20 June 2017

Ramadhan 1438H - Day 25


Ramadhan hari ke 25
Seawal pagi tadi hujan lebat. Mudah-mudahan ada Lailatul Qadr untuk kita. Alhamdulillah, sejuk bumi Allah.

Bangun pagi-pagi, kita mulakan dengan do'a, kerna do'a itukan senjata orang Mukmin. Do'a yang baik-baik untuk diri kita, kedua ibu bapa kita, keluarga kita, sahabat-sahabat kita, guru-guru kita, kaum muslimin dan muslimat agar semuanya masuk ke syurga Allah dari mana-mana pintu syurga. Doakan juga untuk orang-orang yang memusuhi kita, yang berbuat jahat kepada kita, yang dengkikan kita, semoga kesemuanya diberi hidayah dan taufiq.

Yang masih belum berpunya, doalah semoga Allah bukakan hati seseorang untuk menerima anda. Yang sudah berpunya, doalah agar cepat dihalalkan perhubungan tersebut. Yang sudah bernikah, doalah agar hubungan kekal sehingga syurga. Yang sudah bernikah dan belum mempunyai cahayahati, doalah agar Allah perkenankan doa2 orang yang berharap. Yang punya anak-anak, doalah yang baik-baik untuk cahayahati anda. 

Bagi yang punya kawan-kawan, keluarga yang masih belum berpasangan mahupun masih belum punya keturunan, doalah yang baik-baik untuk mereka. 

Soalan-soalan seperti, "Engkau ni bila nak kawin, tak takut ke jadi anak dara tua / bujang terlajak?", "Ni sorang lagi tak kawin, muka lawa/hensem tapi tak kawin lagi.", "Kawin dah 5 tahun, tapi belum ada anak lagi. Dah cuba berubat ke?", "Bila nak ada baby ni?" dan soalan-soalan yang bisa membuatkan hati-hati manusia yang kita tanya itu terguris atau terluka, cuba-cubalah elakkan keluar dari mulut atau jari-jemari chomel kita. Hati-hati orang yang kita lukai ini, bila mereka berdoa, mudah sahaja Allah makbulkan nanti. 

Maka, doalah yang baik-baik sahaja. Mana tahu, Allah maqbulkan doa-doa kita tanpa hijab di bulan Ramadhan ini. 

Doa ini sangat cantik untuk dibaca, bagi yang sudah berumahtangga mahupun yang belum berkahwin. 

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa." - Surah Al-Furqan, ayat 74

Semoga kita dikurniakan pasangan dan keturunan yang mampu menyejukkan mata, menenangkan hati, meningkatkan iman kita, yang mampu berjalan seiring membawa kita dan keluarga ke syurga. Bukankah itu tujuan hidup kita?

Bagi yang tidak jumpa pasangan di dunia, jangan risau resah dan gelisah, terus-terusan menjadi baik dan berbuat amal kebaikan, kerna bidadara / bidadari di syurga sedang menunggu kita, InsyaAllah...Aameen😊

#doadariAlQuran
#ngobathati

No comments: