11 October 2016

Travellingbie : Part 1 Hari 1 di Palembang - Pempek dan Alpokat

“Jika engkau berada di sore hari janganlah menunggu datangnya pagi hari. Jika engkau berada di pagi hari janganlah menunggu datangnya sore hari. Gunakanlah waktu sehatmu untuk waktu sakitmu, dan gunakanlah waktu hidupmu untuk matimu!” ~ Ibnu Umar

#travelllingbie kali ini menjejak dan mengintai sejarah serta hikayat Sang Sapurba di Bukit Siguntang dan pelbagai sejarah lagi yang terdapat di Palembang. Bagi yang meminati sejarah, anda akan menyukai dan leka dengan Palembang.
KLIA2 - Penerbangan ke Palembang mengambil masa selama lebih kurang 1 jam 30 minit dan masa di sana lewat sejam dari Malaysia. Penerbangan kami jam 8pagi dan tiba di Bandara pada jam 830pagi / waktu Malaysia 930pagi.

Kos tiket 2 hala ke Palembang = RM180

Bandara
Di Bandara, kami disambut oleh Ari, supir kami pada jelajah kali ini.
Palembang dari atas
Bandara Sultan Mahmud Badaruddin II
Kos kenderaan + supir + petrol (tidak termasuk parkir) = Rp1juta untuk 2 hari bagi 2 orang. Sekiranya anda berempat atau berlima, kos kenderaan akan lebih murah dan menjimatkan.

Pempek dan Alpokat
Pitstop 1 kami di Palembang - minum pagi dahulu memandangkan kami sudah lapar. Kami dibawa ke Pempek Che Tasya untuk minum pagi.

Makanya minum pagi kami - Pempek dan jus Alpokat. Ternyata kerinduan pada Alpokat telah terubat dan pempek pelbagai jenis ini lumayannya banyak dan sedap :)
Alhamdulillah 
Kos minum pagi bagi 3 orang (termasuk supir) = Rp80k
Kos dibahagi 2 = Rp40k seorang.

Ramai juga yang bertanyakan, apakah Pempek???
Pempek merupakan makanan Palembang yang diperbuat dari ikan yang dihaluskan/dikisar dan sagu. Bahan bahan lain = telur, bawang putih halus, garam dan penyedap rasa. Penyajian pempek disertakan dengan "cuko", sos berwarna hitam kecoklat coklatan.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Pempek, bolehlah ke sini - https://id.wikipedia.org/wiki/Pempek 
#travellingbie
#travellingindonesia
#palembang
#localfood
#sedap
#kakikujalan
#foodhunting
#pempek

"History is a relentless master. It has no present, only the past rushing into the future. To try to hold fast is to be swept aside."~John F. Kennedy

No comments: