28 December 2009

Travellingbie : Siri Jelajah Selatan - Singapura

setelah jelajah utara dan Jakarta-Bandung, kali nie, jelajah selatan - singapura pulak...

Khamis - 17 Disember 2009
Balik dari kerja jam 6pm terus jelajah selatan....tukar baju dulu kat RnR Ayer Keroh dalam maghrib d sana....penat tak yah cakap ler, nasib baik ler semangat tuh kental lagi..hehehehe

perjalanan dirasakan agak jauh...meredah kegelapan malam hanya disinari lampu neon dari kereta dan lori yang teramat laju di lebuhraya...mata dah penat dengan silau, nasib baik la ada lagu-lagu best dalam kereta...

sampai di tol skudai lebih kurang jam 11pm...
terus contact member tanya jalan ke rumah dia, nasib baikla senang jer nak carik rumah....jam lebih kurang 1130pm sampai ke rumah member...disambut oleh anak kembar dia yang comel dan nakal...tak tido2 lagi rupernyer...segar bugar lagi mata...aku dah penat mata dah dari siang tadi di ofis, terus drive sampai ke tengah malam...

lepas borak-borak dan minum-minum, kami rehat dulu sebelum menyambung perjalanan ke singapura keesokan harinya...

Jumaat - 18 Disember 2009
jam 630am, kami dah bersiap2 selepas subuh utk ke stesen bas larkin. Breakfast dulu, kemudiannya dalam jam 7am bertolak ke stesen bas larkin...hari masih gelap lagi diselang selikan dengan hujan.

jam 720am sampai ke stesen bas larkin, kami terus membeli tiket bas ke singapura di kaunter paling hujung sekali. Bagi orang dewasa tiketnya RM2.40 dan kanak-kanak RM1.20.

dalam bas, sempat lagi melelapkan mata...sehingga tiba di imigresen malaysia, kami dikehendaki keluar utk pemeriksaan, then turun ke tempat menunggu bas utk ke singapura pulak...proses mengambil masa lebih kurang 15 minit je, tapi nak menunggu bas tu lagi lama...jenuh jugak menunggu bas ni!

selepas itu, proses diteruskan dengan pemeriksaan di imigresen singapura...nak kene isi borang lagi...lama jugak la kat sana, then queue utk naik bas lagila lama dan panjang...hmmmm, tak tahula kenapa nak naik bas kali nie...huhuhuhu...

sampai di stesen bas Queen Street lebih kurang jam 930am...
dari Queen Strt dah nampak dah raffles hospital, kami singgah makan dulu di Raffles Hospital...nasib baik ada roti prata...kenyang jugakla perut kami sebelum meneruskan misi jalan-jalan di singapura.

di MRT Bugis, kami membeli tourist day pass utk 1 hari perjalanan sebanyak SGD18 dan keesokannya boleh dikembalikan kad tersebut utk mendapatkan kembali SGD10 depositnya.

kali nie, naik dari hujung MRT sehingga hujung yang satu lagi....then ke MRT Eunos utk check in hotel dulu di Hotel 81 Tristar Jo CHiat Road. Dari MRT Eunos ke Hotel 81 Tristar mengambil masa lebih kurang 15minit dengan berjalan kaki. nasib baik ada bas yang melalui jalan tersebut...anak sedara pulak nak naik bas 2 tingkat...layan jer la!

Check in hotel dulu, then rehat sekejap seterusnya kami meneruskan perjalanan dengan menaiki bas 2 tingkat...yang nie main redah jer, tak tahu bas tu pegi mana....bas melalui jalan geylang...di tingkat atas bas, nampak dengan jelasnya jalan2 dan bangunan-bangunan yang kami lepasi...berhenti di perhentian bas berhampiran Masjid Sultan, kami singgah dulu di Arab Street, Burma Street...

Masjid Sultan sekarang nie dah canteq dah!
Kakak pulak borong kain di Arab Street...lama jugak la menyinggah di kedai kain Aladdin tu...! selepas puas memborong, kami singgah makan nasi beriani dulu sebelum solat dan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya...China Town!

Di China Town...memborong souvenir pulak utk dibawa balik ke malaysia...
aku pulak, gatal kaki masuk kedai kamera...tersambar la pulak wide angle lense dan circular yang boleh menipiskan lagi bank akaun...huhuhuhu...tapi puas hati juga dengan resultnya...:-))
lepas nie kene dok diam jer la

dari China Town, kami ke Merlion...lepak2 dan sesi fotografi sekejap dengan mak singa dan anak singa..:-) sesi fotografi berjalan dengan lancar...hehehehe...kali nie kami naik bas pulak dari merlion, naik jer bas 2 tingkat yang pegi ntah mana2...akhirnya bas membawa kami ke harbour front...rasanyer kami turun dari bas tu terus masuk ke Shopping mall, tak ingat nama...mak aihhh, ramainya manusia yang shopping utk krismas...pusing2 sekejap....then rasa macam takde bende nak beli, kami balik ke eunos menaiki MRT. kalau nak bas memang sesat ntah memana lagi lepas tu.

muka memasing dah penat dah...ingatkan boleh sambung lagi ke Orchard Road...kat situ lagi happening, tapi kakak dan anak sedara dah letih dah...akhirnya jam lebih kurang 9pm balik ke hotel, berendam dan rehat-rehat dulu....

Sabtu - 19 Disember 2009
Pagi - sarapan di Hajah Maimunah - banyak betul lauk kitorang makan pagi nie. tengah makan-makan, terserempak pulak dengan member, diorang pun jalan-jalan jugak di singapura minggu yang sama, tapi naik kapal terbang...borak2 jap...

lepas makan, balik semula ke hotel, kemas2 barang, then dalam jam 10am, check out dan berjalan menuju ke MRT Eunos utk ke MRT Bugis. Dari MRT Bugis, refund balik tourist pas, dapat la balik SGD10, then terus ke stesen bas Queen Strt utk kembali ke JB....another long journey to go...penat seh naik turun bas nie...

sampai di Stesen bas larkin dalam jam 130pm, singgah minum sekejap, then naik teksi ke rumah member RM15.00. then rehat sekejap...terasa dah sakit-sakit dah badan nie, lepas asar gi carik SUp Gearbox pulak...nasib baik jumpa dan singgah sekejap di Plaza Angsana mencari otak-otak...malangnyer otak-otak hj wahid dah habis dah! frust jugak la....

balik dari Plaza Angsana, member dah siap masak mee bandung dah...hehehe...rezeki lagi!

rehat dulu malamnyer, sebelum meneruskan perjalanan balik ke KL keesokan hari nya...

thanks to maah dan sekeluarga...lain kali mun ada rezeki kamek orang menyinggah lagi! :-)

Travellingbie : Siri Jelajah Jakarta-Bandung-Jakarta #2

Hari ke-3 di Bandung...

hmmm...hari nie dah hari last kat bandung...
breakfast nyer seperti menu semalamnya...kalau hotel kat malaysia macam2 menu breakfast...
sekali lagi, kami menghadapi masalah breakfast - dalam rekod utk 2 adult jer, padahal bayar dah utk 3 orang termasuk seorang kanak-kanak. terpaksalah maklumkan pada agen, nak hantar mesej pun dah RM2-3...tak ke menambahkan lagi kos kitorang...hmmmm

lepas dimaklumkan pada agen dengan beberapa sms yang rasanyer dah menjangkau RM20++, barula settle...lepas breakfast, kemas barang dan check out, nasib baik tak kene extra caj...Alhamdulillah.

Perjalanan diteruskan ke Butik Batek Exclusive....jam 930am sampai ke butik berkenaan....mahal jugak rega2 batek kat butik nie...hmmmm...pesal la bawak kitorang kat sini. itupun banyak jugak kain yang dibeli...huhuhuh
seeing quality is not something to be compromised, adela jugak beli kain2 batek kat situ...tapi rega memang perghhh....rasanyer hanya orang2 kaya indonesia jer beli kain2 batek kat situ...giler exclusive...

destinasi seterusnya Pasar Baru...tempat yang memang ditunggu-tunggu...walaupun tak tau nak beli ape lagi. tak boleh nak expect. kalau nak beli telekung, rasanyer dah banyak dah telekung kat rumah...kain pun rasanyer dah banyak jugak...

kakak carik seluar jeans anak sedara...pusing punya pusing, akhirnya jumpa...
memandangkan jalan tak sehala, barang nak carik pun lain-lain...aku dengan anak sedara gi tempat lain, kakak lak ikut selera dia....jam 1pm jumpa di tingkat 7.

carik pulak blouse utk kakak ipar - jumpa dah dan memang canteq, rega pun canteq
lepas tu, anak sedara pulak dok berkenan dekat swimming suit mislimah for kid - dari IDR15ok dapatla kurang IDR130k. kalau kat malaysia memang dah beratus dah swimming suit kualiti macam tu...beli jer la, pejam mata! japanese cotton utk mak, dll lagi....

rasanyer macam habis lebih 600k jugak...itupun not purposely nak shopping
kalau niat shopping memang habis juta-juta la nampaknya...hehehe!

singgah solat di masjid di tempat paling atas di Pasar Baru, tak ingat pulak masjid ape...
yang bagusnya di sini, restoran-restoran di sini pasti ada menyediakan surau...Pasar baru menyediakan masjid di atasnya utk pengunjung2 yang datang...

selepas solat, kami singgah makan dulu di food court
menu makan tengahari - bakso, mee sup kot kalau tak silap, teh botol dan fruit tea. anak sedar pulak yang kelakarnya nak nasik putih dan 2 biji telur goreng mata kerbau....kat indonesia pun menu sama jer...kalau tak jumpe telur goreng mata kerbau dalam menu2 seharian monyok jer muka...:-))

selepas itu, kami bertolak ke Jakarta dan akan singgah di Taman Mini Indonesia sebelumnya...bertolak jam 230pm, khuatir jugak TMI nanti akan tutup bila kami sampai nanti...
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam lebih juga bergantung kepada trafik, kami sempat tiba di TMI 15min sebelum ditutup...

anak sedara macam frust jer tak dapat masuk Istana kanak-kanak....nasib baik dapat naik cable car, bolehla nengok pemandangan dari atas nyer....rumah2 tradisi atau rumah2 adat bagi kaum2 di indonesia juga menjadi perhatian kami terutamanya rumah bali, minangkabau, acheh, sumatera barat, jawa dsb...jam 6 lebih kami keluar dari TMI, hari semakin gelap.... dan perut masing2 telah berbunyi meminta dipenuhkan...

Makan malam kami di Restoran Warna Warni di Jakarta...perut dah mula memainkan musik...makan berhidang nie agak lama jugak kami menunggu, air dah habis baru makanannya sampai di meja...pun begitu nasib baik makanannya sedap...walaupun kami agak pelik melihat satay dihidangkan dengan kicap dan bukannya dengan kuah satay...
nasib baik ler sedap....!

anak sedara siap buat rating lagi utk makanan2 di restoran yang kami pernah makan...: (1 - yang paling sedap, 5 - kurang sedap /tidak sedap)
1) Restoran Sari Pawon
2) Restoran Warna Warni
3) Lunch di Pasar Baru
4) Restoran Makanan Sunda
5) Restoran Padang

selepas makan, kami dibawa bersiar2 sekitar Jakarta - memasuki kawasan kediaman duta-duta, melepasi istana gabenor dan presiden, dsb....muka memasing dah penat dah...

check in hotel triniti jakarta pulak kali nie
hotel baru lagi....tapi agak menyedihkan, tiada kolam renang dan masuk jer dalam bilik, memasing terkejut....

bilik dah la kecik berbanding dengan sukajadi...lepas tu pulak antara bilik dan bilik mandi dipisahkan dengan cermin transparancy...camner nak mandi dengan lampu menyala...nampakler orang dalam bilik mandi...walaupun dipasangkan bidai sebagai penutup, masih tetap nampak orang di dalam bilik mandi...

hmmm...kali nie, memamng mengecewakan....tapi, tidor jer la sampai esoknya...
Breakfast di cafe hotel....makanan pun ala kadar jugak...
Anak sedara merating hotel nie sebagai hotel yang tak best, berbanding dengan sukajadi...huhuhu...pepandai je dia...:-))

jam 10am - driver datang, kami terus checkout dan seterusnya bersiar-siar dengan kos sebanyak IDR200k, memandangkan di dalam itenary adalah free program...sekali lagi terasa hampir tertipu jugak memandangkan bayaran yang dibayar ingatkan sehingga dihantar ke airport dan hari terakhir pun ada program lagi...

destinasi seterusnya, membawa kami ke monumen di tengah kota jakarta...sebelum nya tukar duit dulu...selepas bersiar di monumen, kami di bawa ke Kota Tua Jakarta...lepak2 di sana, foto shooting dan seterusnya ke Mangga Dua utk mencuci mata, membeli belah dan makan tengahari atas tanggungan sendiri....

Mangga Dua nie, macam shopping complex warta cumanya lebih besar berkali-kali ganda...kebanyakannya barangan dari china...utk busana muslimah terdapat di ground floor dan di tingkat bawah lagi...kakak pulak borong tudung sebagai souvenir, aku pulak terbeli 2 tudung yang memang murah berbanding dengan m'sia dan DVD Movie kanak-kanak yang memang amat murah 11keping sekitar IDR50k...hampir 2 jam meronda di Mangga Dua, kami makan di restoran segera ala indonesia...dan kemudiannya bergerak menuju ke lapangan terbang soekarno hatta utk kembali ke malaysia...

sesampainya di airport, bayaran sebanyak IDR200k diberikan kepada driver, lepas tu mintak pulak tips sekepala selama 4 hari - total up berjumlah IDR250k...kakak dah bising dah, kenapa agen tak bagitau terus mengenai tips berkenaan, senang dia nak spare duit...aku pun tak teringat dan tak sangka pulak tips driver sebanyak itu...hmmmm...hidup penuh dengan tax dan tips kalau kat indon nie....yang nie belum lagi ditipu atau kene tipu...

takpelah....bagi dengan hati terbuka...InsyaAllah duit tu datang balik kat kita nanti...
airport tax di Jakarta adalah sebanyak IDR150k seorang, so total-up IDR450k utk 3 orang...
masa check in ramai betul malaysian...nak balik ke negara asal selepas melancong...

flight berangkat jam 540pm - dan kami sampai dengan selamat nya lebih kurang jam 840pm....nak kene naik shuttle bas dan ERL lagi...perghhhh penat seh...lepas tu drive balik ke rumah, esoknya kerja....memang hebatla energi masa tu...tak tahu sampai bila bertahan! ape-apepun...Alhamdulillah, kami selamat sampai ke rumah juga akhirnya....:-)

Sinambungan foto-foto boleh dilihat di:
http://picasaweb.google.com/bieeyah/GirlsDayOutJelajahJakartaBandungJakartaII#

26 December 2009

Travellingbie : Siri Jelajah Jakarta-Bandung-Jakarta #1

11-14 Disember 2009
Jelajah Jakarta-Bandung-Jakarta bermula.

930am - bertolak ke ERL Putrajaya - (RM5.50) naik ERL ke bandar salak selatan - lepas tu naik shuttle bas ke LCCT. Sekarang nie dah semakin senang nak ke LCCT. ERL Putrajaya juga menyediakan pakej ERL+Shuttle bas ke LCCT dengan hanya RM5.50, lebih murah kalau naik ERL Putrajaya ke KLIA (RM6.20), dan kemudiannya naik bas ke LCCT (RM2.00).
140pm - kapal terbang berlepas ke Jakarta-nasib baik tak delay...yang nie pun hampir 5 kali nama kami dipanggil utk masuk ke dalam kapal...ingatkan nak masuk ke dalam tempat menunggu 20min sebelum berlepas, rupernya dipanggil lebih awal...nasib baik tak kene tinggal.
245pm - mendarat di Lapangan terbang soeharto jakarta...di sana proses imigrasi seperti biasa, tidak menghadapi masalah...Alhamdulillah.

Keluar dari tempat kastam...terpampang dengan besarnya nama aku....driver telah sedia menunggu utk ke destinasi seterusnya - Bandung.

330pm - Jakarta petang itu agak sesak dengan kenderaan yang datangnyer entah dari mana...setiap kali berhenti di lampu trafik, ada sahaja peminta dan penjual berkeliaran dicelah-celah kenderaan...di malaysia mungkin jarang kita melihat pemandangan sebegitu rupa, tapi di sini, sudah menjadi rutin dan kebiasaan warganya....

perjalanan ke Bandung hampir mengambil masa selama 3 jam...perjalanannya agak memenatkan juga, nasib baik kami dah mengisi perut masing2 di dalam kapal terbang tadi.

jam 6pm - tiba di bandung, azan maghrib kedengaran sayup-sayup menandakan waktu maghrib telah tiba...perjalanan diteruskan...dan trafik di bandung agak sesak...menurut kata pemandu, hujung minggu kebiasaannya, Bandung akan dipenuhi dengan pelawat dari jakarta dan juga dari luar negara seperti malaysia, brunei, singapura dsb...dan kami salah satu kumpulan yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di sana...pun begitu pelawat tempatan lebih ramai yang datang dari serata indonesia....

jam 7pm - kami dibawa ke kawasan factory outlet, mode, natural...hmmm...bukan kawasan kami nampaknye kerna tujuannya bukan nak shopping pun...selepas itu kami menuju ke jalan cihampelas utk meninjau-ninjau kawasan dan suasana malam di sana....di mode, dapatlah sweater utk anak sedara...

keluar sahaja dari van, ramai penjual yang mengekori dari belakang menjaja barangan masing-masing....

di cihampelas - ole-olenya = t-shirt jer utk souvenir dibawa balik ke msia...yang lainnya...ape yer...rasanyer takde kot

jam 830pm - makan di restoran pertama kami Restoran Sari Pawon - makanan kat sini memang sedap! anak sedara pun suka....

jam 930pm - bertolak menuju ke hotel sukajadi, hotel penginapan kami selama 3hari....rehat dulu

bilik hotel agak selesa dan sepadan dengan harga yang dibayar.

jam 5am - dah masuk waktu subuh dah di bandung, kedengaran bunyi pelawat mandi-manda di kolan renang...anak sedara masa tu terus jer bangun....mandi kat kolam renang...

jam 730am - breakfast di hotel - menunya amat ringkas, pun begitu...Alhamdulillah, kenyang.
satu lagi perkaranya, kami dimaklumkan kanak-kanak akan dikenakan bayaran breakfast, walaupun telah dibayar pakejnya kepada agen pelancongan, tidak disertakan sekali breakfastnya...hmmmm...tengok esok dulu camner.

9am - driver datang agak lewat sekitar jam 915am utk destinasi lawatan seterusnya.
Tangkuban Parahu - destinasi pertama kami. perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 1 jam dari hotel...melalui kawasan tanah tinggi, cuaca agak panas walaupun angin yang menghembus sedikit dingin...

bahang sejuk dan angin gunung semakin terasa...akhirnya aku sampai jugak kat Tangkuban Perahu nie...huhuhuhu...

di Tangkuban Perahu, keluar saja dari van, terus dikerumuni penjual-penjual yang ingin memperdagangkan barangan mereka...naik rimas aku, nasib baik tempat sejuk...kalu tempat panas, maunyer cepat panas hati tengok diorang dok paksa-paksa beli barang....

bila ada yang datang, cepat2 kami lari...tu pun ade yang mengekori sehingga ke atas...tempat di mana kawah tangkuban boleh dilihat dengan lebih dekat....

lama jugak kami di Tangkuban, dari jam hampir 1030 sehinggalah tengahari....dan banyak jugak barang yang dibeli - belerang, kayu batik, kayu wangi, t-shirt, baju sejuk dsb....

singgah di Hot Spring Ciater dulu utk merendamkan kaki yang penat di dalam air hangat...di sinilah berlakunya tragedi manohara....heh...kakak masa tu nak elakkan basah, terus basah langsung terjatuh masuk dalam kolam air panas...habis basah lencun!
anak sedara pulak sepanjang perjalanan turun dari hot spring telah mencipta lagu manohara khas buat kakak....gelak jer kitorang dalam van dengar dia menyanyikan lagu tersebut...:-))

jam 1pm - makan di Restoran Sunda - Wilujeng SUmping Balibu - makanannya manis banget....anak sedara tak berapa nak suka, kitorang pun asyik dok compare makanan dengan restoran pertama yang kitorang makan semalamnya...

balik dari kawasan tangkuban dan hot spring, pemandu mengikuti jalan persisir gunung untuk mengelakkan trafik...ngeri jugak nengok gaun kat bawah, tapi view memang canteq....perjalanan mengambil masa selama sejam...kalau ikut jalan biasa memang boleh terlajak sampai 2 jam lebih...

setibanya di antara jalan besar bandung, kami terus menuju ke tempat factory outlet - tu pun takde bende jugak nak dibeli...1/2 jam di factory outlet kami terus menuju ke pertunjukan angklung...dan berada di sana hampir 2 jam utk menyaksikan persembahan angklung yang amat menarik....
puashati la tengok persembahan diorang - dari kanak-kanak kecilnya sehinggalah tarian cewek-ceweknya yang cun melecun...:-) Memang Best!

balik dari persembahan angklung, sempat lagi singgah di Eiger Adventure Store - nak cari haversack, tapi tak jumpa pulak...stok dah habis...pengurusnya memaklumkan di gudang matahari ada store eiger di sana dan haversack yang aku nak tu mungkin ada di sana....terus kami menuju ke Gudang beli belah Matahari - nasib baik ada haversack tu, tu pun satu jer tinggal...ada diskaun pulak tu...apalagi, barang yang aku carik dah jumpa...okla tu!

Makan malam di Restoran SImpang Raya (masakan padang) - banyaknyer lauk! tapi kurang....masakannya tidak panas dan fresh!

Hari kedua kami berakhir dalam jam 8pm....memasing dah penat dah....nak mandi kolam pun tak boleh...kemas2 barang, tidur dan bersiap utk esoknya....

Hari Ke-3 - bersambung kemudian
Gambarnya boleh dilihat di
http://picasaweb.google.com/bieeyah/GirlsDayOutJelajahJakartaBandungJakarta#

22 December 2009

Travellingbie : Siri Jelajah Utara--Cheras-Kuala Kedah-Langkawi-G.Semenggol-Ipoh-KL-Zoo Negara-Cheras

salam buat semua,
rasanyer dah lama benar tak menulis dan menukilkan sesuatu di alam cyber. dek kerana kesibukan melayan tetamu dari seberang (heh...actually dari kampung jer), sampai tak sempat nak update sebarang berita atau berkongsi ilmu dengan kawan-kawan semua. pun begitu....tetamu yang datang bertandang perlu dimuliakan...:-) betul tak?

3 minggu kakak dan anak sedara dok bercuti di semenanjung...macam2 aktiviti setiap ujung minggu.

5-7 Disember 2009
Minggu pertama tu - siri jelajah utara - mengambil masa lebih kurang hampir 7 jam ke utara and to be specific ke kuala kedah, ingatkan nak terus ke ujung perlis, tapi kakak nak menyeberang ke Langkawi....kita layannnnnzz....heh, best jugak tetiba gi langkawi, adhoc jer tanpa rancangan apa2...sampai kat jeti, booking kereta dan tempat penginapan. nasib baik la LIMA baru jer nak habis hari kitorang sampai tu, tu pun hotel penuh dan harga naik mendadak...so, kitorang takleh nak expect la dapat hotel molek dengan harga yang cun melecun. nasib baik jugak dapat la tempat penginapan walaupun agak scary dan tak sepadan dengan harga yang dibayar...semalam di langkawi rasa macam tak cukup jer masa jelajah langkawi...tapi semalam yang pendek tuh kitorang gunakan dengan sepenuh2 nya...balik hotel utk tidor jer. kali nie tersesat pulak sehingga puncak gunung raya...atas puncak pun ada resort exclusive pulak tu...sempat la jugak beraksi dengan kereta jaguar guest yang menginap di situ...kot ler kene tempias nanti, tak dapat jaguar dapatla keta rimau ker nanti...hehehehe. baliknya keesokan harinya...feri penuh dengan penumpang, rasa macam overload pulak feri masa balik ke kuala kedah tu. Masa pegi best jer sebab feri hampir kosong...tak penuh, boleh duduk memana jer. kalau dari Kuala Kedah, perjalanan ke langkawi mengambil masa selama 1 1/2 jam...kalau ikut kuala perlis dalam 45min jer...tapi sebab dah pernah naik feri dari kuala perlis, kali nie try dari kuala kedah pulak...
Percutian di langkawi, tak lengkap kalau tak jupe pak lang kat dataran helang...beli coklat di Hj Ismail Pekan Kuah dan jugak makan cendol dan laksa kat sebelah airport langkawi tu...so, sesapa yang nak bercuti di langkawi...bolehlah singgah di pekan kuah dan tempat2 menarik di langkawi...banyak lagi tempat yang kitorang tak sempat nak explore..almaklum, perginya pun tak dirancang...:-) puashati jugak kakak, memborong coklat utk dibawa balik ke kampung nanti...
Esok petang nya balik ke KL, tapi singgah sekejap ke alor star...melihat suasana malam di alor star, teruskan perjalanan...tapi dah dekat tengah malam, mata driver dah mengantuk, bawak kereta pun macam terhoyong hayang jer...nasib baiklah ada highway hotel kat RnR G.Semenggol...tido semalam di sana, singgah sekejap di Ipoh then terus balik ke KL...sampai di KL, sempat pulak tu singgah di zoo negara...:-)

Perjalanan bagi siri jelajah utara minggu pertama tamat dan Alhamdulillah selamat! Foto-foton dan aksi-aksinya boleh dilihat di
http://picasaweb.google.com/bieeyah/MisiJelajahUtara57Dis2009