26 July 2016

Travellingbie : Serapi....aku datang

"When climbing, follow your own pace. Not others.
While we are rushing to reach the top, we will be missing some important parts, moments, creatures and nature of the mountain." ~ uark

Serapi aku Datang
Plan ke Gunung Serapi ni tak dirancang lebih awal. Mulanya kami hendak ke Gunung Santubong. Namun, memandangkan masing-masing sakan beraya, stamina entah ada entah tidak, kami menukar plan asal kepada program piknik ke Serapi.
dari jauh dah nampak puncak Serapi :)
Gunung Serapi, dengan ketinggian 911 meter / 2600 kaki dari paras laut, ianya menjadi Gunung tertinggi di Matang, Kuching. Setiap kali melalui Jalan Matang, setiap kali itulah kelihatan Gunung Serapi gah menampakkan diri dari jauh. Sekiranya anda berumah di kawasan Matang, setiap pagi anda akan dapat menikmati pemandangan yang indah dari jauh, Gunung Serapi dilitupi kabus dan awan, bila matahari beransur menampakkan diri, anda akan mula dapat melihat puncak Gunung Serapi dari jauh.

Gunung Serapi, terletak di Taman Negara Kubah, Matang Kuching, lebih kurang 30minit perjalanan dari bandar Kuching. "Signboard" ke Gunung Serapi adalah Taman Negara Kubah, masuk ke simpang sebelah Taman Negara Kubah dan teruskan memandu sehingga berjumpa dengan pintu masuk ke Gunung Serapi. Bayaran dikenakan adalah RM10 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. 
Setelah "warming up" dan "stretching" kaki sedikit selama 5 minit, kami mulakan pendakian sehingga puncak. Harap-harapnya, sampailah ke puncak memandangkan berat dah naik berkilo kilo. Nak melangkahkan kaki pun dah rasa penat :)) Pendakian kali ini ditemani oleh 2 kawan saya bersama anak anak mereka. 

“I like the mountains because they make me feel small,' Jeff says. 'They help me sort out what's important in life.” 
― Mark Obmascik, Halfway to Heaven: My White-knuckled--and Knuckleheaded--Quest for the Rocky Mountain High

Kami mulakan perjalanan sekitar jam 830am, sepanjang perjalanan ke puncak, jalannya ber-tar. Memang agak boring bagi pencinta gunung tegar yang "expect" treking berhutan. Sepanjang perjalanan menaik sahaja, jarang jarang ada trek yang menurun. Setiap 100kaki, disediakan tanda berapa kaki ketinggian yang telah anda capai. 1st 1000 kaki, tidaklah terasa penat mendaki memandangkan kecuramannnya masih belum terasa dan kaki masih gagah melangkah. Selepas ketinggian 1000 kaki, hmmmm...kalori burn mula terasa, walaupun sejuk, peluh terasa di kepala. Member sebelah dah pening-pening, yang lain dah jauh ke depan meninggalkan kami berdua. Hampir di setiap pondok, kami berhenti sekejap sebelum meneruskan perjalanan. Trek agak membosankan, sekali sekala kenderaan yang hendak menuju puncak ke menara telkom di puncak melimpasi kami. Rasa macam nak tumpang ja :))

Pada 200kaki yang terakhir, trek semakin mencanak, kalau tak kuat semangat memang berhenti dekat situ ja. Kami kurangkan penat dengan sembang sembang ringan sambil mendaki. Hampir jam 11pagi, kami sampai di puncak Gunung Serapi. Sampai ja di puncak, hilang segala penat :)) Alhamdulillah.
Observation Tower di puncak
Kalau cuaca bagus terang benderang, akan nampak pemandangan dari negara seberang :)
Lepak sekejap di puncak, bergambar berkumpulan...daripada terang benderang kepada berkabus, hujan mulai turun. Kami teruskan perjalanan turun ke kaki gunung dalam keadaan hujan renyai renyai. Perlu diingatkan untuk berhati hati ketika turun memandangkan trek jalan tar agak licin ketika dan selepas hujan. Ingatkan senang ja nak treking turun, memang nampak senang, tetapi...perlu berhati hati dengan kondisi lutut semasa turun. Silap silap akan mengalami kecederaan memandangkan sepanjang perjalanan turun, trek hampir semuanya menurun. Kami tidak sempat untuk ke Air Terjun memandangkan hujan semakin lebat. Kami sampai di pondok keselamatan pada jam 1230pm. Rehat, makan makan dahulu di pondok terdekat sambil meluruskan kaki. Alhamdulillah selamat. Lain kali, air terjun akan kami tawan pula. :)

“Getting to the top is optional. Getting down is mandatory.” 
― Ed Viesturs, No Shortcuts to the Top: Climbing the World's 14 Highest Peaks

No comments: