11 September 2016

Travellingbie : Musafir Jepun Hari 9 - Last Day in Tokyo - Camii Mosque Tokyo - Famous Halal Ramen Ouka - Jimbocho - Shinjuku - Haneda Airport

“All travel has its advantages. If the passenger visits better countries, he may learn to improve his own. And if fortune carries him to worse, he may learn to enjoy it.” – Samuel Johnson

Hari akhir kami di Tokyo telah tiba. Kami keluar sedikit lambat sekitar jam 10 pagi dari guesthouse selepas memastikan segalanya dikemas sebelum kami keluar dari rumah tersebut. Kunci rumah ditinggalkan sahaja di atas meja. Kalau di sini, anda tidak perlu risau mengenai keselamatan rumah. Nak terserempak dengan jiran sebelah pun susah. Tiada kedengaran suara bising bersembang di balkoni rumah di sekitar apartment tersebut. :))


Selepas menghubungi tuan rumah untuk memaklumkan yang kami akan keluar pagi ini, dan mengucapkan terima kasih kerna menyediakan rumah yang selesa untuk didiami selepas balik dari Fujisan dan sepanjang 6h5m di Tokyo, kami teruskan perjalanan membawa haversack berat masing masing ke Shinjuku untuk menyimpan beg. Tak taula kenapa, berat beg nak balik ni tidak ada bezanya dengan berat beg semasa datang ke Tokyo :))

Sampai sahaja di Shinjuku, kami mencari locker dan kami bernasib baik kerana masih ada locker yang belum digunakan. Kos locker dikongsi bertiga. Jadinya sekitar 334yen seorang untuk locker panjang yang kosnya 1000 yen. Di tempat berhampiran ada juga khidmat menyimpan beg dengan 1000 yen bagi 1 beg. Kali ini kami jimat 334 yen kerna berkongsi locker panjang dengan kos 1000 yen. :)

Hari akhir kami di Tokyo, kami ditemani junior saya yang bekerja di Tokyo. Memandangkan hari ini Hari sabtu, beliau berbaik hati menemankan kami sepanjang hari terakhir tersebut. Minta maaflah kalau ada kerenah kerenah yang ntah hape hape. Hehehehee...

Selepas selesai menguruskan beg beg besar kami, dan memandangkan kami tidak lagi dapat menggunakan portable wifi yang disediakan guesthouse, kami bergantung sepenuhnya pada free WiFi yang disediakan disetiap stesen. Nasib baik boleh diharap. Dari Shinjuku, kami menaiki tren ke Yoyogi Euhara 160 yen untuk melawat Masjid Tokyo atau Camii Mosque. Dah lama saya menyimpan hasrat untuk ke masjid ini, sejak pertama kali menjejakkan kaki ke Tokyo pada tahun 2010, namun hasrat tidak kesampaian. Setelah 6 tahun, akhirnya hajat saya kesampaian untuk melawat Camii Mosque ini. Alhamdulillah.  Masjid Tokyo ini diuruskam oleh rakyat Turki, (kalau tak silapla) dan kebetulan ketika kami sampai, azan zohor sedamg berkumandang. Kami terus sahaja Solat jamak di masjid berkenaan.






Ruangan Solat wanita ada di bahagian atas, dan tempat wudhuk pula di luar masjid, satu Aras lebih bawah dari tempat wudhuk lelaki. Keadaan persekitaran luar dan dalam masjid sangat bersih, malahan lebih bersih dari sebilangan kecil masjid yang ada di Malaysia. Di Camii Mosque ini, pelawat bukan Islam dialu alukan melawat masjid, mengikuti program yang diadakan oleh pengurusan masjid dan sebagainya. Seusai Solat, program pembelajaran mengaji bagi saudara baru atau yang ingin mempelajari Al-Quran sedang diadakan.

Selepas sesi fotografi, aku keluar dari masjid dengan perasaan yang tidak dapat diungkapkan. Speechless :). Sempat juga kami singgah di Cafe di bawah masjid untuk mencari kopi turki, namun kopinya tidak dijumpai. Kami hanya menjumpai teh Turki yang disediakan secara percuma kepada pengunjung. Rezeki kami dapat minum teh percuma sambil menikmati keindahan deco senibina Turki di ruang menunggu.

Dari Yoyogi Euhara, kami berpatah balik ke Shinjuku. Sekiranya anda teringin untuk ke Camii Mosque, pastikan anda berhenti di stesen Yoyogi Euhara.

Dari Shinjuku, semua dah lapar. Apalagi, hajat untuk makan Halal Ramen Ouka yamg sedap di Tokyo perlu dipenuhi. Dari Shinjuku, kami menaiki tren ke Shinjuku Gyoemmanea dengan kos 170yen. Nasib baik ada tour guide yamg bawakan. Halal Ramen Ouka terletak berdekatan dengan Gyoen National Park rasanya.  Setibanya di Halal Ramen Ouka, kami bermasib baik kerana tidak perlu beratur di luar dan menunggu lama untuk menikmati hidangan tersebut. Tempahan perlu dibuat di mesin Tempaham yang disediakan di pintu masuk Cafe. Makanan tidak boleh dikongsi. Setiap orang mesti order 1 set makanan, ataupun anda tidak aka. Di benarkam untuk duduk bersembang atau kongsi makanan dengan kawan yang lain.

1 set makan Halal Ramen 🍜 = 1100 yen. Yang ini merupakan set biasa. Sekiranya anda mahu lebih pedas harganya 1300 yen, begitu juga sekiranya anda mahu porsi yang lebih besar, maka sediakan sahaja wang besar :))

Lebih setengah jam kami di Cafe tersebut. Ternyata Halal Ramen Ouka memang sedap. Walaupun sup nya sedikit tawar, tetapi memang berbaloi untuk saya dan yang lain mencuba makan. :))

Selepas misi mencari Halal Ramen Ouka selesai, kami teruskan perjalanan ke Jimbocho. Kos tren 220 yen. Kawasan sekitar Jimbocho merupakan kawasan pencinta barangan outdoor. 

Memang aim hari ini untuk mencari barangam outdoor. Tengok tengok harga dan cuci cuci mata dahulu. Kalau ada yang berkenan, kene pulak tengok Yen yang tinggal berbaki lagi :)). Banyak jugak kedai kedai yang kami keluar masuk.  Di kawasan ini, terdapat kedai kedai yamg khusus mengikut kategori. Ada kedai camping equipment,  kedai baju dan seluar trekking, kedai kasut outdoor. Masing masing mengikut kategori pengkhususan. Senang nak uruskan. Dam harga di kedai kedai ini boleh membuatkan air mata mengalir walaupun selepas diskaun.  Namun ada juga yang murah dan masih berpatutan. Kedai yang ada diskaun pun mahal, inikan pulak kedai branded outlet yang tiada menawarkan diskaun. :))
Osprey idaman :))





Last sekali, kami dibawa ke satu kedai yang serupa seperti kedai outdoor di Ameyoko Shopping Street. Nasib saya baik, selepas menyelongkar longgokan seluar hiking dengan gigihnya, dapatla 2 pasang seluar hiking yang sesuai. Actually,  nak tambah 1 pasang lagi, tapi Yen nya dah tak cukup. Seboleh bolehnya, nak elakkan menggunakan kad kredit. Bahaya :))

Dah boleh senyum lebar dapat baramg yamg dihajati, dalam perjalanan ke stesen keretapi untuk ke Shinjuku, kami singgah sebentar di 7e untuk membeli bekalan makanan ketika di airport nanti. Hari ni rasa macam banyak sangat belanja. Hahaaa...

Setibanya kami ke Shinjuku, kami terus ke tempat menyimpan beg dan seterusnya ke stesen bas ekspress untuk menaiki bas ke airport Haneda jam 7 malam. Terima kasih banyak kami ucapkan pada junior saya, sanggup temankan kami seharian sehinggalah bas kami mula bergerak ke Haneda. Beliau pula meneruskan perjalanan pulang ke rumah yang agak jauh jugakla dari Shinjuku.

Setibanya di Haneda airport, kami turun dan terus ke aras 3 untuk solat dahulu, bersihkan diri dan menunggu untuk checkin pada jam 9 malam. Dah boleh senyum simpul dah sebabnya, yang dihajati tercapai. Walaupun asal itinery kami sepatutnya mendaki 4 gunung, jumlah 3 gunung yang telah didaki itu rasanya mencukupi. Ada rezeki, InsyaAllah boleh rancang untuk mendaki gunung gunung yang tidak sempat didaki. InsyaAllah. 

Jam 9 malam kami checkin,  ramai rupernya rakyat Malaysia yang kami temui mendaki Fujisan. Tahniah pada semua :)

Jam 1145pm, penerbangan kami kembali ke Malaysia bermula. Saya tinggalkan Tokyo dengam seribu satu rasa, seribu satu kenangan dan pelajaran. Apa yang terjadi di sana, biarlah ianya tinggal di sana. Abadikan kenangan di dalam foto foto yang tertera dan yang tersimpan erat di dalam memori HP. Tokyo, Jepun keseluruhannya... InsyaAllah ada rezeki dan kelapangan masa, saya datang lagi dengan destinasi yang berbeza. InsyaAllah.

Total damage:
  1. Tren Gyotoku ke Shinjuku 280 yen
  2. Locker simpan beg 334 yen
  3. Shinjuku ke Yoyogi Euhara 160 yen
  4. Tabung Masjid xxxx yen
  5. Tren Yoyogi Euhara ke Shinjuku 160 yen
  6. Tren Shinjuku Sanchome ke Shinjuku Gyoemmanae 170 yen
  7. Makan Halal Ramen Ouka 1100 yen
  8. Tren Shinjuku Shancome ke Jimbocho tren 170 yen
  9. Running socks n calve compression 2100 yen
  10. 2 outdoor pants 5300 yen
  11. 7e beli air dan roti 422 yen
  12. Tren ke Shinjuku 170 yen
Total kos = 10,196 yen = RRM407.84
Patutla baki duit tinggal 1000 lebih yen je😂😂😂
Ape-apepun, Alhamdulillah semua dah selesai. Musafir selama 9 hari berakhir dengan jayanya. Sadly,  we have to say goodbye to Tokyo and surrounding. Pengalaman mendaki 3 gunung, terutamanya Fujisan, tidak mungkin akan dapat dilupakan unless dah kene penyakit Alzheimer :)). Saya tinggalkan Tokyo dengan seribu satu macam rasa dan cerita.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah 😊 

“The traveler was active; he went strenuously in search of people, of adventure, of experience. The tourist is passive; he expects interesting things to happen to him. He goes “sight-seeing.” – Daniel J. Boorstin

No comments: