09 September 2016

Travellingbie : Musafir Jepun Hari 7 - Climbing Takaosan

"The mountain is calling again and i must go."~uark

"Thousands of tired, nerve-shaken, over-civilized people are beginning to find out going to the mountains is going home; that wilderness is a necessity…" ~ John Muir

Hari ke-7 kami lebih bersemangat dengan aktiviti pendakian Gunun Takao @ Takaosan. Cara nak ke sini sangat senang. Dari Gyotoku Stesen, kami ke Shinjuku. Di Stesen Shinjuku kami membeli Diskaun tiket untuk ke Takaosanguchi. Diskaun tiket ini ada 2 pilihan, sama ada anda membeli return tiket tren Shinjuku - Takaosanguchi + return cablecare/chairlift ATAU membeli return tiket tren Shinjuku - Takaosanguchi + 1 way cablecare/chairlift. Harga sedikit berbeza dan anda mendapat 20% diskaun dari harga biasa. Jimat kos 20%. :)
Sedikit info mengenai Takaosan. Gunung Takao terletak kota Hachioji, Tokyo. 
Walaupun ketinggian Takaosan kurang dari 600 meter dari aras laut, gunung ini menarik jumlah ramai pendaki. Ada beberapa jalan pendakian dan semuanya dijaga dalam keadaan yang baik. 
Peta Takaosan dan Jinba Trail. InsyaAllah, one fine day, nak lanjutkan pendakian sehingga puncak Jinba :)
Dari Stesen Takaosanguchi iaitu stesen paling akhir sekali di sini, anda boleh memilih sama ada untuk mendaki bermula dari stesen ataupun menaiki cable car atau chair lift. 
Stesen Takaosanguchi
Entrance Takaosan - Anda boleh memilih untuk menaiki cable car atau chairlift di sini. Bagi pendaki yang ingin mendaki naik ke Takaosan, jalan trail nya di sebelah tepi.
Walaubagaimanapun, cable car dan chairlift hanya membawa anda setinggi 1/3 gunung sahaja dan ianya mengambil masa lebih kurang 12 minit. Bagi kami yang mempunyai kekangan masa, kami memilih untuk menggunakan chairlift semasa naik dan turunnya melalui jalan trail.
Chairlift
Pendakian bermula
Sebelum mulakan pendakian bermula di sini, perut dah mula berkeroncong dan kami menikmati makan tengahari dari bekal yang dibawa terlebih dahulu. Jimat bawak bekal ni tau! :))

Pendakian ke puncak mengambil masa kurang 2 jam dengan langkah yang santai. Sepanjang pendakian melalui jalan bertar, kedengaran bunyi burung burung liar yang terdapat di Takaosan. Cuaca agak baik dan nyaman pada masa kami mendaki. Sekiranya diberi pilihan untuk hidup di kota metropolitan dan di sini, kebarangkalian saya memilih kehidupan dikelilingi hutan belukar adalah tinggi. Kurang stress :)).

Pemandangan sepanjang pendakian Takaosan. Di Puncak Takaosan seperti juga puncak Fujisan, terdapat cafe dan kedai barangan cenderamata. Jadinya, puncak gunung seumpama mall membeli belah. Menarik :)) Dan jangan risau sekiranya anda lupa membawa air, ada vending machine di setiap perhentian yang mempunyai cafe atau kedai. Sediakan aja duit Yen nya :))

Antara dua persimpangan. Pilihlah jalan mana yang anda suka.



Cari Ilham :))
Spectacular view ketika cuaca baik. Shinjuku terlihat dari kejauhan
Takaosan Summit Checked. Alhamdulillah
Takaosan dikatakan memiliki sekitar 1300 jenis tanaman liar dan anda boleh mendengar bunyi binatang binatang hutan yang ada disekelilingnya ketika mendaki Takaosan. Takaosan juga dianggap gunung suci sejak zaman kuno. Menurut legenda, gunung ini adalah habitat dari Tengu, goblin berhidung panjang dan anda akan menemukan banyak patung Tengu di kuil Yakuoin yang berusian lebih 1270 tahun yang berada di setengah perjalanan Takaosan.

Kami tiba di puncak Takaosan lebih kurang hampir jam 2 petang dan matahari terik memancar dari atas. Ketika cuaca cerah, Shinjuku sangat kelihatan jelas dari puncak Takaosan. Setelah berfoto sesi lebih kurang setengah jam, kami mula menuruni Takaosan. 2 orang rakan yang lain menunggu di Takaosan Information Centre sekitar jam 4 petang. Perjalanan turun dari puncak sehinggalah ke stesen cable car dan chairlift agak santai. Selepas itu, trek menurun yang bertar seumpama menuruni Gunung Serapi sedikit menyakitkan lutut. Kami mengambil sedikit masa agak lama juga untuk tiba di Takaosan Info Centre. Di saat tiba di tempat mula pendakian, kami terserempak dengan seorang rakyat Malaysia yang baru hendak mendaki Takaosan bersendirian. Barangkali mahu melihat matahari terbenam. 

Setibanya di Takaosan Info Centre, kami berehat sebentar dan singgah solat di Muzium Takao 599. Mulanya saya ingin bertanya kepada staf bertugas kenapa 599, owhh ya, baru perasan, 599 merupakan ketinggian Takaosan :)


Staf Muzium berbaik hati memberikan ruang untuk kami solat. Suasana di sekitar Muzium Takao sangat bersih dan tenang. Barangkali tempat paling tenang selain dari Masjid atau surau adalah muzium dan perpustakaan :)) 
Sempat juga kami abadikan foto kenangan di luar muzium tersebut dan mengambil peluang berfoto dengan landskap yang cantik disekitarnya.

Aktiviti hari ke-7 kami, berakhir dan selesai dengan suksesnya. Tiba masanya untuk kembali ke Shinjuku dengan menaiki tren yang sama. Setibanya di Shinjuku, pening pening lalat sedikit melihat ramainya manusia di Shinjuku Station. :)) Perut sudah mula lapar. Kami mula mencari restoran makanan halal di Shinjuku menggunakan Apps Halal Navi....dan walla, jumpa 1 yang berdekatan iaitu Yosiyo Cafe (lebih kurang la namanya macam tu). Selepas mengisi perut, kami teruskan perjalanan balik ke guesthouse.

Jika diberi peluang untuk ke Negara Matahari Terbit ini, pendakian berulang di Takaosan melalui trail yang berlainan sehinggalah ke puncak Gunung Jinba melalui Jinba Trail menjadi pilihan saya. :)

Kos hari ke-7:
  1. Tren Gyotoku - Shinjuku 280 yen
  2. Pakej Tiket Diskaun Return tren Shinjuku - Takaosanguchi + 1 way chairlift = 1020 yen
  3. Makan di Yosiyo Shinjuku + air = 1530 yen
  4. Takao Museum 599 = FREE
  5. Entrance fee Takaosan = FREE
  6. Tren Shinjuku - Gyotoku = 280 yen
  7. Beli buah dan air di Mart berdekatan dengan guesthouse = 525 yen
Total = 3,635 yen = RM145.40

"Somewhere between the bottom of the climb and the summit is the answer to the mystery why we climb." ~ Greg Child

No comments: