan malu, tak terluah...jadi konflik dalam diri...dan pertolongan yang paling hebat itu...datangnya dari Allah SWT, mintalah padaNya...kalau tak dapat cepat, InsyaAllah dapat lambat, kalau tak dapat lambat dan tak dapat-dapat...itulah yang terbaik untuk kita, kerana Allah tidak pernah menganiayai hambaNya, dan itulah yang paling adil bagi kita...kerana Allah lebih sayangkan hambaNya daripada kasih sayang seorang hamba kepada hamba yang lain...Wallahua'lam!

08 February 2010

355hari mencari cinta – cinta datang tanpa diundang…hadir tanpa diberi undangan…

Seorang sahabat bertanyakan sesuatu tentang cinta dengan saya, bukanlah bermakna saya nie menjadi pakar rujuk dalam cinta, Cuma secara kebetulan sahaja-pertanyaan dari seorang sahabat yang meminta pandangan...

InsyaAllah sekiranya dapat diberi pertolongan atau pandangan seikhlas yang mungkin…mudah-mudahan diganjarkan bantuan tersebut.

“bagaimana kalau seorang perempuan itu, proposed kepada seorang lelaki? Menyatakan bahawa dia menyukai lelaki tersebut, adakah perempuan itu dianggap seperti perigi pulak mencari timba, dan dianggap sebagai seorang perempuan yang tidak tahu malu, desperate atau sudah tidak punyai pilihan yang lain???”

“Hmmm…berat nak jawab tu. Nak beri pandangan pun saya takut jugak, takut-takut tersalah beri pandangan”

“hmmm…begini sajalah sahabatku…Rasulullah SAW dahulu dipinang oleh Siti Khadijah, seorang perempuan dan Siti Khadijah pada waktu itu lebih berumur dari Rasulullah SAW sendiri…beliau melihat kepada keperibadian Rasulullah SAW yang sangat mulia sehingga memberanikan diri utk melamar Rasulullah SAW yang pada masa itu belum lagi menjadi Rasulullah dan hanyalah merupakan pekerja kepada Siti Khadijah…Adakah kerana Siti Khadijah merasakan umurnya yang semakin meningkat usianya dan berkehendakkan utk bersuami???...tidak sama sekali! Beliau melihat keperibadian mulia Rasulullah SAW itu sebagai kayu ukur di dalam memililh calon suami yang boleh membawa beliau ke jalan yang benar dan boleh membahagiakan beliau sehingga ke syurga…nabi pada masa itu tidak punya apa-apa, sedangkan Siti Khadijah mempunyai segalanya…kekayaan, kecantikan dan kemasyhuran…terbukti umur dan harta tidak dijadikan sebagai kayu pengukur bagi Siti Khadijah pada masa itu…yang pentingnya akhlak yang mulia dan sifat yang terpuji yang ada pada Rasulullah saw… cumanya, zaman kita ini, yang bagaimana yang perlu dijadikan kayu ukuran?...lelaki yang baik? Yang mampu membahagiakan kita kerana cintanya? Yang mencintai kita kerana cintanya kepada Allah swt? Yang kaya dan soleh?atau yang kaya dan boleh memberikan kita apa sahaja harta dunia dan juga bahagia di akhirat, Yang punyai akhlak yang mulia dan mampu membimbing kita ke jalan syurga? Atau ikut kata hati dan suara hati kita? Atau mengikut perasaan cinta yang berputik dalam jiwa dan raga kita terhadap lelaki tersebut?...yang itu saya tidak ada jawapannya wahai sahabat…Tanyalah hati yang paling terdalam dan mohonlah petunjuk kepada Allah swt Yang Maha Besar ZatNya….”

Susah sebenarnya nak menjawab persoalan mengenai hati ini…hanya orang yang mengalaminya yang tahu beban tersebut yang bagaimana, dilemma yang bagaimana dan resah yang bagaimana yang menimpa mereka…bagi saya, jalan terbaik adalah mengadu kepada Allah SWT…Dialah tempat sebaik-baik pengaduan dan meminta nasehat dan pandangan ketika mana kita menemui jalan buntu di dalam meminta petunjuk dari hamba-hamba Allah yang lain…

Wallahua’lam