06 December 2007

Review Cinta Sang Ratu – Ramlee Awang Murshid


Tatkala cinta berbisik
Suaranya memuji Tuhan
Pabila rindu terusik
Rasulnya menjadi pilihan….

Cerita berkisar di Kurun ke-15 dan juga di Awal Abad ke-21…

Sesiapa yang tak pernah membaca Bagaikan Puteri mungkin akan sedikit konpius dan keliru dengan pertukaran cerita yang sekejap-sekejap di Kurun ke-15 dan sekejap lagi di awal abad ke-21…

Namun di sebalik pertukaran zaman itulah yang menjadikan cerita ini unik dari yang lain….Ramlee bijak dalam menggabungkan cerita duniawi dan spiritual di dalam Cinta Sang Ratu ini...

Kurun ke-15 - Ratu Sulaman yang merupakan anak angkat Maharani telah menyerang Laksamana Sunan…dan Sunan telah terkena panahan sihir Ratu….mampukah Laksamana Sunan terus hidup dan mematahkan panahan sihir tersebut…Apakah Ratu Sulaman terus dibelenggu dengan sihir Maharani yang bertuhankan Taghut, sehingga membuat hijab Ratu kepada kebaikan tertutup, atau mampukah Laksamana Sunan merungkai dan mematahkan sihir Maharani terhadap Ratu dan juga mangsa-mangsanya yang lain? Siapakah Maharani yang sebenarnya, dari mana datangnya kemunculan Senggara yang tiba-tiba, siapa pula Ergi, yang disumpah menjadi duyung yang hodoh kerana telah melukakan hati ibunya, berjayakah Ratu Sulalman keluar dari cengkaman sihir Maharani dan apakah hubungan Katiswara dan Maharani di dalam Cinta Sang Ratu ini?...

Abad ke-21 - Haryani, yang telah kembali ke zaman asal setelah berada di dalam keadaan koma dan terperangkap di dunia Laksamana Sunan masih lagi mengingati Laksamana Sunan sehinggakan mengabaikan Dani yang pernah menolong dan berusaha untuk menyembuhkannya dari koma…Dani yang kecewa, membawa diri ke Acheh untuk mencari susur galur keturunan yang bersangkut paut dengan Laksamanan Sunan…di dalam pencarian tersebut, Acheh telah ditimpa bencana dan malapetaka Tsunami…dan Dani turut menjadi korban. Walaupun terselamat dari bencana tersebut dan masih hidup, Dani bukanlah seperti Dani yang dahulu lagi..Dani setelah malapetaka Acheh telah hilang ingatan dan kadang-kadang seperti orang yang gila…yang sebenarnya, Dani telah terperangkap ke dalam satu dunia yang lain iaitu dicampakkan di dalam Kurun ke-15, di zaman Laksamana Sunan….apakah yang terjadi kepada Dani? Dan apakah nasibnya di zaman Laksamanan Sunan? Apakah Dani dan Laksamana Sunan akan bertemu satu hari nanti…? Apakah nasib Dani di zaman sekarang? Dapatkah Dani kembali kepada ingatan yang asal…? Dan berjayakan Haryani mencari Dani di Acheh nanti?

Tak rugi kiranya anda membeli novel ini…ianya bukanlah semata-mata novel kecintaan kepada manusia, tetapi juga kecintaan yang teramat kepada Tuhan yang menciptakan sekalian alam bahkan kekuasaanNya jugalah yang dapat menandingi sihir taghut yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan manusia selagi mana manusia berada di bumi Tuhan ini.

No comments: