Wednesday, September 7, 2016

Travellingbie : Musafir Jepun Hari 4 - Exploring Kawaguchiko Area - Mount Kachi Kachi Ropeway

Allah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan malam, bahtera yang berlayar dilaut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari berupa air , lalu dengan air itu dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi sungguh (terdapat) tana-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan." (QS Al Baqarah : 164)

Isnin 29 Ogos 2016
Hari ke-4 kami, dimulakan dengan minum pagi di Koe House. Telur dadar dan salad beserta kopi disediakan untuk tetamu. 
930am - kami mulakan tour sekitar Kawaguchiko Lake. Cuaca mendung dan seperti hendak hujan. Sebelum mulakan tour, kami beli tiket bas Ekspress dahulu ke Shinjuku. Nasib baik beli awal, kalau tidak, semalam lagi la di Kawaguchiko nie. Tiket bas sehala = 1750 yen. Fujisan tidak kelihatan kerna diliputi awan. Apala nasib pendaki pendaki yang mendaki hari Ahad semalam. 
Dari Koe House, kami berjalan kaki ke Kawaguchiko Lake. Perjalanan hanya mengambil masa sekitar 15minit sahaja, tapi dah menjadi lebih setengah jam dengan sesi foto sambil bersiar. Rumah rumah di sini pun cantik cantik jugak walaupun chomel dan kecik ja.
Disekitar Kawaguchiko Lake kelihatan banyak kedai-kedai cenderahati dan cenderahati kalau ditukar kepada RM, memang la agak mahal. Memandangkan kami backpackers, dan tujuan asal adalah untuk explore Gunung Kachi Kachi dan tasik Kawaguchiko, saya hanya membeli fridge magnet berlatarbelakangkan Fujisan. Along the way, hujan semakin lebat dan sekali sekala berhenti. Sejuk sejuk macam nie, mengidam pulak nak makan aiskerim...jumpa la icecream match. Tutup mata tengok harga dan beli. Sedap jugak dan agak pahit sedikit. Teh hijau di sini tidak sama dengan teh di Malaysia dan agak pahit. Tapi itu la ubatnya... :))

Sambil berjalan di dalam hujan, dan menikmati pemandangan yang berkabus...kami teruskan perjalanan ke Kachi Kachi Ropeway. 
Peta Mount Kachi Kachi Ropeway
Kachi kachi Ropeway ini merupakan cablecar terus ke puncak gunung kachi kachi. Dalam keadaan cuaca yang baik, pemandangannya sangat canteq dan anda boleh melihat Fujisan dari kejauhan. 
Hujan dan berkabus
Kami kurang bernasib baik memandang hari hujan dan berkabus. Doa doa semasa di puncak kachi kachi nanti, hujan reda dan cuaca baik. Kali ini, kami mengelat sedikit, naik ke gunung kachi kachi menaiki cablecar 450yen dann turun nanti cadangnya melalui trail yang disediakan.
Sampai di puncak kachi kachi, hujan masih turun dan sesekali lebat dan berangin. 
Biasanya di sinilah pendaki atau pelawat berdiri untuk sesi foto berlatar belakangkan Fujisan
Di puncak kachi kachi, ada laluan trail terus ke Gunung Tenjo dan Gunung Mitsutoge. 
Kibaran bendera negeri di Gunung Kachi Kachi. Dekat Fujisan tak dapat kibar bendera sebab tertinggal di kaki gunong :))
Sekiranya cuaca baik, bolehla lajak terus ke gunung tenjo dan pemandangannya lebih jelas sekiranya anda ingin merakamkan gambar Fujisan. InsyaAllah, ada rezeki, boleh cover 3 gunung di Kawaguchiko ni, naik sampai ke Mitsutoge. 
Simbolik puncak Kachi Kachi
Kami kurang bernasib baik ketika itu memandangkan cuaca tidak menyebelahi kami. Lebih kurang sejam berada di Kachi Kachi, kami menuruni gunung tersebut melalui jalan hutan. OK, 2nd mountain checked :))
The power of 4
Lega sedikit bilamana hujan sudah mula berhenti dan langit sedikit cerah. Rakan kami seorang turun dengan cablecar memandangkan dia mengalami kecederaan. Trail hutan kachi kachi sangat cantek dan bersih. Orang Jepun sangat menghargai alam semulajadi yang mereka ada. Setiap sudut / corner di dalam hutan tersebut, disediakan tempat duduk, bagi pendaki. Dekat puncak pun ada cafe tau. :)) Dari 40minit jangkaan turun, kami sampai di pintu masuk trail lebih kurang sejam. Leka sebenarnya dengan keindahan hutan di sini, setiap langkah turun nak berhenti saje sebab tak nak lepaskan peluang merakam suasana indah dalam hutan ni. Lupa sekejap masalah dunia. Belajar tentang alam, belajar menghargai apa yang ada, sambil mengambil peringatan mengenai kejadian alam Tuhan :)

“Katakanlah : Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi. Tidaklah bermanfaat tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman.” (QS Yunus :101)




Trail cantik dan bersih



“Nature’s peace will flow into you as sunshine flows into trees. The winds will blow their own freshness into you, and the storms their energy, while cares will drop off like autumn leaves.”—John Muir, Our National Parks
Hydrangea - rasanya bunga kebangsaan ni


Sekejap je dapat view tanpa kabus nie :))
Mana-mana gunung di sini, ade je kuil diorang
Peta kawasan


Entrance for hiking Mount Kachi Kachi. Kebanyakan orang tak perasan termasuklah kami. Masa turun baru tau, Entrancenya dan Exitnya dekat mana. Dihadapat signage nie, ada tempat letak kereta.
Turun dari Kachi Kachi, kami terserempak dengan sekumpulan anak anak muda Malaysia, sembang panjang macam kenal dah lama bertanyakan mengenai pendakian Fujisan kami dan juga bertukar tukar info serba sedikit. Esok malam mereka bakal kembali ke Malaysia. Sehari di Kawaguchiko tidak cukup. Sekiranya anda ingin melawat Kawaguchiko, pastikan anda berada di sini selama 2malam, baru puas berjalan di sekitarnya :)
Makan bekal yang dibawa di pondok tepi jalan sambil duduk bersila. Takde orang nak halau pun. Tapi...tong sampah jarang jumpa dekat sini, and yet, takde pun sampah bersepah sepah
Turun dari Kachi Kachi, perut dah lapar, kami rehat dan makan dulu di pondok tepi jalan sebelum sesi foto seterusnya. Kami bawa bekal makanan sepanjang musafir. Lebih menjimatkan :)
Macamanala tidak jatuh cinta dengan pemandangan seperti ini. :))
"Slow down and enjoy life. It's not only the scenery you miss by going to fast - you also miss the sense of where you are going and why."~~Eddie Cantor
Bas kami ke Shinjuku lambat lagi. Dalam jam 510pm. Masih ada beberapa jam lagi untuk kami explore Kawaguchiko walaupun tidak dapat secara keseluruhan.

Kos Belanja hari ke-4:
  1. Bus Ekspress dari Kawaguchiko ke Shinjuku = 1750 yen
  2. Ice cream matcha = 300 yen
  3. Firdge Magnet Fujisan = 350 yen
  4. Mochi = 325 yen
  5. Ropeway Kachi Kachi One way = 450 yen
  6. Air = 160 yen
  7. Ice Cream 7e = 150 yen
Total = 3485 yen = RM139.40

“The really happy person is the one who can enjoy the scenery, even when they have to take a detour.” ― James Hopwood Jeans

Entri hari ke-4 bersambung...
Post a Comment