Tuesday, September 6, 2016

Travellingbie : Musafir Jepun Hari 3 - Hiking Down from Mount Fuji - Checked In Koe House at Kawaguchiko

“We travel not to escape life, but for life not to escape us.” – Anonymous
Ahad 28 Ogos 2016
Membawakan semangat kemerdekaan di puncak Gunung Fuji dengan kibaran bendera Malaysia memberikan suatu perasaan luarbiasa semangatnya. Saya berharap, Malaysia dan rakyat Malaysia yang lain juga akan lebih kuat dan tabah dengan keadaan ekonomi sekarang ini dan situasi politik yang melanda, sepertimana tabahnya kami mengharungi cabaran dan dugaan sepanjang pendakian.

Setelah berada di dalam kesejukan melampau selama lebih kurang 2 jam di puncak, kami mula bergerak ke kawasan kawah Gunung Fuji. Dengan ketinggian 3776m, Gunung Fuji ini juga merupakan gunung berapi.
Trek berbatu, berpasir dan licin
Seumpama anai-anai. Nampak tak pendaki yang masih mendaki untuk sampai ke puncak Fuji?
Sedikit sebanyak sejarah Gunung Fuji - Gunung Fuji dikenali sebagai Fujisan (san bererti gunung) merupakan gunung berapi aktif yang terletak di perbatasan Prefektur Shizuoka dan Tamanashi. Ketinggian Fujisan adalah 3776m. Gunung ini juga adalah simbol bagi negara Jepun selain dari sakura.

Jam 6 pagi kami teruskan perjalanan turun sehingga ke kaki Fujisan. Saya tidak menyangka perjalanan turun agak memenatkan dan menyakitkan dan juga psycho :)). Betul kata orang, "Don't underestimate any mountain." Perjalanan turun dengan trek yang menurun dan berbatu menyebabkan ramai juga yang menggunakan teknik sliding untuk mengelakkan kecederaan lutut. Namun sesekali ada juga saya terjatuh, terduduk sepanjang perjalanan. Trek yang berbentuk zig zag sangat mencabar minda dan mental. Dari jauh lagi, kelihatan pendaki yang menuruni Fujisan dan ianya bukanlah pada jarak yang dekat. Jarak turun Fujisan lebih kurang 6km. Bagi yang kurang sabar memang stress bila tengok trek menurun yang berbentuk zig zag. 
Struktur gunung berapi jelas kelihatan sepanjang perjalanan menuruni Fujisan
Ada juga yang mengalami kecederaan lutut dan melecet. Perjalanan turun Fujisan mengambil masa lebih kurang 5 sehingga 6 jam dan saya sampai di kaki Fujisan pada jam 11 pagi. Nak tahu kenapa ianya mengambil masa yang agak lama walaupun trek turun memanjang? Cubalah mendaki Fujisan dan rasai sendiri pengalamannya. :))
Jam 11 pagi saya sampai ke pintu gerbang Fujisan. Hujan gerimis mulai turun sedikit sedikit. Sambil menunggu yang lain, rupanya 2 orang lagi rakan saya telah sampai di 5th Station pada jam 1045am. Yang lain sudah ramai yang sampai ke 5th station dan grup saya tinggal seorang lagi yang masih struggling untuk sampai ke bawah memandangkan dia mengalami kecederaan.
Sementara yang lain membersihkan diri, grup Arep dan kawan-kawan bakal menaiki bas ekspress terus ke Shinjuku pada jam 1230pm. Manakala kami akan menaiki bas ke Kawaguchiko Station jam 1250pm. Pengalaman mendaki bersama adik adik ini, yang bekerja di Tokyo, walaupun hanya sekejap sahaja amat bermakna. Mesra, ramah dan saling membantu serta menyokong satu sama lain agar semua dapat sampai ke puncak Fujisan.

Jam 1250pm, bas bergerak ke Kawaguchiko Station dan mengambil masa selama lebih kurang 40min. Sampai di Kawaguchiko Station, kami terus mengambil haversack masing masing dan terus menuju ke hostel untuk bermalam semalam.
Koe House, sangat berdekatan dengan Kawaguchiko Station. Nina, menyambut kedatangan kami dan sangat fasih berbahasa Inggeris. Kami diberikan bilik yang disediakan tatami matt dan tilam. Selesa jugak la untuk 1 malam. Selesai check in, masing masing membersihkan diri dan ada yang membasuh baju. Nikmatnya dapat mandi. Alhamdulillah :))

Selepas selesai mandi, perut terasa lapar, kami makan makanan bekal yang dibawa. Jimat :) Rehat kami agak panjang kali ini, masing masing kepenatan yang amat. Akhiran hari kami untuk hari ke-4 dengan rehat dan tidur yang panjang. Alhamdullillah. :) Perjalanan dimulakan semula keesokan harinya.

Kos hari ke-3:

  1. Air Teh Royal 160yen
  2. Detergent Laundry di Koe Guesthouse 300yen
Total kos = 460 yen = RM18.40

“Twenty years from now you will be more disappointed by the things you didn’t do than by the ones you did do.” – Mark Twain
Post a Comment