06 November 2009

Alahai BSN...

BSN...bukan calang-calang bank di dalam negera kita nie
tapi nak dijadikan cerita...servisnya, alahai....mengecewakan!

baru-baru nie, saya berhajat nak buat refinance memandangkan rate sekarang nie lebih rendah...

saya rujuk cawangan Putrajaya, pegawai kat sana mintak saya submit semua dokumen-dokumen yang diperlukan...siap semuanya saya submit seminggu selepas raya puasa.

rasional saya ambik bank nie sebabnya sebelum nie pun yang asalnya memang dengan bank nie jugak...saya berpandangan kalau ambik dari bank yang sama jugak akan memudahkan urusan...hanya submit dokumen2 yang dikehendaki dan tak perlu nak sibuk2 dengan lawyer fees dan fees2 yang lain...

pegawai yang menguruskan memaklumkan permohonan tersebut akan diproses dalam masa lebiih kurang 2 minggu...

tunggu punya tunggu dalam sebulan lebih, seperti menunggu buah durian nak jatuh, tak jugak jatuh2 buah tersebut...tiada sebarang maklumbalas dan respon dari pegawai di cawangan putrajaya, saya terus ke cawangan bertanyakan status permohonan saya...pegawai berkenaan berjanji akan memaklumkan kepada saya status permohonan tersebut keesokan harinya....

keesokannya dah tiba, tak jugak ada respon dari pegawai berkenaan...saya sabar lagi...mungkin saya nak kene call terus ke shah alam atau headquarter KL...
call pegawai terlibat, tak jawab pulak...sms beberapa kali langsung takde reply...hmmmm

hari ni pulak, tergerak hati saya nak telefon Shah Alam, 3 deringan dah berjawab....tapi respon amat mengecewakan - sorang pegawai jawab telefon, bagi kat pegawai lain dan seterusnya...sampaikan setiap kali orang lain yang jawab kene ulang balik pertanyaan yang kita nak tanya tu. Sampaila layanan dari pegawai ke-3, dia boleh pulak bagitau nanti dia call balik tanpa bertanyakan no telefon saya...macamana dia nak telefon balik kalau takde no telefon yang hendak dihubungi??? magik kot....!

kecewa dengan respon dari cawangan Shah Alam...saya telefon pulak HQ KL...
kali nie operator yang jawab telefon....jam dah menunjukkan 245pm, saya anggap pegawai2 yang menguruskan dah masuk pejabat dah...operator memaklumkan kepada saya utk telefon balik jam 3pm memandangkan pegawai2 tidak masuk pejabat lagi...sambil mengatakan " biasala cik, jam 245pm tak semua masuk pejabat lagi"...hmmm....terpaksalah saya call balik jam 3pm nanti.

kalau perkhidmatan bank2 lain saya tak pasti....tapi maafkan saya, saya kecewa dengan bank yang disokong sepenuhnya oleh kerajaan mempunyai mentaliti kelas ke-3....:-(

2 comments:

Rohaniah Noor said...

baik buat refinance dgn bank lain la.. cimb, public bank, alrajhi, alliance.. mereka ni bank yg so far saya puas ati

Travellingbie said...

ani,nak buat finance nie bank mana yang bagus utk finance apt medium cost dalam RM85k...snp dah sign dah, tinggal nak apply kat bank jer lagi