21 September 2007

Hatimu Untuk Siapa - DR. HM Tuah Iskandar al-Haj - 440 muka surat - RM15.00

Sinopsis:
Mazwin dan Szaza, dua beradik yang berlainan karektor; seorang model janda beranak satu yang ‘berani’ dan seorang lagi suri rumah penuh kesopanan. Suatu hari Szaza yang penyantun itu bertukar menjadi amat buruk apabila terlihat kekasih lamanya di kaca tv. Sejak itu Szaza gelisah dan watak baiknya luntur. Dia mahu kembali ke tangan Izam, kekasih yang telah menjadi kaya, popular dan ternama itu.

Izam sudah cukup bahagia bersama isterinya Salina, namun dia sentiasa merindui kekasih-kekasih lamanya. Dari sudut yang lain dia adalah ‘syaitan’ yang bertopengkan manusia apabila menjalin perhubungan dengan beberapa wanita cantik.

Szaza melakukan pelbagai usaha untuk menghubungi Izam dan dia amat terperanjat apabila mendapati Mazwin telah mendahului. Berlaku persaingan senyap tanpa disedari oleh kedua-dua pihak hingga membawa kepada pelbagai insiden yang membabitkan harta, nyawa dan perasaan. Soalnya, betulkah yang ditemui oleh Mazwin dan Szaza itu Izam?

Sebuah novel motivasi terunggul untuk dihayati, dinikmati serta diambil 1001 pengajaran daripadanya.

No comments: