15 September 2009


Assalamu'alaikum semua,

Di kesempatan ini, saya dengan rasa rendah dirinya ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan dan kesalahan yang nyata terang atau yang tersembunyi, yang disengajakan atau yang tidak ketahuan sengajanya, yang terdetik dan terkata di hati tentang kekurangan dan kelemahan sesama kita...

Sebagai manusia biasa, saya memang tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan.

Justeru itu, Mohon diampunkan segala dosa, mohon dihalalkan segala hutang sekiranya ada, mohon dihalalkan juga setiap butir makanan dan minuman yang dimakan sepanjang bersama-sama...simpulnya, mohon dihalalkan segala-galanya...

Mudah-mudahan, Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya, lebih memberi erti, lebih barakah, lebih dirasai ketenangannya, lebih terkesan puasa dan solatnya, lebih terjalin dan terhubung silaturrahim antara sesama kita, lebih segala-galanya di dalam kebaikan dan keberkatan.

Semoga kita semua mendapat Ramadhan yang barakah, maghfirah dan keampunan dari Allah SWT, mendapat nikmat dan hadiah tak terhingga - Malam Lailatul Qadr...

dan Mudah-mudahan juga, Syawal yang bakal tiba ini dapat menguatkan ukhuwah fi sabilillah antara kita...
Aaamin!

Ramadhan dilalui semakin pergi
Kalbu terasa sedih dan sayu

Berdoalah kita agar diberkati

Semoga Ramadhan sentiasa di kalbu...

Syawal semakin menghampiri kita

Juadah raya sudah tersedia

Maaf Zahir Batin hamba meminta

Semoga Ukhuwah kekal senantiasa...

10 September 2009

Halek - Scent of Desire


Assalamua'alaikum dan Salam Sejahtera,

Saya ingin berkongsi mengenai satu produk yang masih baru lagi dipasaran - Wangian Aroma Halek

Ianya berbeza dengan wangian biasa yang mana Halek mempunyai aromaterapi yang mampu membangkitkan rasa keinginan (sense of desire - to excel, success etc) yang positif di dalam diri anda. Mempunyai 2 aroma yang berbeza seperti diterangkan di bawah ini.

Wangian ini tidak merebak dan hanya boleh dihidu oleh si-pemakai dan yang berada dekat dengan si-pemakai. Boleh dibawa solat kerana tidak mempunyai alkohol.
Testing kepada diri sendiri dan ahli keluarga, wangian berpanjangan sehingga 8 jam atau lebih.

Halek - Scent of Desire.

Dapatkan Wangian beraroma yang membangkitkan rasa tenang dan bertenaga dengan hanya RM30 sebotol (Cara-cara penggunaan yang istimewa dan berbeza dari pemakaian wangian biasa akan di demonstrasikan / ditunjukkan kepada pelanggan yang membuat belian).

Didatangkan di dalam botol 15ml - 2 wangian beraroma yang berbeza (i- membangkitkan rasa tenang & ii- membangkitkan rasa penuh tenaga) sesuai dengan keperluan anda.

Sesuai juga untuk pelajar-pelajar yang mempunyai perasaan gemuruh ketika menghadapi peperiksaan atau ujian, bagi yang mempunyai perasaan gugup, gementar ketika membuat pembentangan, yang mempunyai masalah stress, tekanan perasaan atau yang inginkan ketenangan dan tidur yang berkualiti di waktu malam.

E-melkan ke pesanan@biecommerze.com untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut dan belian.

Gambar buat masa ini boleh dilihat di http://www.biecommerze.com/onlineshop

Bagi yang berminat untuk mendapatkannya sebagai hadiah kepada anak-anak, kedua orang tua, saudara mara bolehlah menghubungi saya. Promosi Perayaan - Kos Penghantaran PERCUMA (bagi penghantaran Pos Biasa. Pos Laju hanya RM5 sahaja)!