13 December 2017

Travellingbie : Siguniang Day 3

Day 3 - The day : Ri Long to Tea House

Kami mulakan pendakian sebenar pada hari ke-3. Cuaca di Rilong luar biasa sejuk walaupun matahari memancar bersinar terik.

Di hostel, malim gunung sudah sedia menunggu, begitu juga dengan kuda-kuda yang membawa barang-barang dan peralatan serta ration. Kami hanya membawa barang-barang asas seperti jacket sejuk, baju hujan, headlamp, ubat-ubatan, makanan, air 2 liter, dll yang penting. Itupun dah berat dah beg.

Di kaunter pendaftaran Taman Negara Siguniang, kami dikehendaki mendaftar dan cop jari masing-masing. Yuran dan permit kebenaran mendaki adalah sebanyak 150yuan. Dekat Rilong dah sejuk, tak terbayang bila berada di Tea House dan Base Camp nanti.

Memahat memori di hadapan pejabat Taman Negara Siguniang
Sepanjang pendakian menaik, kami disajikan dengan pemandangan savannah padang ragut yang luas mata memandang. Yak dan kuda kelihatan di mana-mana, bebas bergerak, bebas makan dan bebas tanpa diikat di mana-mana.

4 sisters of Siguniang
From left, of course la yang paling tua sehinggalah yang paling bongsu.
Pose menahan sejuk sebenarnya.
Yang putih di belakang tu adalah puncak paling tinggi The Mountain of 4 Sisters. Sentiasa bersalji dan buat masa ini hanya 25 pendaki yang berjaya sampai di puncak gunung yang paling tinggi itu.

"Earth and sky, woods and fields, lakes and rivers, the mountain and the sea, are excellent schoolmasters, and teach some of us more than we can ever learn from books."~John Lubbock

Sepanjang perjalanan banyak tempat-tempat rehat yang semulajadi. Bila penat, boleh duduk di tepi gaung atau di tepian jalan sambil santai-santai, sembang-sembang, baring-baring melunjurkan kaki bila dah penat mendaki.

Team yang lain santai-santai sahaja. Ada seorang tu je yang struggle disebabkan cuaca sejuk. Guide pula tak bagi yang lain potong Q. Makanya, yang lain memang terpaksa jalan lenggang kangkung ikut step dan pace orang depan serta ambil masa menikmati dan merakamkan keindahan alam yang sangat indah.

Dengan pemandangan sebegini indah, tidak ada di antara kami yang tidak terpana, mengucapkan tahmid dan syukur di bibir masing-masing, kerna Allah SWT masih memberi kami peluang untuk menyaksikan dengan mata hati sendiri akan kejadian dan bukti wujudnya kebesaran dan kekuasaan Allah di dalam penciptaan alam semestanya.

Boleh guling-guling ala-ala dalam filem hindustan lagi. Cuma kene la berhati-hati dengan najis kuda dan yak.
"Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.” (QS Ali Imran: 190-191)

The view - Yaks are everywhere
"Kehidupan itu seperti mendaki gunung. Sebelum mendaki, kamu harus tetapkan tujuanmu untuk sampai di mana. Jika kamu mahu terus ke puncak, walau seberapa penat, lelah dan sakitnya pendakian itu, kamu harus terus melangkah. Jika kamu sudah tiada upaya, rebahkan punggungmu di tanah, agar kamu bisa rehat buat seketika dan mengembalikan semangatmu. Tidak mengapa jika kamu melangkah lambat umpama kura-kura. Kura-kura yang lambat itu juga yang jadi pemenangnya. Jika kamu begitu mudah berputus asa, kehidupanmu juga akan terus berada di dalam keberputusasaan itu. Maka itu, jadikan diri kamu pendaki yang kental jiwa dan semangat dalam mendaki dan dalam berhidup, agar orang lain bisa terpegun kagum dengan semangat luar biasa kamu itu."~uark

Pemandangan yang biasa bagi malim gunung, namun yang luar biasa berganda-ganda bagi yang kami.

Perjalanan masih jauh lagi dan kami teruskan pendakian dengan jiwa yang kental.
"Kamu bisa sahaja mendaki sendirian, tetapi amat manis dan lebih bermakna bila mendaki bersama teman-teman." ~ uark
Akhirnya sampai ke Tea House selepas 5 jam perjalanan. Bagi pendaki tegar dan sangat fit, perjalananan dari Ri Long ke Tea House boleh sahaja mengambil masa selama 3 jam atau kurang.

Tea House ini mempunyai kemudahan yang asas. Makanan perlu dimasak sendiri. Air panas boleh didapati di bilik memasak (smoke house) Tea House. Di situ juga, kami memanaskan diri dan memasak.
Tandas pun sangat asas. Nasib baik ada air dan bersih. Tapi airnya sejuk seperti ais. :))

Semalam di sini rasanya cukup la kot.

Makan malam kami di Tea House
Kalau Latepackers tu, Latepackers jugak :)).

Tak pernah dalam trip dengan Latepackers yang tak masak. Sejuk gigil pun, chef d' mission akan masak beserta team. Menu malam itu - buah, sayur campur, lauk ayam dan daging beserta nasi. Alhamdulillah semua kenyang, walaupun ada yang mengalami AMS, pening-pening dan sakit kepala.

"Simple food becomes deliciously savouring when we share with good friends and families." ~uark

Day 4 - Sepagi di Tea House
Pagi di Tea House, snow flakes terdapat di merata-rata tempat. Cuaca pagi sangat-sangat sejuk gigil, tapi pemandangannya tidak akan anda jumpa di mana-mana tanah rendah atau tanah tinggi di Malaysia

Day 4 merupakan hari perjalanan yang paling panjang dan memenatkan. (bersambung...)

No comments: