24 August 2017

Inapan : D' Desa Resources Sungai Haji Dorani, Sungai Besar

Sabtu yang lepas, grup Alumni Trip Amal Aceh, Padang-Bukit Tinggi, Bandung-Bogor-Jakarta (BaBoJak) menghadiri kenduri kahwin adik kami di Bagan Datoh. 
Dari Cheras ke Bagan Datoh mengambil masa sekitar 3 jam lebih. Kami sampai di rumah pengantin lebih kurang jam 1pm. Meriah kendurinya, pasangan pengantin sangat sepadan dan makanannya pun sedap dengan selera kampung.

Selesai kenduri, kami melawat Menara Condong Teluk Intan sebelum menuju ke destinasi seterusnya di Sungai Besar. Dari Bagan Datoh ke Teluk Intan, perjalanan mengambil masa sekitar 30minit. Selesai riadah petang yang panas di Menara Condong, kami teruskan perjalanan ke rumah inapan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam.
Inapan kami untuk malam nanti di D' Desa Resources, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar. Kami tiba di inapan / homestay sekitar jam 6 petang. Ada yang sudah tiba dan berjumpa dengan tuan tanah serta mengambil kunci untuk semua chalet.
Alamat Inapan:
D' Desa Resources, Lot 9176A, Jalan Besar, Sungai Haji Dorani, 45300 Sungai Besar,Selangor. 

Tel : 019-3139389/012-3599936 
(Puan Azizah Bt. Waris)
Emel : ddesa9176@yahoo.com

D' Desa Homestay ini menawarkan 9 rumah chalet / housestay pelbagai jenis untuk pilihan pengunjung.

Kami menempah 4 rumah untuk 2 orang dan 2 rumah famili + dapur.

Ketika menjejakkan kaki masuk ke halaman D' Desa, saya teruja melihat keunikan rumah yang ditawarkan. Gaya dan rekabentuk rumah kayu tersebut amat tradisional dan aura kampung terus menerjah minda saya. Bagi rumah famili pula, diasingkan ruang bilik tidur dan tempat makan, bilik air dan dapur. Di luar rumah pula, terdapat wakaf sebagai tempat minum petang atau minum malam sambil bersembang-sembang.

Setiap rumah dilengkapi dengan perkakasan asas seperti bilik mandi, katil sama ada katil kelamin atau bujang, tuala, sabun, cerek air, tv dan lain-lain. Rumah pula dipasangkan dengan kipas dan penghawa dingin. 

Walaupun agak dekat dengan jalan utama Sungai Besar dan sedikit bising, suasana desa masih lagi dirasai. Di kawasan belakang rumah tamu, pemandangan kami disajikan dengan sawah yang saujana luas mata memandang.

Makan malam kami kali ini sudah semestinya dimasak oleh chef yang diimport dari Manjung. Makan malam bertemakan makanan laut, memang sesuai dengan suasana desa. Malam ni, semua orang makan sampai kenyang dengan kos hanya RM10 seorang dikongsi bersama. Alhamdulillah.
Seawal pagi selepas subuh, kami meluangkan masa berjalan-jalan di kawasan sawah padi. Dah lama tidak menikmati pemandangan sebegini tenang dan indah. Alhamdulillah
Sarapan pagi kami, nasi goreng dan nasi lemak disediakan oleh puan chef dari Manjung dan nasi lemak kampung dari gerai di sekitar.
Selesai sarapan pagi, kami melawat Pustaka dan Rumah Tamu Hamka di Sungai Besar yang diusahakan oleh YB Budiman Mohd Zohdi. Pustakanya kecil sahaja, sebesar kontena tetapi sangat menarik dan berwarna warni penuh dengan poster kata-kata hikmah dari Buya Hamka. Manakala rumah tamunya juga menarik. Kami terlambat tahu mengenai homestay di sebelah rumah tamu dan Pustaka Hamka ini. Kalau tak, memang dah menginap di sini je. Memandangkan buku-buku di dalam Pustaka Hamka tidak boleh dibawa keluar, kecuali buku yang dibeli, makanya di sebelah pustaka tersebut, disediakan sebuah rumah tamu untuk pengunjung yang ingin menghabiskan masa membaca buku-buku Hamka sambil berehat dengan kadar RM100 semalam.
Lebih kurang jam 11 pagi, kami check out dari homestay dan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Pantai Redang Sekinchan. Di tengah hari yang panas, ke pantai pulak kami. :))

Tak sangka pulak Pantai Redang Sekinchan ini terkenal. Ianya terkenal dengan Wishing Tree yang ada di pantai tersebut. Pemandangan di pantai ini agak menarik walaupun di tengah hari panas terik. Cumanya, agak sedikit kotor. Di sebelah kiri pantai, terdapat perkampungan nelayan dan kawasan laluan kapal nelayan. Di hadapannya pula, saujana mata memandang laut yang luas terbentang. Selepas menjamu air kelapa pandan di pantai dengan harga RM3, kami meneruskan perjalanan balik ke rumah masing-masing.
Weekend spent well Alhamdulillah, dapat menjalinkan dan merapatkan ukhuwah sesama kami dan yang penting, makanan sepanjang 2 hari tersebut semuanya sedap-sedap. InsyaAllah ketemu lagi di lain waktu dan kesempatan.

Life is one big road with lots of signs. So when you riding through the ruts, don't complicate your mind. Flee from hate, mischief and jealousy. Don't bury your thoughts, put your vision to reality. Wake Up and Live! ~ Bob Marley



No comments: