19 June 2017

Ramadhan 1438H - Day 24

Ramadhan hari 24 InsyaAllah

Tinggal 6 hari lagi Ramadhan bersama-sama kita. Belek-belek hati kita, apa yang telah kita capai sepanjang Ramadhan ini. Tanya hati kita, tanya imaan kita, bertambah atau berkurang atau sama sahaja tingkatan iman nya?

Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya." - Surah Al-Hajj:35


Di dalam ayat ini disebutkan tanda-tanda orang yang taat dan patuh kepada Allah, iaitu:
  1. Apabila disebutkan nama Allah di hadapan mereka, gementarlah hati mereka kerana merasakan kebesaran dan kekuasaan-Nya. Mendengar nama Allah, timbul perasaan harap dan takut dalam hati mereka. Mereka mengharapkan keredhaan Allah, sebagaimana mereka pula mengharapkan keampunan dan balasan yang disediakan-Nya bagi orang yang bertaqwa.
  2. Mereka sabar menghadapai segala cabaran daripada Allah. Ketika mendapat rezeki dan kurniaan yang banyak daripada Allah, mereka ingat bahawa dalam harta mereka itu ada hak orang faqir dan miskin. Ketika menjadi miskin, mereka sedar bahawa itu menjadi ujian terhadap iman mereka sehingga kemiskinan tidak menggoyahkan iman mereka sedikit pun. Mereka yakin bahawa cabaran daripada Allah itu bermacam bentuk dan ragamnya.
  3. Mereka sentiasa mendirikan solat yang diwajibkan kepada mereka pada waktu-waktu yang telah ditentukan.
  4. Mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang telah dianugerahkan Allah kepada mereka. Tindakan menginfaqkan harta itu mereka lakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT.
(Department Agama RI, Al-Quranulkarim wa Tafsiruhu, Jilid 5, 2009:406)

Mari kita belek-belek hati dan iman kita. Apakah kita sudah mencapai kesemua tanda-tanda tersebut, atau baru sahaja mencapai 1 atau 2 tanda, ataupun tiada langsung. 
Muhasabah hati kita, tanya diri kita...

Ramadhan is the best month to reflex and to fix our iman and ourself.

Semoga bermanfaat
Allahu ta'ala a'lam

No comments: