21 August 2007

Travellingbie : Review inap Aseania Resort Langkawi

Aseania Resort Langkawi - 15-19 Mei 2006

flight jam 230pm330pm sampai di airport langkawi...pihak hotel telah menyediakan kenderaan dan menunggu di airport untuk mengambil kami yang seramai hampir berbelas orang.sampai di hotel dalam jam 4 lebih, register ambik masa selama hampir sejam jugak...minum petang dulu sebab lunch tak makan...dapat bilik 8136, bilik tu rupernya kat tingkat bawah sekali...hotel aseania nie jenis memanjang dan tidak ada pantai yang boleh menjadi tempat berehat dan menenangkan minda setelah penat bekerja...tapi swimming pool nya panjang dan mungkin yang terpanjang sekali di malaysia...itu boleh dibanggakan dan sebagai selling point kepada pelanggan.

Aku pun tak pasti samaada kolam renang hotel ini yang terpanjang sekali di Malaysia ataupun tidak.bilik nampak OK, tapi beralaskan simen tile...sejuk kaki. tak bawak pulak selipar sebagai kegunaan di dalam bilik...tv pulak takde remote control...tak boleh nak adjust channel.....channel yang ada pun hanyalah TV1, TV2, dan TV3 serta vision four...ntv7 dan tv8 memang sah-sah takde...kalau ada remote control memang boleh cari channel tersebut.bilik mandi OK, cuma takde bathtub...mandi guna shower jer...ingatkan ada, tapi hampalah kami-kami yang nak mandi berendam. katil nasib baik twin dan selesa lah untuk 2 orang beradu dan berumahtangga di situ...

hospitality memang OK, service, housekeeping pun OK, cuma bila nak gunakan seterika lambat sikit hantar dan pulangnya dalam masa sejam...itu difahami kerana ramai tetamu hotel yang datang dan kegunaan seterika dan benda2 lain yang berkaitan memang diperlukan oleh hampir setiap tetamu...

makanan: OK jugak, cuma aku jer yang tak selera sangat nak makan nasi, segala jenis nasi seperti nasi goreng, nasi nenas dan sebaginya...sesekali ada ketam dan sotong. lauk udang memang selalu dan setiap hari ada jer menu tambahan seperti bihun sup, laksa, mee kari, mee rebus, abc dan sebagainya.bilik mesyuarat - jauh pulak dari bilik tetamu dan tempat makan...berada di bangunan yang terpisah dan kalau berjalan di dalam 5 minit untuk sampai ke bilik mesyuarat dari lobi hotel. jauh jugak...tapi takper sebab sempat lagi makanan untuk hadam di dalam perut...
Overall, servis dan hospitality memang OK, Cuma jauh sikit dari Pekan Kuah. Kalau nak pegi pekan kuah adalah dalam RM20 untuk satu teksi.

No comments: