01 March 2016

Travellingbie : Review Jaulah Singkat di Jakarta (2H1M)

Ingat lagi Poster ini? 

Poster inilah ajakan saya kepada kawan-kawan saya untuk ikut serta di dalam memeriahkan Pesta Buku Islamik Jakarta di Istora Senayan Bung Karno, Stadium Jakarta. Namun, tiada yang berminat pada awalnya. Ada juga yang berminat untuk turut serta, namun "clash" dengan program yang lain. Saya pun pada awalnya ikut serta dalam jaulah yang "Tiket Murah"anjurkan ini, namun tarikh mereka ke sana "clash" dengan tarikh saya balik ke kampung. Saya nekad untuk teruskan dengan tarikh yang saya boleh pergi dan melawat pesta buku tersebut dan saya hanya perlukan seorang sahaja, sekurang-kurangnya untuk bersama-sama saya. Belum yakin lagi untuk jaulah seorang diri di negara orang, lagipun ianya bukanlah saranan agama untuk jaulah dan musafir seorang bagi Muslimah :))

2 minggu lagi nak ke sana, tiada yang respon. Beberapa hari selepas itu, mybestbuddy tanya, ada tak yang nak pegi. Saya kata takde lagi dan mungkin tak berminat kot. Makanya, dia mengoffer diri untuk pergi bersama saya. Apalagi, tiket terus dicari dan kami bernasib baik kerana tiket penerbangan pergi balik tidak sampai RM300. Biasanya tiket penerbangan KL-Jakarta sedikit mahal, namun kami bernasib baik mendapat tiket yang berpatutan harganya. Mungkin juga Allah swt mendengar doa-doa saya. Alhamdulillah :))

Semua urusan saya uruskan memandangkan mybestbuddy sedang sibuk mendaftar menjadi pelajar :)). Dari urusan tiket, hotel dan sedikit kajian perjalanan selama 2 hari, semuanya dilakukan di dalam masa yang singkat. Hotel pula saya cari yang berdekatan dengan Thamrin City memandangkan akses lebih mudah terutama sekali kawasan tersebut merupakan kawasan yang sentiasa sibuk, kawasan shopping dan terdapat mall yang besar seperti Grand Indonesia dan Plaza Indonesia. Dan yang penting sekali, Magnum Cafe amat dekat sekali untuk kami ke sana. :))

Makanya, misi dan tujuan utama ke Jakarta kali ini adalah = mencari buku-buku dan menikmati menu di Magnum cafe dan membawa bestbuddy saya yang pertama kalinya datang ke Jakarta untuk merasai pengalaman kesesakan lalu lintas, keenakan menu di Magnum cafe, dan yang penting sekali, mencari buku-buku yang diperlukan bagi pembelajaran beliau.

Kos kami bermula dengan tiket penerbangan pergi dan balik + penginapan hotel 2h1m di Reddoorz Near Grand Indonesia + Bagasi 20kg dikongsi 2 orang (dengan harapan kami tidak shopping beriya dan tidak lupa daratan apabila berada di dewan pameran buku-buku tersebut) :))

 Kalau dibahagi 2 orang nie, jumlah untuk tiket dan penginapan hanya = RM357.74

Tengok pula kos pengangkutan kami di sana

Jumlah keseluruhan kos untuk Tiket Penerbangan Pergi dan Balik + Hotel + Bagasi 20kg + Pengangkutan di Jakarta bagi 1 orang = RM422.54

Kos buku-buku yang saya beli tidak sampai Rp1 juta. Kalau beli di Malaysia, mungkin juga lebih RM500.00. Sebelumnya saya ke Jakarta, ada juga meng-offerkan diri untuk menjadi personal shopper. Mungkin kawan-kawan yang lain tidak dapat imagine buku-buku yang akan dijual di Pesta Buku tersebut, ada juga yang terlepas pandang. Kalau yang memang booklover, InsyaAllah mereka akan tahu buku apa yang hendak dibeli. Sebab itulah saya ke Pesta Buku ini, kerna saya tahu, buku-buku terbitan baru biasanya akan dijual terlebih dahulu di sini berbanding di Malaysia. Memang berbaloi dan tidak akan menyesal, sekiranya anda ke sini. Yang tak ikut, ada yang menyesal pulal. Bila dah offer tak nak join pulak. hehehehe...InsyaAllah ada rezeki tahun depan, kita pegi sama-sama. Tapi perlu diingatkan, jaulah saya merupakan jaulah bajet. Tak boleh nak expect duduk hotel mewah atau selesa, mode of transport pun naik bas, bajai, ojek dan mana-mana pengangkutan awam melainkan anda sanggup membayar mahal untuk penginapan dan transport.


Kos makan minum terpulang kepada preference masing-masing. Kalau nak makan mewah, sediakan lebih banyak RP nya dan kalau nak shopping, sediakan lagi banyak RP nya.
Jaulah tak semestinya mahal, anda pandai mencari peluang, rajin mencari tiket murah, rajin buat kajian - Jaulah anda lebih menguntungkan dari mengambil pakej :)




No comments: