28 September 2016

Kewangan : "Pets" - Apa agaknya kos bagi yang ingin mempunyai binatang peliharaan?

Anda sukakan binatang? Anda suka untuk memelihara binatang seperti kucing, anjing, hamster, burung, iguana dan sebagainya? Adakah anda tahu kos perbelanjaan bagi memelihara binatang-binatang tersebut?

Cuba baca dan lihat "checklist" di bawah yang mungkin anda perlu ambil perhatian sebelum anda mempunyai binatang peliharaan terutamanya kucing:

  1. Makanan (food and snack) - makanan bagi kucing biasanya wet food dan dry food. Kos makanan bergantung kepada jenis kucing yang anda ada. Sekiranya kucing lokal, makanan biasanya ikan sardin + nasi, Friskies dan sebagainya. Bergantung juga kepada berapa kuantiti kucing peliharaan anda yang ada. Anggaran seekor kucing makan ikan sebulan mungkin di dalam 4kg x RM8 = RM32, Dry food 1kg ><= RM15, makanan lain >< RM15 sebulan. Total = RM60 sebulan;
  2. Pemeriksaan Kesihatan - pemeriksaan kesihatan bagi anak kucing lebih kritikal dari kucing yang telah besar. Pemeriksaan setiap 3 atau 4 minggu sekali adalah dianjurkan bagi anak kucing yang sedang membesar sehinggalah anak kucing tersebut mencapai umur 4 - 6 bulan. Anggaran kos pemeriksaan kesihatan bagi 1 kali pemeriksaan mungkin boleh menceah RM100 atau lebih, bergantung kepada kes kesihatan kucing tersebut;
  3. Grooming (Health and wellness) - penjagaan diri binatang peliharaan anda juga perlu dititik beratkan. Belikan ubat kutu kucing, shampoo yang sesuai dengan bulu kucing tersebut dan lain lain keperluan untuk memastikan kucing peliharaan anda sentiasa bersih sihat dan cantik. Anggaran kos sebulan, mungkin juga lebih kurang RM10 memandangkan shampoo, ubat ubat dan sebagainya bukanlah makanan harian mereka;
  4. Cat Litter - Yang paling murah mungkin sekali RM50 bagi 24L (Sumber - http://www.petsmore.com/cat/household/paper-cotton-product.html). Pastikan kucing anda mempunyai tempat yang sesuai untuk membuang najis dan mengajar kucing tersebut untuk membuang najis di tempat yang disediakan. Anda pasti tidak mahu jiran jiran anda mengetuk pintu rumah dengan keadaan yang marah kerana kucing anda membuang najis di hadapan rumah mereka atau di halaman rumah dan sebagainya.
  5. Permainan - sekali sekala, manjakan kucing peliharaan anda dengan membelikan permainan kucing kepada mereka. Permainan kucing ini lebih kurang sama harga nya dengan permainan kanak-kanak (toys). :))
Anda boleh anggarkan perbelanjaan bagi kucing peliharaan anda sebulan lebih kurang RM100.00 bergantung kepada keperluan, kekerapan dan kuantiti kucing anda. Kos tersebut akan berubah mengikut keperluan dan keutamaan dan sekiranya anda benar-benar ingin mempunyai binatang peliharaan, kos kos di atas perlu diambil kira dan dimasukkan di dalam bajet kewangan bulanan anda. :)

Bukan itu sahaja yang anda perlu ambil kira sekiranya anda meminati kucing atau binatang peliharaan yang lain. Persekitaran rumah anda juga perlu diambil perhatian. Anda sendiri juga perlu diambil kira. Anda perlu bersedia untuk memberikan masa anda bagi memanjakan kusing kucing anda, membersihkan najis mereka, memberi makan dan sebagainya. Masa merupakan antara perkara yang penting sekiranya anda ingin memelihara binatang peliharaan di rumah. Sekiranya anda tinggal di apartment atau kondominium yang tinggi, kucing ni kadang-kadang stress bila kaki tak jejak tanah. Pastikan anda mempunyai masa untuk membawa binatang peliharaan anda bersiar siar di luar rumah. Pastikan juga anda mempunyai masa untuk memanjakan mereka dan sebagainya. Kalau jenis yang selalu tiada di rumah, kucing peliharaan pun stress sebab kesunyian dan kurang kasih sayang. :))

Minat dan suka kucing atau binatang peliharaan yang lain, tidak cukup kuat untuk anda mempunyai binatang peliharaan. Anda juga perlukan komitmen di dalam memelihara mereka, seumpama anda menjaga anak sendiri atau seumpama anda menyayangi diri anda sendiri. :) 

Semoga bermanfaat :)

No comments: