21 August 2007

Travellingbie : Kuantan Resort & SpaBeserah, KuantanPahang

Kuantan Resort & SpaBeserah, Kuantan, Pahang
16-18 September 2006
16 September 2006Minggu nie bertandang di Kuantan pulak….rasa seperti agak lama juga aku tidak tidak bertandang ke hotel…memandangkan keje sekarang tidak membutuhkan aku bekerja di luar dari kawasan pejabat.

Kuantan Resort – nak tengok pulak apa yang menariknya di sana. Aku nak tengok sejauh mana bagusnya hotel-hotel di Malaysia nie…jarang yang ada 6 bintang…kalau ada pun memang tak mampu lagi nak bertandang…yang nie rasanya 4 bintang kot…tapi harga 4 bintang pun mahal jugak…as long as hospitality, service dan makanan bagus…itu dah cukup bagus dah buat aku.
1145am – start engine kereta…kali nie bergerak agak lambat…pagi nyer kene kemas rumah dulu dan basuh baju…Perjalanan ke Kuantan dari Cheras melalui MRR2. Jalan agak sesak…ramai yang balik keje kot…perjalanan sepanjang MRR2 mengambil masa selama lebih kurang sejam…bukannyer boleh bawa laju pun…sampai dekat Gombak, singgah Shell sekejap isi petrol dalam RM20.00

1245pm – sampai di tol Gombak – karak. Tol dalam RM4.00. keadaan jalan yang seumpama ular menyukarkan dan menggerunkan aku…slow jer bawak nyer…kiri kanan jalan dan sepanjang jalan aku perhatikan ada gaung…memang tak patutlah bawa laju-laju kat kawasan nie…kalau bawa laju pun ada kebarangkalian jatuh gaung…patutlah kawasan karak nie dikira kawasan bahaya dan selalu berlaku kemalangan.

145pm – sampai di Tol Karak, bayar lagi tol dalam RM2.50. selepas tol karak, perjalanan lancar. Dari Karak – Lanchang – melepasi Kuala Lipis, kampong Siti, takdelah jauh sangat pun kalau dari KL - sampai di tempat rehat Temerloh dan singgah untuk solat dan rehat sekejap. Lepas tu beli buah2an dan bekalan makanan.

230pm – bergerak dan terus menuju ke destinasi pelancongan minggu ini. Ingatkan dah dekat dah, rupernya masih jauh lagi perjalanan…banyak lagi pit-stop yang kene dilalui…tapi rasanyer tak singgah pun sebab kat Temerloh dah cukup rehat dan segarkan diri…perjalanan melalui East Cost Expressway nie rasanya macam panjang jer dan jalan memang memboringkan…hampir-hampir mengantuk dibuatnye…sesekali tanda amaran papan merah menyatakan pandangan berkabus dan nyalakan lampu kereta kelihatan...

330pm – sampai di Exit Tol Gambang RM16.90, kehabisan minyak pulak…rasanya RM20.00 + minyak yang sedia ada di dalam kereta memang tak mencukupi…kalau nak selamat dan malas nak berhenti di perhentian petrol, kat kl lagi isi minyak penuh….singgah di Petronas RM30.00.
Dari Gambang ke Kuantan dalam sekitar 26km menurut pam attendance…aku belum pernah lagi sampai ke Kuantan memang kene percaya….tawakkal dan teruskan perjalanan…mencari-cari jugak mana signboard ke kuantan nie….dalam ½ jam dengan kelajuan yang tak seberapa akhirnya sampai ke Bandar Kuantan…sesat jugak dalam Bandar kuantan…agak2 rasa seperti sesat jer, masuk balik pusat Bandar dan mencari nama jalan yang terdapat di dalam peta…rasanya Beserah bukanlah jauh sangat dari Bandar…nasib baik jumpa Jalan Tun Ismail dan melalui jalan tersebut terus connected to jalan beserah…sepanjang-panjang jalan Beserah kelihatan office lot di kiri kanan jalan…sampai di persimpangan trafik, aku teruskan perjalanan sepanjang jalan…kali ini di kiri kanan jalan dipenuhi dengan rumah2 kampung, chalet2 dan dari jauh kelihatan laut terbentang luas di kanan jalan….aku tahu destinasi aku semakin hampir…menurut peta, Kuantan Resort teletak di tepi jalan dan dibelakangnya laut luas.

Tiba-tiba teringat pulak nak makan goreng pisang…sedap nie kalau dapat gorang pisang panas-panas. Tapi kali nie dah prepare dengan bekalan makanan…tak tahu pulak situasi agak berbeza dengan Damai Laut. Dikiri kanan jalan dipenuhi dengan warung dan gerai makanan…tak kelaparanlah aku kat sini nanti…

430pm – sampai di resort. Check in, tak dapat lagi sea view….tapi dapat pool view…suasananya berbeza dengan damai laut…di kuantan resort pelancong luar Negara memenuhi resort…aku agak, ramailah dugong-dugong cantik dan kurang cantik bersantai di kolam renang dan di pantai.

Selepas check in bilik 8009, ingatkan tingkat 8, rupernya ground floor…kompius-kompius. Selepas memeriksa keadaan bilik, lewat petangnya aku keluar, menuju ke pantai. Pantai Beserah lebih menarik dari Damai Laut…aktiviti pantai lebih meriah. Ramainya orang di pantai, ada yang bermain bola tampar pantai dan ramai juga yang mandi-manda di pantai…di kolam renang pun ramai…memang meriah resort nie berbanding Damai.

Angin pantai….nyamannya, terasa seperti dapat udara baru, yang lebih segar dari udara Bandar…di pantai aku mencari port yang agak selesa untuk menghabiskan tulisan dan membaca buku. Pantai memang bersih, deruan ombak sentiasa kedengaran, angina sepoi-sepoi bahasa semakin menambahkan kesegaran suasana di pantai tersebut….ramai yang datang secara kumpulan dan ada juga yang berpasangan, menikmati keindahan petang di pantai.

715pm – langit semakin gelap, matahari mula membenamkan diri, selamat tinggal petang, selamat tinggal pantai…esok aku kembali lagi…tak sempat pulak nak menjenguk fitness centre...

17 September 2006900am -
sauna dulu lebih kurang sejam, rugi pulak tak pegi sauna semalam…kemudahan di fitness centre memang ok dan selesa…peralatan gym selesa dan boleh digunakan sepenuhnya. Kemudahan sauna pun ok, seolah-olah berada di tempat spa…dengan bau-bauan lavender yang menyenangkan. Hari nie, hari santai jer la…balik ke bilik…lepak-lepak, tengok tv, dan habiskan bacaan. Petangnya pegi gym – treadmill, cycling, rowing, sauna lagi dan bersantai di pantai…memang selesa bertandang ke sini.
Malamnya rasa macam terkejut jer otot sebab dah lama tak workout…

18 September 2006
Seawal 645am aku bangun. Hajat hati nak melihat sunrise pagi nie…seawall 7 pagi pergi ke pantai…matahari seakan malu untuk menonjolkan diri pagi-pagi…mungkin kerana diselaputi awan tebal…kelihatan seorang pelancong remaja menuju ke pantai dan terjun ke laut…seronoknya kalau pandai berenang.

Pagi di pantai, angin seperti masih malas untuk mengalunkan diri di pantai…bendera yang dipacakkan di pantai seperti masih tidur dalam kemalasan…yang kedengaran hanyalah deruan ombak memecah kesunyian pagi dan sekali sekala kedengaran burung berkicauan.

Aku memilih untuk duduk di bangku malas yang disediakan di pantai sambil menikmati pemandangan dan suasana suram yang indah di pagi itu…suasana dan keadaan yang segar yang jarang dapat dinikmati di KL.

Jam 8 pagi kembali semula ke bilik, bersiap untuk ke gym dan sauna pulak.

Workout di gym lebih kurang 45min, menikmati kepanasan sauna dalam 45min…rasanya sudah cukup menyegarkan dan bersiap untuk kembali ke kl

1150am – masa untuk check out, fill in feedback form sekejap… hajat hati nak berlepas awal terbantut bila hp berdering, kawan pulak call borak2 kejap dalam ½ jam…dia menyampaikan hajat hati nak pinjam RM5 ribu…duhhhh…manalah ada duit banyak tuh yang boleh dikeluarkan segera. Sekarang nie bila bab pinjam-meminjam memang susah sikit kecuali dengan kawan-kawan yang dipercayai. Dah terkena beberapa kali, kali nie dan akan datang memang susah sikit nak bagi pinjam.

1230pm – aku teruskan perjalanan menuju KL…singgah di Shell dulu…tambah angin, risau pulak bila bila tengok tayar seperti kurang angin jer.

Kali nie ikut Jalan Beserah – Jalan Semambu – melalui UIA Kuantan – dan terus ke Gambang. Keluar exit Gambang RM16.90. sampai di exit R & R Gambang dalam jam 1pm. Rehat dan cari makan dulu. Di Gambang tak cari makan pun.

Tengok kat Temerloh nanti. Sampai di R & R Temerloh dalam 152pm. Solat dan cari kalau-kalau ada makanan dulu…mata dah mengantuk…tu yang bahaya tu. Baik berenti dulu, solat dan cari makanan….selepas solat, al-kisah ada sorang makcik nie, ruper MasyaAllah serupa macam arwah nenek.
Teringat arwah nenek, memang muka makcik nie serupa….dia bertanyakan bilik air perempuan…bila keluar dari surau, dia masih tak jumpa, aku pun pimpin tangan dia dan bawa makcik tersebut ke bilik air.
Sesambil tu borak sikit tanya dari mana dsb. Umur makcik nie dah lebih 70 tahun, dan yang aku kagumi, dia masih gagah lagi sihat dan berjalan jauh.

230pm – bersiap untuk menggerakkan enjin kereta terus ke KL….hmmmm…minyak kereta ada lagi, rasanya tak perlu nak singgah stesen minyak.

Lebih kurang jam 4pm – sampai di tol Karak RM4.00…matahari petang terik dan membahangkan seolah-olah menggantikan kesuraman pagi….minyak kereta semakin menurun tetapi masih boleh bertahan lagi untuk 60km lagi….

Kali nie terpaksa lagi melalui jalan yang seperti ular…kali nie jalan menurun pulak…aku panjatkan doa agar selamat sampai ke destinasi sekurang-kurangnya selamat keluar dari Karak Highway….keluar tol karak RM2.50, jalan semakin mencuram dan melambatkan perjalanan….
Perjalanan keluar dari Karak – Genting Sempah – Gombak mengambil masa lebih kurang hampir sejam…singgah sekejap di Stesen minyak BP RM10.00 terus mennuju ke Tol Gombak RM4.00…

Perjalanan ke rumah dari Tol Gombak mengambil masa lebih kurang sejam…ingatkan nak singgah pejabat dulu tapi memandangkan perjalanan agak jauh dan memenatkan, aku membatalkan rancanganku….singgah cuci kereta sekejap RM5.00 dan beli makanan.
Sampai di rumah jam 5pm…perghh…penatnya…Alhamdulillah selamat sampai.Begitulah berakhirnya sebuah percutian yang selesa dan memenangkan….

*novel yang dibawa tidak habis dibaca…rasanya kalau di Damai Laut mungkin habis berbuku-buku tanpa makanan….Minggu depan dah mula puasa…InsyaAllah, masjid putrajaya menjadi tempat persinggahan sepanjang bulan puasa….

Selepas nie, sekiranya ada rezeki, mungkin destinasi luar Negara akan menjadi pilihan…luar Negara pun sekitar asia sudah memadai dan kalau boleh hajat hati nak ke tanah suci Makkah mengerjakan Umrah akan kesampaian…InsyaAllah.

No comments: