14 August 2017

Kewangan : Anda bosan dengan kerja? Semak status kewangan anda sebelum berhenti kerja.

Bosan...Anda rasa bosan dengan kerja anda sekarang?
Tertekan...Anda sudah tidak boleh tahan dengan perangai bos atau rakan sepejabat anda?
Tiada motivasi untuk bekerja...Anda mahu berhenti kerja dan mengelakkan politik pejabat yang mengganggu ketenteraman anda?
Anda mahu berhenti KERJA!

"If you want things to be different, perhaps the answer is to become different yourself." ~Norman Vincent Peale
Sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja disebabkan faktor luaran, anda perlu mengambil kira beberapa faktor yang boleh menjadi pemangkin untuk anda berhenti kerja semerta dengan notis 24 jam:

  1. Anda mempunyai pendapatan sampingan yang lebih besar atau sama jumlahnya dengan gaji tetap anda;
  2. Duit simpanan anda mencukupi untuk selama 6 bulan sekiranya anda menjadi penganggur atau tidak mendapat pekerjaan yang lain;
  3. Perbelanjaan tetap anda setiap bulan seperti bayaran ansuran kereta, rumah, hutang-hutang yang lain dapat dibayar seperti biasa setiap bulan selama lebih kurang 6 bulan;
  4. Anda mendapat tawaran kerja yang lebih menarik dan lumayan gajinya dari tempat anda bekerja sekarang -  majikan baru sanggup bayar lebih disebabkan kemahiran anda;
  5. Berhijrah bila ada peluang, bukannya berhenti kerja dan baru hendak mencari kerja baru.
Bagi yang berpeluang untuk berhenti kerja kerana mendapat peluang kerjaya di tempat lain, atau yang berhasrat untuk memulakan perniagaan, kira risiko dengan mengambil kira keperluan bulanan tetap anda dan keperluan-keperluan yang lain, sekurang-kurangnya anda boleh bertahan untuk menganggur selama 6 bulan atau anda boleh bertahan dengan permulaan bisnes baru anda itu selama 6 bulan atau sekurang-kurangnya 3 bulan.
Sebelum membuat keputusan untuk berhenti kerja, ambil kira faktor-faktor di atas. Anda mungkin akan gembira kerana telah berhenti kerja dan tidak lagi berhadapan dengan politik ofis atau boss yang teruk, tetapi anda mungkin akan mengalami tekanan kewangan sekaligus menambah jumlah hutang-hutang anda sekiranya anda tidak membuat persediaan untuk berhenti kerja dan mengubah cara kehidupan anda sesuai dengan keupayaan kewangan anda itu.

"Work is love made visible. And if you cannot work with love but only with distaste, it is better that you should leave your work..." 
~Kahlil Gibran

No comments: