11 October 2016

Travellingbie : Part 2 Hari 1 di Palembang - Hutan Punti Kayu - Al-Quran Al-Akbar - Taman Purbakala Kerajaan Sriwijaya

"Forget not that the earth delights to feel your bare feet and the winds long to play with your hair." ~ Khalil Gibran

2nd Pitstop = Hutan Punti Kayu
Taman Wisata Alam Punti Kayu merupakan kawasan rekreasi keluarga di Palembang. Dengan keluasan 50 ha (tak sure berapa hektar), ianya merupakan kawasan hutan pinus yang terkenal di Palembang. Bolehla kalau nak ber foto dengan suasana hutan dan alam semulajadi di sini.
Namun secara jujurnya, tempat ini memang indah, cuma perlu dirawat agar keadaan persekitarannya lebih selesa dan teratur. Nyamuk banyak wehhh :))

Bayaran masuk lumayan mahal disebabkan hujung minggu.
Kos bayaran masuk bagi mobil + 3 orang = Rp50k / 2 orang = Rp25k seorang
Kos bayaran masuk ke kawasan jambatan = Rp20k / 2 orang = Rp10k seorang
Untuk makluman, setiap kos akan dibahagi 2 orang.

3rd Pitstop = Al-Quran Al-Akbar
Al-Quran Al-Akbar juga sering disebut Al-Quran Raksasa yang berada di Pondok Pesantren Al-Ihsaniyah Gandus Palembang. Terdapat 30 juz ayat suci Al-Quran yang dihasilkan dan diukir dalam lembar kayu tembusu. 
Al-Quran yang terdiri dari 630 halaman ini juga dilengkapi dengan tajqid serta doa khatam. Setiap lembar terpahat ayat suci Al-Quran pada warna dasar kayu coklat dengan juruf arab timbul warna kuning dengan ukiran motif kembang di bahagian tepi ukiran. Senang dibaca walaupun diukir pada kayu tersebut dan proses pembuatannya sendiri memakan masa lebih kurang 7 tahun.
Memandangkan lokasi ini berada di kawasan berdekatan dengan perusahaan getah, anda mungkin akan menghidu bau yang kurang selesa.
Kos masuk = Rp10k / 2 = Rp5k seorang

4th Pitstop - Taman Purbakala Kerajaan Sriwijaya
Lawatan ke-4 kami di Taman Purbakala Kerajaan Seriwijaya, dahulunya dikenali dengan nama SitusKaranganyar, merupakan bekas kawasan permukiman dan taman yang dikaitkan dengan kerajaan Sriwijaya yang terletak di tepi utara Sungai Musi di Palembang. Di kawasan ini terdapat jaringan terusan, parit dan kolam dan ditemui banyak peninggalan purbakala yang menunjukkan bahawa kawasan ini pernah menjadi pusat permukiman dan pusat aktiviti manusia.

Namun, sayangnya sekarang ini, tempat ini tidak begitu terjaga. Kami hanya mengambil foto dari seberang sungai berlatar belakangkan replika Kapal Cheng Ho.
Sunyi
Kos = gratis

"If you want to understand today, you have to search yesterday." ~Pearl Buck

No comments: