18 December 2007

Review :: Ayat-Ayat CInta

Ayat-Ayat Cinta – Habiburrahman El Shirazy

Mengesankan hati dan perasaan…

Tidak pernah saya membaca sebuah novel yang begitu amat mengesankan hati dan memasukkan pembacanya di dalam novel secara keseluruhannya…dari awal episode sehinggalah ke akhirnya.

Fahri, Maria, Aisha, Nurul, Sheikh Ahmad, dan banyak lagi watak-watak yang dilahirkan dari Ayat-ayat Cinta ini mempunyai peranannya masing-masing. Setiap watak mempunyai peranan yang significant dan mengesankan hati…

Berlatar belakangkan suasana Mesir, persekitaran tempat dan kejadian diceritakan dengan terperinci seolah-olah yang sedang membacanya berada di tempat kejadian…penulis dengan berjayanya menghasilkan satu ilustrasi minda di dalam pembaca dan membawa pembaca merasai apa yang dirasakan oleh semua watak-watak di dalam Ayat-Ayat Cinta ini…indah dan menyentuh perasaan bila membaca novel ini…

Review selanjutnya akan saya sambung..masa mungkin agak mencemburui saya untuk menghasilak review yang lebih mendalam lagi…tapi saya percaya, rakan-rakan yang telah membaca novel ini akan bersetuju dengan saya bahawasanya, tidak banyak novel yang indah seperti ini di pasaran dan tahniah buat penulis kerana berjaya membangkitkan rasa cinta kepada Yang Maha Agung di dalam penulisannya…Cinta yang Melebihi segala Cinta di dunia…Cinta kepada Yang Haq dan Yang Maha Hebat…

Saya kira, alangkah lebih indahnya sekiranya hati dan perasaan yang mengesankan itu terbit ketika setiap kali membaca Al-Quranul Karim…ketika setiap kali bertasbih memuji Allah SWT….ketika setiap kali menyebut nama-nama indah Allah SWT dan setiap kali mengucapkan tasbih dan tahmid memuji kebesaran Allah SWT.

Wallahua’alam

Salam 'AidilAdha buat semua...semoga kita sentiasa berada di bawah lembayung Rahmah Yang Maha Esa dan diberikan Hidayah serta 'Inayah di muka bumi ini...Aaaamin!

2 comments:

Kabus dan Mega said...

Salaam Biah...

2 thumbs up for u! Tahniah Biah! What a blog u have here. Saya pun termotivasi hehehe..

Travellingbie said...

salam nai,
trimas...
kalau tak mampu nak beri sumbangan besar kepada masy, apa salahnya bagi sumbangan di dalam net kan?...nai pulak, teruskan memblogging...apa-apa sahaja yang boleh dikongsi bersama adalah satu kebaikan jugak...;)