Friday, September 21, 2007

Setia Menanti - Fauziah Ashari - 530 muka surat - RM19.90

Sinopsis:
Pandang pertama telah memutikkan cinta di hati Adrina terhadap Ajmal. Malangnya lelaki itu memilih Fatihah sebagai kekasihnya. Adrina memujuk perasaannya agar melupakan lelaki itu. Bertahun-tahun dia merawat hatinya sendiri. Tanpa disangka, takdir telah menemukan mereka semula. Ajmal yang kecewa bercinta mula merindui Adrina yang masih terluka. Sejak itu dia berusaha untuk meraih cinta si gadis. Ternyata hati Adrina memang untuk Ajmal.

Setelah janji diikat, mereka bagaikan tidak sabar menanti hari bahagia untuk menyulam kasih sehidup semati. Namun kemunculan Fatihah telah merobek kesetiaan Ajmal. Malah Ajmal sanggup menikahi Fatimah yang tercela maruahnya. Adrina benar-benar kecewa dengan permainan cinta Ajmal. Dalam lara, Zulfaris muncul memberikan semangat dan harapan. Tetapi antara kasih dan belas, Adrina terjerat antara Ajmal dan ZUlfaris. Dengan hati yang terluka, dia harus memilih seorang daripada mereka kerana cintanya hanya satu.
Post a Comment

Most Popular