Monday, January 21, 2008

Tuhan Manusia – Faisal Tehrani

Tuhan Manusia – Faisal Tehrani

“Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama”…
Berat otak bila membaca novel ini…bagi saya novel ini sebuah novel yang serius membicarakan mengenai banyak perkara, membincangkan mengenai konsep pluralisma, murtadnya seorang muslim dan persoalan-persoalan menarik yang lain…

Novel ini, menyelami hati dan perasaan seorang adik yang cuba memahami sebab dan musababnya kemurtadan abangnya…persoalan demi persoalan yang sentiasa bermain difikiran. Dalam usia remajanya banyak petaka yang menimpa sehingga dia belajar menjadi anak muda yang matang dan tahan jiwa.

Ali Taqi, menyelami isu pluralisma yang semakin berleluasa di kalangan masyarakat Islam, murtad yang juga semakin berleluasa, kelompok islam liberal dan bermacam-macam isu lagi yang diselaminya…

Perdebatan dengan Zehra rakan sekolah dan juga anak kepada seorang yang pro pluralis, banyak berlaku di dalam novel ini...konsep pluralisma, isu murtad dan sebagainya sering menjadi bahan perbincangan setiap kali mereka bertemu dan berbincang.

Novel ini sarat dengan perbincangan serius mengenai konsep pluralisma, isu murtad, islam liberal dan juga sebahagiannya disertakan dengan nas-nas Al-Quran untuk memperkuatkan hujah-hujah yang telah berlaku di dalam novel ini.

Banyak lagi yang nak di ulaskan…untuk mengetahui lebih lanjut mengenai akhir cerita taqi ini, dapatkan novel Tuhan Manusia di kedai-kedai buku yang berdekatan.

Wallahu'alam
Post a Comment

Most Popular