Friday, September 21, 2007

Gelora Jiwa – Aisya Sofea - 416 muka surat - RM17.00

Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang?
Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakana sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara.Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka.

Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya, tapi kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata!

Siapa merampas dan siapa yang dirampas? Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak? Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan. Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga.

Atas desakan keluarga melawan kehendak hati, dia harus membuat pilihan yang tepat. Hanif Azman pula satu reality. Hanif Ashman satu mimpi. Tapi mimpi itu juga yang sentiasa membayangi hidupnya. Ah, ssukarnya menidakkan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman seorang. Jadi, Bagaimana?

Dia tekad, dilemma ini harus dinoktahkan. Siapapun yang terpilih, dia akur akan melimpahkan kejujuran sepenuh hati. Tapi, siapakah antar mereka yang bakal mengongsi hidupnya sepanjang hayat?

Ulasan::
Cinta hadir tanpa dipaksa…tapi bagaimana jika kita sudah mempunyai ikatan yang akan membawa kita hidup bersama orang yang kita tidak cinta…itulah dilemma yang dilalui oleh Intan Azureen…dikala dia menemui seseorang yg dicintainya dan mencintainya, dia juga harus menjadi anak yang baik yang akur pada amanat keluarganya dan mengahwini lelaki pilihan keluarga…

Garapan Aisya Sofea di dalam novel Gelora Jiwa ini bias mengundang emosi suka dan duka ketika membacanya…seolah-olah kita berada di dalam cerita tersebut dan memahami isi hati Intan Azureen dan Hanif Ashman. Tak jemu membaca cerita ini…saya sendiri tidak berganjak dari mula cerite hingga ker akhirnya untuk mengetahui kesudahan cinta dua jiwa Intan Azureen dan Hanif Ashman.

Bagi yang meminati garapan novel Aisya Sofea, jgn lepaskan peluang untuk membaca novel ini!
Post a Comment

Most Popular