24 August 2009

Resepi Bubur Pedas

salam Ramadhan...
hari minggu yang lepas berbuka dengan home-made cooking bubur pedas
ada juga kawan-kawan yang bertanya resepi nya...
kalau search kat google search "resepi bubur pedas", InsyaAllah akan jumpa banyak version resepi bubur pedas

yang nie pulak...my mom's version, saya tambah sikit2 :-)
hopefully yang bertanya resepi tu, dah tercapai hajat nak resepi bubur pedas...apa lagi, bolehla cuba lepas nie :-D

Resepi Bubur Pedas
  • 1 pkt bumbu bubur pedas ( atau mengikut banyaknya bahan)- masa saya buat minggu lepas 2 paket untuk lebihkan rasa perencahnya - (yang nie main ingredient, tanpa perencah bubur pedas, masakan nie tak menjadi)
  • 100 gm udang / ayam / daging- yang nie sesedap rasa. kalau vegetarian lebihkan sayur-sayuran
  • kacang panjang, lobak, kentang, jagung muda, midin (kalau ada), tauhu kering (fucuk),cendawan cina- nak letak sayuran lain pun takde masalah
  • 5 tangkai pucuk singkel (pucuk buas) - dihiris halus
  • 5 tangkai daun kunyit - dihiris halus
  • 5 biji cili kering (jika mahu pedas)
  • 2 biji bawang merah - ditumbuk halus
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk halus
  • halia sebesar ibu jari kaki - kalau nak lebih pun boleh (untuk mengeluarkan angin dalam badan)
  • 2 - 3 sudu besar minyak masak - untuk menumis
  • 3 cawan pati santan / susu cair - kalau tak nak guna pun takpe
  • garam
  • Sesuai dimakan bersama dengan roti, dijadikan pencicah atau dimakan begitu sahaja.

Cara-cara

  1. tumiskan bawang merah, putih, halia dan cili yang telah ditumbuk halus.
  2. setelah tumisan telah naik bau,
  3. masukkan samada udang, sotong, ayam atau daging dan masak hingga empuk.
  4. masukkan bumbu yang sudah dibancuh dengan air.
  5. biarkan mereneh dan masukkan pula kesemua sayur-sayuran dan bahan-bahan yang dihiris tadi sehingga pasti masaknya.
  6. masukkan garam secukup rasa, sedikit lada hitam dan lada putih
  7. yang nie, pilihan tukang masak kalau nak masukkan pati santan / susu cair, masukkan pula pati santan/susu cair dan biarkan mendidih lebih kurang 10 minit sambil dikacau perlahan.
  8. biarkan masak sehingga 15 minit...rasa sedikit, dan angkat dari dapur
  9. masakan ini boleh dihidangkan dengan 5-6 orang tetamu
Selamat Mencuba :-D

Peluang ada depan mata...nak rebut ke????

Salam Ramadhan...
Hopefully we'll have a blessed Ramadhan and our 'Ibadah will be accepted by Allah SWT The Al-Mighty...InsyaAllah

Orang kata peluang yang datang tiba-tiba depan mata jangan ditolak
seboleh tidak kita usahakan untuk mendapatkan peluang tersebut yang mungkin akan datang sekali sahaja, nak tunggu peluang yang sama mungkin akan ambik masa bertahun-tahun atau mungkin juga tidak akan datang langsung...

baru-baru nie, peluang terbuka di depan mata - property investment
agak ragu-ragu jugak nak invest - macam2 perasaan ada:
- camana nanti kene tipu ker
- tak dapat rental investment - takde yang nak menyewa
- tak mampu nak bayar monthly payment
- dsb lagi macam-macam ada dalam kepala masa tu

semalam tengok property kat cheras kl...dikelilingi dengan kolej-kolej dan demand for rental memang tinggi kat situ. student ramai yang menyewa. Actually pernah datang ke apt nie lama dulu, cuma tak ingat nama.

Pemandangan dari luar apt

Ruang tamu - masa jenguk nie orang tengah buat keje pembaikan dan cat semula
lantai dah siap tile, semua bilik ada kipas kecuali bilik no.3
grill memang dah sedia ada
view canteq

bila dah tengok...rasa ragu2 memang ada
nak ambik ke tak nak peluang nie
bila fikir2 masa 1st time beli rumah memang pecah kepala nak uruskan dan carik duit, rasa macam tak sanggupnya nak mengulang bende yang sama...
ikut pengiraan dan susah payah carik duit tu memang tak leh nak beli property lain selain dari rumah yang ada sekarang nie...
tapi...
rental return kat sini memang bagus
rugi pulak tak ambik peluang nie...
takpe...
istikharah dulu, mudah-mudahan Tuhan beri petunjuk!
lepas jenguk apt tu, tengok satu lagi apt berdekatan dengan rumah
yang nie dah siap canteq dan bersih - tapi low cost apt dalam 55k, rental return dalam RM350 paling tinggi...hmmmm
yang tadi tu, rental return dalam RM650 paling tinggi
rasanya yang 1st tadi tu boleh cover balik bank loan...
hmmm....
apa-apa pun, nak kene mintak petunjuk dulu...bukan seringgit dua nak kene keluarkan nie
maunyer habis duit gaji, habis savings, habis duit TH nak kene dahulukan utk deposit 10%, loan agreement dan sebagainya.
hmmm...

TBC....

18 August 2009

Kucari dalam Ramadhan....

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera...

Ramadhan Al-Mubarak semakin menghampiri kita...
persediaan kita bagaimana? - mentally, physically dan spiritually nya yang bagaimana perlu disediakan?

saya percaya, ramai yang teruja dan menunggu-nunggu ketibaan Ramadhan kali ini
dan
saya juga percaya ada sebilangan dari saudara kita yang keluh kesah dengan kedatangan Ramadhan ini dengan berbagai alasan dengan penyakit-penyakit yang tiba-tiba muncul di bulan mulia ini

Ramadhan...bulan penenangan dan pembersihan jiwa...
bulan yang mengandungi di dalamnya satu malam yang lebih baik dari seribu malam...
bulan yang mengandungi rahmah dan kekuasaan kekuatan di dalam meningkatkan amalan seseorang hamba...
bulan di mana peluang seorang muslim mempertingkatkan amalan dan memperkukuhkan ketaqwaan kepada Sang Maha Pencipta....
bulan di mana saudara semuslim merapatkan jurang ukhuwah antara satu sama lain....
bulan di mana kita berebut-rebut mencari peluang dan mengumpulkan pahala ibadah untuk bekalan di kemudian hari...
bulan di mana kita memuhasabahkan diri dan mencari-cari diri yang mungkin semakin hilang spiritualnya dek kesibukan seharian di dalam mengejar duniawi....
bulan di mana turunnya mukjizat terbesar ya'ni Al-Quranul Karim....
bulan di mana peluang besar kita untuk khatam Al-Quranul Karim...kerana bulan-bulan yang lain kita sibuk dan alpa untuk belajar dan meningkatkan pengetahuan kita di dalam memperbetulkan bacaaan dan tajwid kita...
bulan di mana masjid-masjid dan surau-surau dan tempat ibadah berkumandang dengan alunan merdu dan gemersik bacaan Al-Quran...
bulan di mana ketenangan dan kedamaian dapat dicapai kerana kita merasa dekat dengan Sang Maha Pencipta...Al-Khaliq
bulan di mana kita merasai banyaknya tak terhingga kasih sayang Allah S.W.T...Ar-Rahman Ar-Rahim
bulan di mana kita merasai Allah S.W.T itu amat dekat sekali dengan kita...

SubhanAllah...jika kita merasakan semua kenikmatan tersebut...beruntunglah kita
bulan yang kita tunggu-tunggu
seumpama seorang putera mendambakan puterinya
umpama seekor pungguk yang merindukan bulannya
kiranya kerinduan kita kepada Ramadhan lebih hebat dari itu...SubhanAllah, Alhamdulillah...beruntunglah kita...

amatlah beruntung kiranya aku temui cinta di dalam Ramadhan
amatlah bertuah kiranya aku temui kasih sayang yang maha hebat dari Sang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya
cinta yang amat didamba-dambakan
cinta yang betul-betul dan benar-benar cinta
cinta yang tidak ada cinta yang lebih hebat dari cintaNya
cinta yang tidak terbanding dengan cinta sesama manusia dan makhlukNya
SubhanAllah....

Aduhai...
mampukah aku temui cinta sehebat itu di dalam Ramadhan
mampukah aku benamkan seluruh jiwa ragaku demi mengejar cinta hebat itu
mampukah aku istiqamah di dalam menghadapi dunia yang semakin parah ini
mampukah aku berpaut kuat pada taliNya di dalam menempuh urusan dunia yang penuh tipu daya ini
mampukah aku sekuat Rabi'atul Adawiyah di dalam ketegasan beribadah kerana cinta dan bukannya mengharapkan pahala atau syurga???
AllahuAkbar...Allah Maha Besar

Duhai sahabat-sahabatku...
kiranya ada kekhilafan di dalam persahabatan
dan juga perkenalan...
kiranya ada hati-hati yang terluka
kiranya ada hati-hati yang menjauh
kiranya ada juga hati-hati yang semakin mengecil
lantas menjarakkan diri
maafkanlah sahabatmu ini
maafkanlah segala kekhilafanku
ampunilah segala dosa-dosa yang pernah sahabatmu ini lakukan terhadapmu
sebelum mata terpejam
sebelum ruh diangkat dari jasad
sebelum segala-galanya terlambat
maafkanlah
maafkanlah
maafkanlah...

Wallahua'lam
Salam Ramadhan buat saudara Islamku...Kejarlah Akhirat, InsyaAllah kita akan mendapat kedua-duanya...InsyaAllah!

16 August 2009

25 Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya....

01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

12 August 2009

Andai Ini Ramadhan Terakhir

wahai dikau...renunglah engkau
akan nasib diri
wahai qalbu...sedarkah engkau akan
gerak hati
wahai aqal...terfikirkah engkau
akan apa yang bakal terjadi

andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali
buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di
penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti
yang dijanji Ilahi
kematian...adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu
melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada-NYA
Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai...
sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh, minda, dan qalbu...bersatu
memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil... menangisi
kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau
sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa
yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...
bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan
dengan pesta-pestaan
berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
oleh itu duhai Ilahi....kasihanilah
daku hamba-MU ini

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai
mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhankita
buru...kita cari...suatu
malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong
redha Ar-Rahman
duhai Ilahi...

andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling
bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju
redha serta kasihsayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan
kami di sana nanti

namun saudara...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
samada Ramadhan ini merupakan
yang terakhir kali
hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...Semoga setiap ibadah yang kita lakukan akan mendapat ganjaran dan redha dariNya...Aaamin!

p/s: dipetik dari forward yang dihantarkan oleh seorang teman...semoga mendapat manfaat dan dikongsi bersama sahabat-sahabat yang lain. Wallahua'lam...

11 August 2009

Bahaya Matlamat MengHALALkan Cara...

Saya tertarik dengan artikel dari Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang boleh dikongsi bersama. Artikel ini dipetik dari ARKIB : 09/08/2009 (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0809&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_15.htm)

Bahaya matlamat menghalalkan cara

Sekali lagi artikel saya dalam Mingguan Malaysia mendapat perhatian yang serius daripada akhbar-akhbar Cina seperti China Press, Sin Chew, Nanyang Siang Pau dan beberapa laman web pembangkang. Kali ini mereka mengambil beberapa bahagian tertentu dengan ada tujuan yang tersembunyi dengan menyiarkannya di muka hadapan sebagai berita utama (Nanyang Siang Pau). Beberapa isu dimanipulasi untuk menagih simpati. Terima kasih saya ucapkan. Nasib baik saya tidak melayan panggilan demi panggilan yang ajukan itu. Jika tidak, saya tidak tahu, apa lagi kenyataan saya yang akan diputarbelitkan.

Mereka turut bertanya, adakah saya dipaksa atau diupah oleh Utusan Melayu atau UMNO untuk menulis artikel ini. Saya jawab tidak. Saya sudahpun jawab dalam artikel minggu lepas. Saya tidak pasti mereka faham atau tidak tulisan saya dalam bahasa Melayu. Tulisan dan idea ini datang dari hati naluri seorang rakyat berbangsa Cina kerdil, yang amat ingin melihat umat Islam sedar, di manakah kedudukan kita sebenarnya. Malangnya, hanya kerana artikel saya diterbitkan dalam Mingguan Malaysia, marahnya begitu meluap-luap sehingga emosi menguasai diri. Saya dituduh tali barut UMNO. Inilah mentaliti kelas ketiga yang sukar diubah akibat ketaksuban. Komen-komen ini langsung tidak menunjukkan kematangan dan hanya mempamerkan kebodohan diri sendiri. Inilah golongan tidak bersyukur dan ultra kiasu yang masih tidak sedar diri.

Mereka bertanya lagi, adakah saya perlu meminta maaf kepada keluarga mendiang, saya kata tidak perlu, sama sekali tidak. Jika mereka faham betul-betul bahasa Melayu, saya tidak nampak satu pun para artikel saya berniat jahat kepada keluarga mendiang, kecuali niat jahat sebenar akhbar Cina, DAP dan laman web tersebut yang sengaja memutar-belitkan isu ini menjadi perkauman untuk mencari simpati dan publisiti murahan. Siapakah yang sepatutnya meminta maaf, saya atau akhbar dan laman web rasis ini?

Saya dituduh tidak pandai menulis artikel oleh akhbar Nanyang Siang Pau. Justeru, saya pohon kepada editor Nanyang Siang Pau, sila beri tunjuk ajar. Saya juga mahu tahu betapa pandai akhbar-akhbar Cina ini menulis berita dan artikel dalam menjaga kepentingan semua kaum.

Alhamdulillah, dengan peristiwa dan artikel ini, saya lebih mengenali sifat ultra kiasu bangsa saya sendiri yang selama ini saya kaji. Saya baru sedar betapa hipokritnya segelintir bangsa saya. Mereka tidak pernah bersyukur tetapi teramat takut kalah dan mahu sentiasa menang (kiasu). Fakta dan kebenaran dikelirukan bagi menagih simpati dan agenda politik tersembunyi.

Ini budaya yang telah melingkungi pemikiran mereka walaupun kita sudah merdeka 52 tahun. Pemikiran mereka masih tidak merdeka, masih dikongkong oleh ketaksuban terhadap bangsa. Mereka menuduh UMNO rasis, mereka apa kurangnya. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Mereka begitu pandai berpolitik. Mengambil kesempatan di atas kelemahan dan perpecahan Melayu. Jika Melayu Islam bersatu, saya tidak yakin, mereka seberani ini. Keberanian mereka disebabkan ada segelintir orang Melayu bersama mereka. Ini yang menjadikan mereka semakin besar kepala seperti kaduk naik junjung.

Saya rela menjadi tidak popular di kalangan masyarakat saya sendiri, tetapi bangunlah wahai umatku, jangan lagi kita dipermainkan oleh mereka yang licik ini. Lain di luar, lain di dalam. Saya kena bercakap kerana orang Melayu/Islam tidak berani bercakap kerana takut kehilangan kuasa politik. Saya rela dikutuk dicerca dan dihina oleh bangsa sendiri, tetapi saya tidak sanggup melihat Islam merempat di bumi sendiri. Perjuangan kita tidak pernah selesai selagi hayat dikandung badan.

Kepada para pembaca, nilaikanlah idea yang dilontarkan. Jangan hanya kerana artikel ini disiarkan dalam Mingguan Malaysia, kita sudah tidak nampak yang benar, yang mana salah. Saya bukan penulis upahan UMNO atau Mingguan Malaysia. Saya hanya mengatakan yang benar dan tidak ada niat langsung untuk melukakan mana-mana pihak yang hidup mahupun yang telah pergi. Saya bertanggungjawab sepenuhnya apa yang ditulis.

Saya cuma mengingatkan kita agar jangan menjadi seperti kaduk naik junjung. Jagalah hati lain sama terutama hati orang Islam (Melayu) yang banyak bertolak ansur dengan kita. Mereka juga ramai yang menghadapi masalah yang sama seperti apa yang berlaku. Adakah kita mahukan kes ini menjadi precedent, yang akan menghalalkan segala perlakuan sumbang selepas ini?

Sedarkah kita beramai anak luar nikah yang telah lahir daripada hubungan yang tidak sah ini? Apakah kita mahukan ia menjadi budaya hidup kita. Apakah tujuan perkahwinan sebenarnya? Apa tujuan ada akta dan undang-undang undang-undang keluarga, perkahwinan, nikah cerai dan sebagainya diwujudkan? Jika perbuatan sumbang ini hendak dihalalkan maka tidak perlulah ada semua undang-undang dan akta ini? Apakah ini bukan rule of law?

Saya dituduh kerana cuba memasuki unsur-unsur agama dalam isu ini. Tidakkah unsur-unsur agama ini menjadi sebahagian daripada rule of law? Mereka mengatakan bahawa negara ini harus ditadbirkan rule of law. Persoalan saya, adakah undang-undang dan akta ini bukan rule of law. Apa guna kewujudan Jabatan Pendaftaran Negara jika hidup berkeluarga tidak perlu disahkan. Sila rujuk undang-undang Jabatan Pendaftaran Negara, bahagian keluarga, perkahwinan, nikah dan cerai. Sila baca akta nikah dan cerai 1976 dan akta kelahiran dan kematian 1975.

Untuk mengetahui lebih lanjut isu yang dikatakan sensitif ini dan juga rule of law, sila rujuk http://www.malaysianbar.org.my/marriage.html. Bagi mendapatkan makna anak sah taraf dan anak tidak sah taraf, rujuk Undang-undang negara dalam Akta 60, Legitimacy Act 1961, juga akta Jabatan Pendaftaran Negara, http://www.jpn.gov.my/BI/4_2_kelahiran.php.

Lihat juga, http://www.thefreedictionary.com/illegitimate+child. Baca juga Non-Muslim Family Law dalam, http://www.reunite.org/edit/files/Islamic%20Resource/Malaysia%20text.pdf.

Manakala dari segi hak-hak penjagaan anak-anak tidak sah taraf ini pula, sila rujuk http://www.johorebar.org.my/CustodyGuardianship.html. Adakah ini bukan rule of Law. Saya hanya memberikan beberapa pandangan agama yang menjadi rule of law, maka saya akan dituduh kolot dan ekstremis.

Memperjuangkan

Kes yang sama berlaku di Pulau Pinang dan Shah Alam, Selangor baru-baru ini, apabila mereka yang memperjuangkan undang-undang syariah di negeri sendiri, dituduh oleh DAP sebagai pelampau atau ekstremis. Jemaah Islam Malaysia (JIM), sebuah pertubuhan moderat Islam, dituduhkan oleh ahli Parlimen Jelutung DAP, Jeff Ooi sebagai ekstremis atau pelampau. Manakala tindakan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang merampas arak yang dijual di salah sebuah premis perniagaan di Shah Alam, yakni kawasan majoriti umat Islam, dihalang oleh Ronnie Liu, Exco Kerajaan Tempatan Selangor.

Saya masih ingat amanat Tunku Abdul Rahman mengenai pandangannya terhadap Bandaraya Shah Alam. Tunku pernah berpesan agar Shah Alam mesti bebas daripada arak dan kelab malam. Jika orang lain mahu melakukan perbuatan haram ini, mereka boleh pergi ke Kuala Lumpur, minumlah arak dan kunjungilah kelab malam sehingga tidak sedar diri kerana mungkin agama mereka membenarkan. Jika ditakdirkan Buddha dan Nabi Isa hidup hingga ke hari ini, rasa fikir tindakan manusia pelampau DAP sebegini akan dicela dan dikutuk.

Sejak memenangi banyak kerusi dalam PRU 12, DAP ternyata semakin biadab dan kurang ajar kerana turut campurtangan dalam hal-ehwal agama Islam yang menjadi agama persekutuan. Apakah hak parti politik ekstremis ini untuk campur tangan dalam undang-undang syariah negeri dan hal-ehwal Islam? Tidakkah mereka sedar bahawa Malaysia telah diisytihar sebagai sebuah Negara Islam walaupun ditentang hebat oleh mereka sebelum ini?

Tindakan DAP ini teramat-amat menghiris perasaan umat Islam. Saya juga mahu melihat apakah akhbar-akhbar Cina akan memaparkan berita ini di muka hadapan dan mendesak DAP meminta maaf kepada seluruh umat Islam seperti yang dilakukan terhadap artikel yang saya tulis? Kalau artikel yang saya ditulis diapi-apikan setiap hari, perkara yang sama hendaklah dilakukan oleh akhbar ultra kiasu ini, kerana tindakan DAP ini sudah mencabar kesucian dan kedaulatan kedudukan agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan. Tindakan DAP ini bukan sahaja tidak sensitif, malahan dilihat cuba menghina dan merendah-rendah martabat agama Islam.

Persoalannya, adakah mereka akan meminta maaf? Apakah Pemuda DAP atau DAPSY akan mengeluarkan kenyataan yang sama seperti mana mereka memaksa saya meminta maaf? Ini yang selalu saya katakan, bila saya menulis perkara menyebelahi Islam Melayu, saya dituduh tidak sensitif dan dipaksa meminta maaf. Adakah DAP begitu sensitif? Inilah yang saya katakan nasib Melayu di bumi Melayu. Bila isu berkaitan bangsa Cina, akhbar-akhbar Cina mensensasikan isu tersebut, bila berkaitan dengan Islam, senyap sepi dan dianggap tidak penting.

Justeru, saya minta parti-parti politik Cina dan akhbar-akhbar Cina mesti memaksa Jeff Ooi dan Ronnie Liu minta maaf secara terbuka kepada umat Islam. Perkara berkaitan dengan Islam tidak boleh dipermain-mainkan. Apatah lagi jika matlamat hendak menghalalkan cara. ISA amat relevan untuk orang seperti ini.

DAP cuba menarik perhatian orang Cina untuk menghalalkan arak yang secara terangan diharamkan oleh Buddha, yang kini telah menjadi budaya hidup mereka, sama seperti hubungan seks luar nikah. Manakala PAS tetap dengan pendirian mengharamkan arak sebagaimana yang disebut dalam al-Quran. PKR belum lagi membuat keputusan kerana cuba memenangi hati kedua belah pihak untuk mengekalkan kedudukan.

Saya ingin mengingatkan PAS supaya berhati-hati dengan DAP dan parti yang sekutu dengannya. Parti DAP sudah terkenal dengan sikap ultra kiasu sejak penubuhannya lagi selepas PAP. Mereka mahu menjadi negara ini negara sekular, tanpa identiti Islam mahupun Melayu. Sebarang percubaan untuk mengislamkan atau memelayukan identiti negara ini akan ditentang habis-habis malah Karpal pernah berkata langkah mayat beliau dulu jika PAS berniat untuk menegakkan Negara Islam.

Saya amat berharap PAS mengkaji balik pakatan mereka dengan puak ekstrem ini. Lebih baik berkawan dan berdakwah dengan UMNO bagi membincangkan agenda memperkasakan Islam dan umat Islam. Biarkan DAP berkawan dengan mereka yang ingin menghalalkan cara. Saya ucapkan tahniah kepada PAS kerana berani bersuara dan mempertahankan yang hak. Ingatlah, selama-lamanya DAP tidak pernah bersetuju dengan Islam.

Sekarang terbukti, kerjasama seperti tidur sebantal, mimpi lain-lain. Lebih malang lagi, mimpi mereka saling bercakaran dan berprasangka. Saya ingin bertanya sekali lagi kepada DAP dan orang Cina keseluruhannya, agama apa yang menghalalkan arak? Apa yang saya belajar daripada tidak Islam dahulunya, sampai memeluk agama Islam, tidak ada satu agamapun yang mengatakan arak itu dibenarkan. Bagaimana matlamat boleh menghalalkan.

DAP perlu diingatkan bahawa mereka tidak akan menang banyak kerusi dalam PRU 12 baru-baru ini, tanpa sokongan orang Melayu. Justeru, jangan seperti kaduk naik junjung. Pernahkah sekali kita mendengar DAP meminta maaf apabila mereka menyinggung perasaan orang lain disebabkan oleh keceluparan dan kebiadaban mereka? Sudah tentu tidak. Tetapi apabila tiba giliran orang lain seperti saya, maka melalaklah mereka meminta kita umat Islam meminta maaf. Begitu juga pendirian parti politik Cina yang lain seperti MCA dan Gerakan.

DAP dan orang Cina perlu ingat, Melayu tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Agama Islam dan Melayu ibarat darah dengan daging. Pendek kata, setiap manusia memerlukan agama, sebab agama itu datang daripada Tuhan. Suka atau tidak kita dengan agama, diakhirkan nanti kita tetap kembali kepada agama. Jika tidak, maka tidak perlulah dilakukan upacara kematian mengikut agama.

Tambahan pula, kematian manusia tidak mengenal usia. Kematian boleh datang secara tiba-tiba, bila-bila masa, tidak kira tua atau muda. Cuma kita diminta bersedia untuk mati. Tujuannya, tidak lain agar bila kita pergi nanti, kita telah membuat segala persediaan secukup, termasuk terhadap mereka yang kita tinggalkan agar tidak menderita. Justeru, kita perlu melakukan yang terbaik sepanjang waktu dan ketika.

Kita selalu berhujah untuk mempertahankan keburukan yang telah dilakukan. Misalnya, apa salahnya jika bersekedudukan sebelum nikah, asalkan kita bertanggungjawab selepas itu. Persoalan saya, bagaimana jika selepas itu, si polan mengambil keputusan tidak mahu mengambil tanggungjawab tersebut atau meninggal teman wanitanya secara tiba-tiba? Ada yang hanya sempat berkahwin 10 hari, kemudian bercerai. Siapakah yang akan menjadi mangsa? Sudah tentu wanita. Justeru, bila ada rule of law, nasib wanita akan sentiasa terbela.

Saya mempunyai beberapa kenalan Cina dan Melayu yang telah terlanjur melakukan seks bebas, kemudian ditinggalkan oleh teman lelakinya. Apa akan terjadi dengan anak luar nikah yang dikandung?

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

06 August 2009

How to get through LIFE...

dear friends...i wanna share with u something i received from my friend...ENJOY!


Sleep as much as you can...


Read books that you enjoy...


Play with simple things...


Do Whatever you want - Whenever you want...as long as it is not something bad...


Look for affection when you need it...


Get Serious Once a While...


Forget about diets...but not eating too much though...:)


Show some affection...


Get Angry once in while...


Change Your Looks...


Above all, be happy regardless of what...
your challengers may be...
Have a great life!


May your trouble be less...
your blessings more...
and may nothing but happiness
come through your door....

04 August 2009

Life is....

What is my perception on life?
How do i percieve life?
What is my mission and vision of life?
Why do i live and...
How do i live my life to the fullest?
What are my efforts to achieved success in life and hereafter?

Questioning myself at this age...makes me ponder, how much time i've wasted and spent unwisely?, how many person i've hurt and loved and how many person i've bumped into?, how many lessons i've learned to make me a better person?, or how many lessons i've ignored and forgot to practice in everydays life?, how much money i've spent unwisely, spending on unnecessary things in life....is it too much?....and the lists of questions goes on and on...

There's too many of them, too much time and money wasted and too little time left

What if, i have no more days in life....what if i only have one day in life...?
What will i do? What will you do, if you're in my position???

Well...it doesn't matter how much time left to live in this world...
but it do matters when we doesn't care less about our surrounding - the earth that we live in, our loved one no matter what, who and where they are, our friends and families, our nature and other living creatures who shares the same earth, air and water with us...

Selagi ruh tidak ditarik dan dicabut dari jasad...berusahalah kita untuk memberi manfaat kepada orang lain, berusahalah kita untuk memberi bahagia kepada orang lain, berusahalah kita mencapai cinta, berusahalah kita untuk tidak putus asa dengan rahmat Tuhan, berusahalah kita untuk mengejar apa yang kita cita-citakan, berusahalah kita ke arah kebaikan, berusahalah kita mengejar cinta hakiki...berusahalah kita mengejar akhirat yang sekaligus kita mendapat dunia...dan beruntunglah orang yang mendapat kedua-duanya...n

Wallahua'lam