28 December 2008

Travellingbie : Uniquenya Singapura....Day 2

Hari Ke-2...
Seawal 830am, kami mula keluar dari hotel...perjalanan hari kedua lebih panjang dari semalamnya...semalamnya kami sampai di Changi Airport lebih kurang jam 2pm...ronda-ronda sekitar airport, naik MRT ke Eunos untuk ke hotel dan sampai di hotel lebih kurang jam 330pm...jam 5pm, kami bergerak keluar sehinggalah hampir jam 11malam...hari pertama 6 jam...hari kedua pulak mungkin lebih 2 kali ganda perjalanan dari semalam...

paginya - Breakfast at Hajah Maimunah Restaurant...set breakfast cuma SGD3.80 (Pilihan Lontong/Nasi Lemak, Kuih dan Teh atau Kopi). Aku memilih untuk makan lontong..nak rasa lontong singapura pulak...hmmm...sedap rupernye....dan memang sedap pun...hehehehe

Dari Restoran Hajjah Maimunah, kami menuju ke MRT Eunos...sebelum sampai ke MRT tu sempat jugak singgah di kedai ada disekitarnya...

dari MRT Eunos - City Hall beli tourist pass untuk 1 hari SGD8.00 dan deposit SGD10.00 - berhenti di MRT Raffles, jalan-jalan dan menjenguk Singa Singapura di Merlion...kalau melawat singapura, Merlion adalah salah satu tempat kunjungan wajib bagi pelawat...

Selepas puas menikmati pemandangan di Merlion dan bergambar di sekelilingnya, kami meneruskan kunjungan kembali ke Orchard Rd - singgah di Far East Plaza untuk menikmati makan tengahari di Es Teler. Restoran Es Teler terletak di Tingkat 5 Plaza...Killer food di Es Teler adalah Es Teler (Ice Mix Fruit) SGD3.50. Rasanya...kene cuba sendiri bila datang ke Singapura...hehehehe

Dari Orchard Road, kami ke Chinatown....menyusuri Chinatown seolah-olah berada di Chinatown Malaysia...di kiri kanan dipenuhi dengan cenderahati yang dijual dengan harga yang berpatutan...keychain, magnet fridge, t-shirt, pouch, dll...kami sempat melakukan reflex kaki selama setengah jam dengan bayaran SGD18.00. terasa ringan sedikit beban kaki setelah berjalan seharian....menyusuri sepanjang jalan di Chinatown sehingga di penghujung jalan...seolah-olah satu therapy bagi kami...seronok melihat barangan yang dijual...seronok juga melihat harga yang saya kira berpatutan...kami juga sempat melawat masjid di hujung jalan tersebut...

Setelah dirasakan puas berada di Chinatown, destinasi seterusnya adalah Bugis Street...terkenal dengan Masjid Sultan dan deretan kedai-kedai yang menjadi tarikan kepada pengunjung. Sampai sahaja di Bugis Street, kami ke Malay Heritage Centre dulu sebelum ditutup...sempat juga kami melawat disekitarnya walaupun agak lewat untuk melihat apa yang ada di dalamnya...kedai-kedai di sekitar kawasan tersebut kebanyakannya tidak dibuka sehingga lewat petang...kami singgah di kedai nasi beriyani di hadapan Masjid Sultan untuk menikmati Nasi Beriyani Singapura...berlatar belakang kan Masjid Sultan dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi kelazatan makanan kami....dalam perjalanan balik ke MRT Bugis, singgah sebentar di kedai textile Aladdin...and we end up buying...and it was not in my plan either to shop here...tapi dah ter-shopping tu layan jer la...:))

Dari Bugis Street ke MRT Farer untuk ke Mustafa Centre...jam dah menunjukkan hampir 9pm...untuk ke Mustafa Centre, lebih dekat sekiranya berhenti di MRT Farer St...keluar dari MRT, kami tergamam melihat lautan manusia di kawasan tersebut...terasa seperti berada di Mumbai melihatkan orang-orang yang ada dikawasan tersebut disertakan dengan bunyi muzik bollywood...nasib kami baik kerana terdapat 1 keluarga yang sedang menuju ke Mustafa Centre pada masa yang sama...dan kami dengan lajunya berjalan mengikuti di belakang mereka...perasaan pada masa itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu...

Setibanya di Mustafa Centre...tak terkata...kami terdiam seketika menikmati pandangan di dalam mall yang penuh dengan berjutaan produk-produk untuk pengguna...kami terus mencari perencah nasi beriani untuk dibawa balik...ada hikmahnya jugak ke Mustafa Centre agak lewat...sekiranya datang lebih awal, banyak lagi barang-barang yang akan dibeli...:))

Mustafa Centre dibuka 24jam...memudahkan pengunjung untuk datang setiap masa membeli barangan keperluan...malam minggu merupakan malam yang meriah di kawasan tersebut. Malam minggu merupakan malam bersantai bagi pekerja asing...yang kebanyakannya dari negara bangladesh dan india...di situlah tempat melepak mereka setelah penat bekerja selama seminggu...dan disitu juga lah tempat mereka bertemu dengan rakan senegara masing-masing bertukar-tukar cerita dan bersantai...bagi kami, agak menakutkan berjalan menyusuri golongan-golongan tersebut...sepanjang-panjang perjalanan kami tidak putus-putus berdoa agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini...

Alhamdulillah, setelah selesai berurusan, kaki kami terus melangkah laju ke MRT Farer...kawan saya mencadangkan untuk mengikuti jalan lain, memandangkan jalan yang kami lalui untuk ke Mustafa Centre dipenuhi dengan manusia-manusia...tapi, lebih berbahaya untuk melalui jalan yang agak sunyi...akhirnya kami memutuskan untuk melalui jalan yang sama dengan langkah kaki yang lebih pantas dari biasa...

Berada di dalam MRT dari MRT Farer St - ke MRT Eunos barulah dirasakan selamat dan rileks sedikit...syukur kerana perjalanan sepanjang hari ini selamat...dari mula sehinggalah kembali semula ke hotel...end of day 2...Alhamdulillah!

27 December 2008

Travellingbie : Uniquenya Singapura....Day 1

Salam...

The visit to Singapore last saturday was superb...
3 hari 2 malam dirasakan tidak mencukupi untuk melawat seluruh singapura...
lupakan dulu mengenai keadaan politiknya, lawatan ke s'pore memang ditungu-tunggu...
dah lama sebenarnya nak datang ke s'pore...kawan-kawan ramai yang tanya kenapa singapura...takkan takde negara lain yang nak dilawati selain dari singapura?....hmmm...saya memang takde jawapan untuk soalan tersebut...

penerbangan airasia dengan tiket yang sememangnya murah - tiket free, cuma perlu membayar tax sahaja sebanyak RM120 bagi penerbangan 2 hala...membolehkan saya untuk terbang ke sana.

penerbangan yang tidak sampai sejam dari LCCT ke Airport Changi tidak terasa sama sekali...ketika kaki mencecah airport changi...mata terpaku melihat suasana dan persekitaran yang agak berbeza sedikit dari KLIA dan jauh amat berbeza dari LCCT...
ketika hendak ke tandas, mata terpaku kepada seorang hamba Allah yang solat di ruangan koridor...kenapa ya? rupa-rupanya airport yang sebesar ini tidak mempunyai tempat solat...MashaAllah...rupa-rupanya umat Islam di sana berjuang, struggling untuk menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Pencipta...bagi yang kuat, Alhamdulillah...2 thumbs up diatas keupayaan untuk menunaikan yang tanggungjawab kepada yang Haq.

pemeriksaan di kaunter imigresen Alhamdulillah berjalan lancar walaupun pegawainya seolah-olah tidak mengalukan kedatangan kami...Perjalanan menuju MRT pula agak jauh tetapi selesa kerana petunjuk jalan untuk ke MRT sentiasa ada di mana-mana...sebelum tu, kami mengambil beberapa buku panduan bagi memudahkan pelawat mengeksplorasi singapura. Dari MRT Changi, kami menuju ke MRT Eunos untuk check in di Hotel Fragrance Joo Chiat Road. Dari Eunos, anggaran kami mengenai jarak jauhnya hotel tersilap sama sekali...setelah berjalan agak jauh dari MRT Eunos, kami mengambil keputusan untuk menaiki teksi. Pemandu teksi pun agak kehairanan, mengetahu jarak hotel tersebut agak dekat dengan tempat kami mendapatkan teksi tersebut....tak sampai 5 minit kami sampai di hadapan hotel...sepanjang perjalanan, rupa-rupanya ada 3-4 hotel yang lebih dekat dengan jalan utama...hmmm...lain kali datang dah tahu dah nak duduk hotel yang mana satu.

setelah check in, rehat sekejap...dan kemas2 mana yang patut...then my new s'porean friend datang ambik kek lapis, lepas dia balik...we went out sightseeing...

Kali ini kami berjalan menuju ke MRT Paya Lebar pulak....sepanjang perjalanan ke MRT Paya Lebar, sempat jugak kami singgah di kedai-kedai sepanjang jalan Joo Chiat dan Geylang Serai...hari pertama dah sakan berbelanja...hmmm...camner lak pulak hari ke-2 dan ke-3 nanti

Dari MRT Paya Lebar - MRT City Hall (Interchange) - Orchard Road untuk melihat suasana malam di sana. Kebetulan pulak perayaan krismas yang akan menjelang tiba masa itu, suasana di Orchard Road dan jalan sepanjang-panjangnya meriah dengan pintu gerbang yang berwarna warni, pondok-pondok bertemakan perayaan dan setiap pondok tersebut dimeriahkan lagi dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan untuk pengunjung-pengunjung yang datang....

dari Orchard Road, kami berjalan dicelah-celah kesesakan orang ramai sehinggalah ke MRT Sommerset....jauh jugak jaraknya...namun tidak begitu dirasakan disebabkan kemeriahan kawasan tersebut dengan pengunjung yang datang bertandang.

Dari MRT Sommerset - kami menuju kembali ke MRT Eunos untuk berehat sebelum memulakan perjalanan yang agak panjang keesokan harinya...balik ke hotel, baru terasa penatnye menapak dari hotel ke MRT, berjalan sepanjang Orchard Road sehinggalah balik ke hotel semula...

Satu perkara yang menariknya mengenai pengangkutan awan di singapura...kemudahannya memang amat memudahkan pengguna....interchange MRT diantara satu sama lain memang amat mudah sehinggakan anda tidak perlu keluar dari kawasan MRT tersebut untuk melakukan penukaran MRT...sekiranya anda ragu-ragu mengenai tempat yang hendak dituju, tanya sahaja kepada pengawal yang bertugas, atau gadis manis di kaunter yang bertugas...yang pastinya akan menunjukkan jalan kepada anda dengan penuh mesra dan dengan senyuman...kadang-kadang disertakan sekali dengan nota kecil penunjuk jalan untuk sampai ke tempat kebiasaan pelancong berkunjung...

18 December 2008

"Adakah saya memerlukan Penapis Air?"

"Benarkah Air yang saya gunakan dicemari oleh bahan kimia yang berbahaya?"

Kajian menunjukan air yang dibekalkan kerumah kita telah dicemar dan mengandungi bahan kimia yang merbahaya bagi kesihatan tubuh dimana ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit-penyakit."sesuatu yang pasti,tentang toksid-toksid dalam air minuman kita ialah,lagi kita menkaji,lagi banyak yang kita temui bahan bahaya di dalamnya".

-Relph Nader US Research Institute
Rawatlah air di rumah anda sebelum terlambat

Jangan dikira sangat berapa yang perlu dibelanjakan untuk mendapatkan tahap kesihatan yang optimum untuk keluarga...kerana nikmat kesihatan itu perlu dijaga supaya tidak diambil terlalu cepat dan segera di dalam kehidupan kita.

Klik di sini untuk promosi terbaik Penapis Air : http://www.biecommerze.com

15 December 2008

When 80Gb and 120GB is no longer available....

Salam...
Semalam pegi PC Fair dalam jam 6pm...nyaris lagi tak pegi sebab dah lambat, tapi bila fikir-fikir nak tunggu pc fair akan datang lambat lagi dalam suku tahun depan...so, redah jer la...sesampai dekat2 klcc...mak aih...ramainyer orang, pegi parking kat belakang klcc convention centre, Alhamdulillah dapat parking strategic location, takdela jauh sangat nak menapak nanti, kot ler terbeli benda2 besar.

sementara nak masuk pc fair, solat dulu then barula best sikit nak cuci mata barang2 IT nie....masuk Hall 1 dan Hall 2 - banyak booth notebook, komputer dan cameras...berpinar mata tengok notebook kecik tu...less than Rm2000 dah dapat notebook yang compaq dan boleh bawak mana2, dari booth acer, toshiba, hitachi, dell, twinhead, hp, lenovo dan yang lain rasanyer yang paling best sekali bagi saya adalah netbook dari lenovo - 6cell bateri, 160gb rasanyer dan 1GB Ram extendable to 2GB RM1699 for black and white color. Kalau pink color kene add another RM50.00.

Masuk Hall bawah - booth jual aksesori : notebook cooler,the cheapest RM10, pendrive the cheapest RM16, notebook bag at very very reasonable price ranging from RM29 to RM100++, hard disk memang murah giler...from RM100++ for 160GB. 80Gb dan 120GB dah tak jupe dah. 1TB dan 600GB pulak sold out, lagipun masing-masing dah nak tutup kedai...hampir semua barang dengan harga lelong...

promoters untuk setiap booth masing-masing melaung-laungkan harga lelong...sampaikan booth komputer pun offer harga lelong selepas harga promosi, nyaris lagi nak beli...netbook lenovo at lelong price RM1650 for pink color...teruja-teruja....:) tapi the actual need takde lagi, so, simpan dulu dan tangguhkan belian pada pc fair akan datang lak...hard disk pulak, dah tak jumpa 1TB, semua dah sold out...tak de rezeki nampaknyer...next pc fair pulak la tu....

tujuan sebenar-benarnya nak pegi pc fair, nak tengok offer broadband - streamyx with its promo, celcom dgn promo nyer yang tak berapa promo, then pegi booth maxis lak...tengok2 promo ok gak - only RM100 for activation dan kalau tak puas hati within 7 days boleh pulangkan balik modem dan dapat balik RM100. no charge for the modem, tu yang best tuh....but i dont know whether ada hidden cost ker tak....sebab yang dimaklumkan memang takde charges lain selain charges bulanan RM88 nanti....

jam 9pm, masih lagi promoter melaung-laungkan harga runtuh dan lelong....orang ramai semakin beransur-ansur balik dan ramai lagi yang menunggu-nunggu untuk mendapatkan harga runtuh...rasanyer dah puas hati dah dengan apa yang dibeli...lagipun beg maxis dapat sekotak...okla tuh....balik rumah senyum-senyum jer...tak sabar nak sampai rumah testing maxis broadband.

sampai2 rumah terus test broadband....wallaaa...connection to internet successful...sempatlah chat dengan adik yang tengah online kat kampung...

puas hatilah jugak belanja hanya RM100++ untuk pc fair nie dan nyaris jer berbelanja RM1000+++ kalau include sekali belian netbook dan external hard disk...hehehe

next pc fair...insyaAllah adela netbook baru dan external hard disk 1TB....:)