24 October 2007

Halaqah – Cari Duit

21 Oktober 2007 – Ahad
Alhamdulillah, kali ini aku berkesempatan untuk melihat program Halaqah di TV9. Salah seorang panelnya adalah Dr. Ashraf Wajdi, antara pelajar terbaik masa batch aku dulu...

Antara kandungan program Halaqah adalah:
  • Mengupas tajuk cari duit, dan bukannya curi duit dan juga bukannya juga ambil duit
  • Akhirat adalah yang paling penting, Dunia seumpama jambatan untuk menuju ke akhirat...
  • cari harta jangan sampai lupa akhirat. Janganlah kita menjadi seperti Haman dan Qarun
  • habuan kita di dunia ini adalah untuk akhirat...
  • Allah menjadikan manusia di dunia ini adalah untuk menjadi Khalifah di bumi ini...seorang Khalifah pasti akan diuji di dunia untuk melihat sekuat mana keimanan seseorang Khalifah tersebut dan seorang Khalifah perlu berusaha untuk membebaskan diri dari belenggu kemiskinan...
  • Wa ahsin kama ahsanAllahu ’alaika...
  • Indahnya bila ada kepelbagaian di dalam kehidupan – kalau semua orang kaya, siapa yang nak jadi pekerja, jadi driver, jadi tukang kasut dan sebagainya...
  • Harta ini sebenarnya dikongsi bersama kerana ada orang yang bekerja untuk kita...harta kita tu bukanlah totally kepunyaan kita dan segala yang kita usahakan untuk menuju ke arah kekayaan, harta itu ada haknya ke atas orang lain juga...
  • Ke mana nak bawa kaya nie – Rasulullah s.a.w bersabda - Ummat ku menjadi baik dengan 2 perkara : Ilmu dan Harta. Orang jahil nie, nak uruskan harta pun tak boleh...
  • Bila Islam suruh kaya maknanya kita disuruh bekerja...kerja betul-betul.Bukannya kerja dengan cara shortcut bermakna makan rasuah untuk cepat kaya, mencuri untuk cepat kaya dan berbagai cara shortcut untuk menjadi kaya...
Wallahua'lam

22 October 2007

Life is an Open Secret: Think about it by Sis Zabrina

Sekarang nie sedang membaca buku ini...
unlike with other motivational books that i've been reading, this book is very special...

Buku ini mengandungi 18 cerita motivasi dan inspirasai yang sentiasa berlaku di dalam hidup kita samada disedari ataupun tanpa kita sedar perkara tersebut berlaku ke atas kita.

18 rahsia kehidupan yang diterapkan oleh Sis Zabrina adalah;
  • Love Your Mother (Sayangilah ibumu) - "Syurga di bawah Tapak Kaki Ibu" - Sayangilah ibu anda sebelum dia meninggalkan kita...dan bagi yang masih ada ibu, jenguk-jenguklah selalu dan sentiasa bertanya khabar berita. Kekadang saya juga lupa untuk bertanya khabar pada ibu dalam seminggu...tapi Tuhan Maha Kuasa bila perasaan kita dikaitkan dengan perasaan ibu kita, bila mana dia teringatkan kita...kita akan teringatkan dia...SubhanAllah! Maha Suci Tuhan yang menerbitkan perasaan sebegitu kepada kita.
  • Decide Your Path Wisely (Pilih jalan hidupmu dengan bijaksana) - (Turn towards Allah, O believers, every one of you, so that you may be successful.) - An-Nur 24:31 - Sudah terang lagi bersuluh bahawa setiap hamba yang mengadap mukanya kepada Allah, mengikuti segala perintahnya, InsyaAllah akan berjaya. Sekiranya jalan kehidupan yang kita pilih melencong sedikit dari landasan, atau melencong dengan banyaknya dari landasan yang telah ditetapkan, kembalilah kepada Yang Maha Pencipta...Dia yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...berapa besarpun dosa kita kepada Pencipta kita, InsyaAllah dia akan mengampuniNya...tetapi dosa kita sesama hamba belum tentu akan dimaafkan...begitulah indahnya Yang Maha Pencipta...dalam kehidupan kita, perlulah dan wajiblah bagi kita memilih jalan yang kita lalui itu dengan bijaksana. Kadang-kadang ada orang yang selalu menyalahkan takdir kehidupannya - kenapa dia tak pernah senang-senang, kenapa dia selalu ditimpa kesusahan, kenapa perkara buruk selalu terjadi kepada diri sendiri dan bukannya orang lain. Perlakuan dan habit kita kadang-kadang menjurus kepada akibat di dalam kehidupan kita...ke mana arah tuju kita dan akhir penghidupan kita. Oleh itu, pilihlah jalan kehidupan kita dengan bijaksana!. (updated 18 Oktober 2007)
  • Rise Early (Bangun awal) - yang ini saya pernah mengulas mengenainya di dalam buku review dari Dr. HM Tuah Iskandar
  • Face Challenges with a Zest (Hadapi cabaran dengan penuh semangat)
  • Aim and Strive (Bertekad dan berusaha)
  • Be Connected (Terus berhubung)
  • Stay Steadfast (Berpegang teguh)
  • Sharpen Your Communication Skills (Tajamkan kemahiran komunikasi anda)
  • Say the Word and Do the Action (Sebutkan perkataan itu dan laksanakan perbuatannya)
  • Choose Your Words With Care (Hati-hati memilih kata-katamu)
  • Manage Your Time (Uruskan masa anda)
  • Be Ready for Opportunities in Life (Sediakan diri untuk menikmati peluang kehidupan)
  • What Goes Around Comes Around (Apa terjadi kepada orang lain mungkin terjadi pada diri kita)
  • Half Full or Half Empty? (Kurang setengah dan setengah penuh?)
  • Make Patience Your Policy (Jadikan kesabaran satu polisi)
  • Be Persistent (Jangan berputus asa) - Ya!...Jangan berputus asa kerana putus asa itu satu dosa...walau seberat mana pun dugaan hidup kita, walau sesusah mana pun cabaran yang datang, jangan lah kita berputus asa...kerana Allah s.w.t telah berjanji di dalam firmanNya yang bermaksud..."Maka sesungguhnya setiap kesusahan itu ada kesenangannya, Sesungguhnya setiap kesusahan itu ada kesenangannya..." Surah Al-Inshirah 5-6 (Updated 22 Oktober 2007)
  • Lesser of Me and More of We (Kurangkan saya dan lebihkan kami) - yang ini mungkin ramai yang berasa sukar untuk melakukannya. Kadang-kadang dalam kehidupan kita ini, kita melebihkan "aku" dari "kita". Justeru itu lahirlah sikap mementingkan diri yang hanya memikirkan tentang diri kita sendiri sahaja. Hidup kita di dunia ini bukanlah untuk diri sendiri. Adakalanya kita perlu memikirkan orang lain sekali, dan perbuatan yang kita lakukan mungkin akan memberikan natijah dan kesan kepada orang lain.
  • Trust Your Lord (Percaya kepada Tuhan ) - rahsia kehidupan yang terakhir ini memang perlu bagi kita. Bila kebergantungan kita dengan Tuhan melebihi segalanya, InsyaAllah...Bila kita mempercayai sepenuhnya kepada Tuhan kita, kita akan berasa redha dengan apa yang berlaku kepada kita dan mempercayai setiap apa yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.
Buku ini seharusnya dibaca oleh semua peringkat umur samada yang remaja ataupun yang dewasa. Ianya memberikan kita satu ruang peringatan di dalam bentuk yang ringkas disertakan dengan penerangan dan dalil dan Al-Quran dan Al-Hadis. Bilamana kita terasa seperti adanya ruangan kosong di dalam kehidupan kita rujuklah kepada Al-Quran dan Al-Hadis dan juga buku seperti ini. InsyaAllah...ruang kosong di dalam hidup kita akan dapat dipenuhi....n

09 October 2007

Salam Aidilfitri...



Salam Aidilfitri buat semua,
Kepada yang akan pulang ke kampung halaman dengan kenderaan masing-masing, pandu cermat dan berhati-hati. Elakkan memandu di dalam mengantuk dan rancang perjalanan anda dengan teliti dan sempurna. Jangan lupa membaca doa perjalanan supaya sentiasa berada di bawah naungan dan perlindungan Ilahi...

Kepada saudara seIslam yang akan pulang dengan kenderaan awam - bas, keretapi, kapal terbang, dan sebaginya...jangan lupa juga membaca doa perjalanan supaya perjalanan itu nanti akan dilindungi Allah s.w.t dan selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Maaf Zahir Batin dipinta sekiranya ada terkasar dan tersalah bahasa di dalam blog ini...

Semoga 'Aidilfitri kita tahun ini akan lebih bermakna dan diberkati...Aaamin...n