19 February 2018

Travellingbie: GongXi Raya di Gunung Angsi

"After climbing a great hill, one only finds that there are many more hills to climb." - Nelson Mandela
Gunung Angsi merupakan di antara gunung-gunung yang terkenal di Negeri Sembilan dan sering dijadikan lokasi latihan pendakian. Dengan ketinggian 825 meter dari paras laut (mdpl) / 2704 kaki, ianya amat sesuai untuk yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti pendakian dan juga kanak-kanak. Aktiviti pendakian di Gunung Angsi, boleh juga dilakukan bersama keluarga.
Secara geografinya, Gunung Angsi terletak lebih kurang 50km dari Putrajaya dan 65km dari Cheras menghala ke Kuala Pilah atau Ulu Bendul. 

Hutan Hulu Bendol merupakan hutan simpanan yang kaya dengan pelbagai pokok tropika seperti pokok Meranti, pokok Keruing, pokok Damar Hitam, dan pokok Mersawa.
Pendakian ke puncak Gunung Angsi biasanya mengambil masa 2 jam dari Bukit Putus dan turun lebih kurang 1 jam 15 minit melalui trek yang sama.

Dari Cheras, kami bergerak sekitar jam 6pagi, dan singgah subuh di RnR Beranang menghala ke Kuala Pilah. Kedai di RnR baru sahaja di buka dan masih belum menyediakan makanan pagi. 

Dari Cheras >> Lebuhraya LEKAS >> Kuala Pilah >> Ulu Bendul, kami melalui 3 tol. Kos tol =
Tol RM1.30
Tol RM6.00
Tol RM2.30
Jumlah = RM9.60

Kami teruskan perjalanan ke Ulu Bendul untuk sarapan terlebih dahulu. Setibanya di kawasan rekreasi Ulu Bendul lebih kurang jam 730am, kedai makan baru sahaja di buka. Kami teruskan perjalanan sedikit ke hadapan dan bernasib baik kerana terdapat 1 kedai baru sahaja dibuka. Minuman pagi kami - Roti canai banjir, kopi O. Kebetulan pula terjumpa ex-boss dari pejabat lama. Rezeki kami, minum pagi free je. :D

Selepas minum pagi, kami bergerak ke Bukit Putus dan mula trekking pada jam 830am. Kabus masih lagi menyeliputi kawasan hutan simpan Angsi, cuaca masih sejuk lagi dan nyaman, sesuai untuk pendakian pada hari ini.

Yuran masuk ke Gunung Angsi = RM5.00 seorang.
Trek permulaan - bertangga simen dah sekarang
Dari pintu masuk Bukit Putus, trek pada permulaannya agak mencanak, dan seterusnya mendatar menaik sehinggalah ke puncak. 
Dengan persekitaran yang penuh dengan pokok, keadaan yang tidak panas, memudahkan pendakian kami pada hari ini.
Di satu checkpoint / tempat rehat, kelihatan tanglung merah digantung menyambut pendaki yang datang mendaki sempena Tahun Baru.
1/2 jam yang pertama, memang semput nak mendaki, selepas setengah jam dan seterusnya pendakian mula lancar, sekali sekala kami berhenti untuk sesi foto. 
Di waterfall view walaupun tiada air terjun, pendaki boleh melihat pemandangan sekitar bandar kuala pilah (rasanya) dan dengan cuaca yang bagus, pemandangan menjadi lebih jelas dan cantik.
Sekitar jam 1030am, kami tiba di puncak Gunung Angsi. 
Cuaca sudah mula panas terik. Puncak Angsi merupakan puncak datar yang terbuka dan sangat panas ketika matahari tengah terik. 
Puncak Angsi kelihatannya terjaga dan bersih. 
Selesai sesi foto, hampir sejam kami di puncak Angsi, kami teruskan perjalanan turun sekitar jam 1130am. 
Trek turun agak santai, ada juga yang berlari turun sepanjang trek tersebut. Kami pula berjalan agak santai sambil sembang-sembang.
Kami tiba di pintu masuk Bukit Putus lebih kurang 1245pm, bersihkan diri dan seterusnya bergerak kembali ke Cheras.
Pendakian menaik sejauh lebih kurang 5km dan turun 5km mengambil masa lebih kurang hampir 4 jam dengan pembakaran kalori lebih kurang 2000kcal.
Itinerari::
0600am - Meet-up at Jusco Balakong
0630am - Solat subuh di RnR Beranang
0730am - Sampai Bukit Putus >> detour untuk minum pagi
0800am - Minum pagi di gerai berhampiran kawasan Ulu Bendul
0830am - Mula mendaki trek Bukit Putus
1030am - Puncak Gunung Angsi
1130am - Mula turun
1245pm - Tiba di pintu masuk Gunung Angsi melalui Bukit Putus
100pm  -  Mula bergerak balik
200pm  - Tiba di Cheras

Kos::
Tol pegi (melalui 3 tol) = RM9.60
Tol balik = RM9.60
Minyak = RM30
Yuran masuk = RM5 seorang
Total kos = RM65 / 3 = RM22 seorang

"Climbing is hard to give up, it's just as hard as to give up on life."-uark

No comments: