21 August 2007

Travellingbie : Damai Laut Resort & Spa, Damai Laut Lumut, Perak

Damai Laut Resort & Spa
Jalan Damai Laut
Lumut, Perak
2 -3 September 2006 – ‘Le Tour de Damai Laut, Lumut’

930am – bertolak dari rumah ke Damai Laut, Lumut.
Dengan lafaz Bismillah aku bergerak dan meneruskan perjalanan.
Dari Cheras melalui Mid Valley – Jalan Duta – Tol Sungai Buloh mengambil masa lebih kurang hamper sejam. Mungkin hari sabtu bekerja, jalan agak sesak dengan kenderaan. Selepas melalui tol sungai buloh, perjalanan agak lancar dengan beberapa kenderaan bergerak laju menuju arah utara….

1030am – dalam perjalanan terserempak pulak dengan lori Gardenia yang melanggar divider jalan…pemandu ku lihat seperti cedera dan beberapa lori Gardenia yang lain berhenti di tepi jalan menghulurkan bantuan dibantu staf Plus.

Berhenti sekejap di hentian Tapah – isi minyak dalam RM30.00. Sepanjang perjalanan dari Tapah ke Gopeng, hujan turun renyai-renyai dan kadangkala agak lebat, sehingga membantutkan perjalanan yang lancar…tiba-tiba aku ternampak di seberang jalan kelihatan dari jauh air terjun…Nampak cantek dari jauh…best nie kalau dapat mandi bawah terjunan air tersebut…

12pm++ - sampai di tol Gopeng lebih kurang RM23.50 – terus menuju Alor Gajah….terlepas pulak simpang Alor Gajah – Lumut…terus masuk ke Ipoh…hmmm…panjang pulak perjalanan kali nie. Pusing-pusing dalam Bandar ipoh lebih kurang ½ jam mencari arah ke Lumut – terus ke Bandar Seri Iskandar dan aku rasa agak jauh jugak aku pusing di sekitar negeri Perak nie…nasib baik dah penuhkan tangki petrol.

Kronologi perjalanan dari Bandar Seri Iskandar – Manjung – Sitiawan – Damai Laut, barulah aku sampai ke Resort Damai Laut. Ambik masa jugak dalam 2 jam mencari-cari arah ke Damai Laut dan akhirnya sampai jugak ke resort dalam jam 3pm. Sesampai di resort, ramai jugak guest bertandang…meriah jer walaupun resort agak terpencil dari jalan utama.

Resort Nampak exclusive dari luar, tapi tak dapat bilik mengadap laut…mengadap bukit jer…tapi ok jugak sebab bilik agak besar dan yang penting tiada bau-bau sampingan yang kurang menyenangkan….spend almost 2 hours dalam bilik, tengok tv, rehat kejap dan makan…sebelum melakukan aktiviti-aktiviti di luar resort.

530pm – bersiap-siap untuk berjalan-jalan di sekitar resort. Surrounding cukup menyenangkan. Aku mencari-cari pantai tapi tak jumpa pulak pantainya…akhirnya kene bertanya dengan staf resort kat mana letaknya pantai….akhirnya jumpa jugak pantai.
Ramai jugak guest yang kelihatan bermain-main di tepian pantai dan bermain sukan air. Pantai agak bersih dan banyak jugak aktiviti-aktiviti pantai berlangsung. Kelihatan ada yang berkayak, santai dipantai dan berenang…tak nampak pulak orang main jet ski…sukan air kegemaran, tapi agak mahal…bila ada bajet je baru boleh main….aku mencari tempat yang agak selesa untuk meluangkan masa santai sambil membaca buku yang dibawa.

Indahnya ciptaan Tuhan…lebih kurang dalam jam 7pm…matahari mula mengenggelamkan diri…senja mula berlabuh, laut tenang sekali menyambut kedatangan sang malam…rembulan belum lagi kelihatan dan guest resort mula naik ke daratan dan kembali ke bilik masing-masing…lampu semakin banyak dipasangkan dan aku juga mula mengangkat kaki kembali ke bilik….

Sekembali ke bilik, selepas maghrib terasa panas pulak bilik…aku cuba menaikkan suhu aircondition….tetiba keluar pulak asap seperti bau terbakar…terkejut jugak aku…matikan aircond dan tunggu dalam hamper sejam untuk hidupkan kembali tetapi tunggu punya tunggu dalam jam 10pm masih juga tidak berfungsi…call receptionist melaporkan ketidakfungsian pendingin…tak sampai ½ jam technician datang tengokkan keadaan dan memberitahu aku kene tukar bilik…duh…kene kemas pulak barang-barang nie.

Dari bilik 223 yang mengadap bukit ke bilik 412 mengadap parking lot…dapat bilik baru dan cepat pulak tuh…kalau dari segi servis memang boleh dipuji….servis cepat dan staf pun well trained. Condition bilik so far ok jugak…sesuai dengan bintang resort tersebut.

3 September 2006Pagi – sedar-sedar jam 7pagi.
Mandi dan pegi cari breakfast kat luar resort. Breakfast kat hotel sure mahal dan rasanya baik lagi cari kat luar sebab boleh lah pilih breakfast apa yang nak. Jalan keluar dari resort ke jalan utama lebih kurang 5km…sampai di jalan utama nasib baik ada gerai makan…order nasi goreng kampong dan air sekali dalam RM4.00. Lepas tuh balik ke bilik…menikmati minum pagi yang berat…dalam jam 930am, bersiar-siar sekitar resort, ambil gambar persekitaran sebagai kenang-kenangan.

12pm – check out dan teruskan perjalanan…kali ni ikut jalan lain pulak…main redah jer…kekadang ikut map bukan boleh percaya….dalam map Nampak dekat, tapi rupernya jalan yang Nampak dekat tu lah yang jauhnya.

Kali nie ikut jalan lain pulak : Lumut – Teluk Intan – Bidor – keluar tol Bidor terus ke KL. Dari Lumut melalui Teluk Intan pemandangan dipenuhi dengan lading kelapa sawit…mula-mula cuwak jugak takut silap jalan, tapi akuk tawakkal jer lah dan teruskan perjalanan yang sesekali melalui kawasan sawah padi dan kawasan kampong.

Berhenti sekejap di persimpangan selepas Teluk Intan untuk mengisi angina tayar dan sebelum ke Bidor untuk mengisi minyak RM30.00 yang aku kira cukup untuk sampai ke KL. Tol Bidor dalam RM15.70 lebih murah dari tol Gopeng. Lain kali kalau bertandang lagi ke Lumut bolehlah melalui Tol Bidor.

Lebih kurang hampir 2jam melepasi Tol Bidor berhenti sekejap di R&R Bernam Jaya….ingatkan boleh jumpa buah-buahan tapi tak jumpe pulak. Teruskan perjalanan ke KL, sampai di tol Sungai Buloh dalam jam 4pm – melalui Damansara – Sungai besi – keluar tol Mines RM1.30 terus menuju ke destinasi terakhir dan sampai ke rumah dalam jam 5pm…
Alhamdulillah, sampai dah ke rumah dengan selamatnya.

No comments: