26 April 2016

Travellingbie : 7 Perkara yang anda boleh buat di Port Dickson, Negeri Sembilan

There are two kinds of climbers, those who climb because their heart sings when they’re in the mountains, and all the rest.~Alex Lowe

Port Dickson merupakan tempat bersantai tepi laut yang terkenal di Malaysia. Selain dari membuat beberapa aktiviti di tepi pantai PD, ada juga beberapa perkara yang anda boleh lakukan di PD:
  1. Beriadah di Taman Rekreasi Tanjung Tuan dan mendaki Bukit Batu Putih. Pemandangannya memang "ohsome" dan dari puncak Batu Putih, anda akan dapat melihat pemandangan Blue Lagoon yang menghijau dan sangat cantik. Memandangkan ramai yang viralkan Bukit Batu Putih dan menunjuk-nunjuk gambar yang sangat cantik dari atas Bukit ini, makanya saya pun teringin la jugak nak mendaki dan menikmati sendiri pemandangan dari atas. Memang berbaloi. Pendakian santai hanya mengambil masa selama 20 minit sahaja, tak habis pun peluh jantan keluar :))
  2. Seterusnya anda boleh menuruni bukit tersebut dan berenang di pantai yang tersembunyi itu.
  3. Melawat Rumah Api Tanjung Tuan selepas keluar dari jalan trek ke Bukit Batu Putih.
  4. Selepas menikmati pantai yang memutih dan mandi manda di laut yang menghijau, jangan lupa menikmati "coconut shake" atau "mango shake" yang sangat sedap dan murah. Hanya RM3 sahaja untuk anda membasahkan tekak yang kehausan.
  5. Selain daripada "coconut & mango shake" yang sedap, anda boleh juga merasai masakan asam pedas di Asam Pedas Warisan.
  6. Melawat rumah terbalik di PD
  7. 3D Art Museum bukan sahaja ada di Penang, di PD pun ada. Jangan lupa singgah ya :)
Jangan sangka PD hanya tempat berkelah di tepi pantai sahaja. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada di PD. Malaysia Indah, Memang Indah :)

Kos perjalanan setengah hari ke Port Dickson:

  1. Tol Seremban = RM6.30 x 2
  2. Tol PD = RM3.20 x 2
  3. Entrance ke Tanjung Tuan = RM1
  4. Air Minuman = RM2
  5. Coconut shake / mango shake = RM3
  6. Lain-lain = tambah sendiri.
“Once a year, go someplace you’ve never been before.” – Anonymous

No comments: