Tuesday, February 16, 2016

Travellingbie : Day 4: Mount Pulag - Sunrise at the Top

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, laludengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) –nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala macam jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (al-Baqarah: 164)

"He who seeks fear shall be followed by fear."

If you're trying to achieve, there will be roadblocks. I've had them; everybody has had them. But obstacles don't have to stop you. If you run into a wall, don't turn around and give up. Figure out how to climb it, go through it, or work around it. ~Michael Jordan

Hari ke-4 kami bermula pada jam 1230pagi. Seawal pagi kami dikejutkan untuk mulakan treking seawal pagi bagi menyaksikan keindahan matahari terbit di puncak gunung. Mulanya memang malas dah nak naik, tapi mengenangkan belum lagi sampai ke puncak, saya gagahkakn juga jiwa dan semangat untuk bersedia mendaki bagi kali ke-2.

Bagi sesetengah orang, ianya kerja gila. Sedap-sedap tidur di atas tilam empuk, boleh ja tengok matahari terbit dari beranda rumah tanpa menderita kesejukan. Believe me, it's totally different feeling and experience :)

Dan selepas tragedi yang menimpa kami, berbaloi sangat lah untuk mendaki kali ke-dua. Apa la sangat kesusahan tersebut berbanding dengan kesusahan-kesusahan yang kami hadapi sebelum tiba di kaki gunung.

Success is to be measured not so much by the position that one has reached in life as by the obstacles which he has overcome.~Booker T. Washington

Selepas briefing, sekitar jam 1 pagi kami mula mendaki. Kami dibekalkan dengan "pack lunch" sebagai bekal sepanjang pendakian. Rasanya nasi goreng + keropok kot. Kali ini trekking dalam keadaan gelap, hanya bersandarkan kepada lampu kepala dan cahaya di hadapan sahaja. Kali ini tidak ramai yang mendaki untuk kali ke-2. Yang lain masih lagi diulit intan dan jadi kepompong dalam sleeping bag. Sejuk sangat-sangat. Saya macam biasa, dengan slower pace dan saya selalu menjadi orang yang paling akhir sampai ke puncak sekiranya mendaki mana-mana gunung.

Sekiranya kita mendaki, ikut pace masing-masing. Tidak perlu terlalu laju apatah lagi mendaki gunung-gunung yang sejuk. Mendaki dengan kelajuan yang sama seperti berjalan di jalan biasa akan menyebabkan seseorang itu cenderung untuk mengalami Acute Mountain Sickness (AMS).

Setiap orang berbeza corak dan pattern pendakian, ikut keselesaan anda dan dalam masa yang sama cuba untuk tidak menyusahkan orang lain ataupun yang di belakang kita.

2 pagi - kami tiba di Campsite 1. Treking di dalam gelap ni berbeza sedikit dari treking waktu siang. Tiada selfie-selfie atau wefie. Masing-masing tunduk berjalan berpandukan cahaya lampu. Sebab itu lah, masa sampai di Campsite 1 agak sedikit laju dari semalam.

3.30 pagi - saya tiba di Campsite 2. Hari masih gelap lagi. Yang lain telah lama menunggu di campsite tersebut. Rehat sekejap, atur kembali nafas dan seterusnya teruskan perjalanan ke puncak lebih kurang sejam katanye.

Dari campsite 2, perjalanan ke puncak melalui Grassland to summit saya rasa agak mencabar...rasa seperti The never ending road. Nampak cahaya dari atas, tetapi kenapela tak sampai-sampai lagi. Trek yang panjang dan turun naik bukit yang landai menyeksakan jiwa. Saya dah mula perlahankan perjalanan di dalam cuaca yang semakin sejuk dan berangin. Nak berhenti rehat pun seperti tak rehat disebabkan tiada tempat untuk menyembunyikan diri dari angin yang kuat. Saya teruskan perjalanan dengan perlahan-lahan....

5.10 pagi - akhirnya, saya sampai ke puncak beberapa minit lagi sebelum Subuh. Di puncak Pulag, terdapat banyak "bushes" yang kecil kecil. Sampai di puncak, saya abadikan kenangan dahulu di puncak, walaupun masih gelap, foto sesi dulu. Selepas matahari terbit, lebih banyak foto session diabadikan bersama-sama dengan team mendaki. 
Puncak Pulag. I've made it Alhamdulillah :) Besarnya nikmat yang Allah berikan. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah
After climbing a great hill, one only finds that there are many more hills to climb.~Nelson Mandela
The moment of sun rise...Thank you Allah for giving me the opportunity to witness your creation.
"Maka nikmat Tuhan manakah yang kita dustakan?"
Enjoying is silence, cherish every moment and this is the reason to be thankful everyday.
Macam ni la kami menyorok di dalam "bushes" tersebut...:))
Gunung ganang sebagai pasak, bumi sebagai hamparan, langit tidak bertiang dihiasi bintang-bintang. Jadilah kita hamba pemikir, yang sentiasa memikir akan kebesaran-kebesaran Allah swt, agar kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur. Allahu Akbar!

“Dia menciptakan langit tanpa tiang sebagaimana kamu melihatnya, dan Dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi agar ia (bumi) tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembangbiakkan segala macam jenis makhluk bergerak yang bernyawa di bumi. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik."(Luqman: 10 )

My climbing buddies...:)
Keep close to Nature's heart... and break clear away, once in awhile, and climb a mountain or spend a week in the woods. Wash your spirit clean.~John Muir
My sweepers...bagus adik-adik ni, ian n nasir dari awal-awal lagi temankan akak dari mula mendaki sehinggalah ke puncak :)) Thanks a trillion :)
A hero is an ordinary individual who finds the strength to persevere and endure in spite of overwhelming obstacles.~Christopher Reeve

Tiada kata yang dapat diungkapkan betapa indahnya Gunung Pulag. Segala keperitan, kesedihan, kekecewaan sebelum tiba di sini sekurang-kurangnya terubat. Aturan Allah swt itulah yang sebaik-baiknya. Yang baik dijadikan panduan dan yang tidak sempurna itu dijadikan pengajaran agar dapat diperbaiki di masa hadapan. 

"And indeed, climbing always taught me on persistency and keep on moving in life. We have a very short life, embrace every moment of it, good or bad."

Di puncak Pulag pada isnin pagi pun ramainya pendaki dan kebanyakannya adalah pendaki lokal. Sampai sahaja kami di puncak, masing-masing mencari tempat strategik di dalam bushes untuk mengelakkan diri dari kesejukan melampau dan angin yang kuat. Ada yang subuh di dalam bushes disebabkan suhu yang terlampau sejuk. Sementara menunggu matahari terbit hampir semua pendaki bersembunyi di dalam bushes. Rasa macam menyesal pulak sampai puncak sedikit awal :)). Masing-masing dan menggeletar kesejukan, dan ada pulak yang sambung tidur dalam "bushes". :)) Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa bersyukurnya kami mendapat peluang berada di puncak gunung ini. Hanya gambar-gambar sahaja dapat menerangkan maksud yang tidak terucap.
Bila dah terang, baru nampak keindahan The Grassland to Summit
7 pagi - selepas hampir 2 jam di puncak, kami teruskan perjalanan turun ke campsite. Matahari semakin ceria menampakkan diri. Kesejukan semakin tidak terasa sepanjang perjalanan. Trek turun mengambil masa lebih kurang sejam. Itupun kami berhenti sekejap-sekejap bagi sesi foto. Momen-momen seperti ini haruslah dinikmati dan dikenang di dalam gambar. Suatu hari nanti, bila dah tak larat nak mendaki, bolehla ceritakan pada yang muda-muda pengalaman mendaki di mana-mana gunung atau boleh dijadikan panduan kepada yang ingin mendaki.






Walaupun jarak tidaklah jauh sangat, tapi mentalnyaaaa nak sampai puncak :))
Turun dari sini pun saya dah rasa mental :)) Cobaaaan!
8.00 pagi - saya dan farah tiba di Campsite 2, yang lain ada yang dah sampai dan mula turun dari campsite 2. Kami berhenti rehat sekejap sebab dah lapar. Malangnya pack lunch kami yang kami nak makan beku kesejukan. Kecewaaa....tak dapat makan pack lunch. Nasib baik ada kurma, breakfast pagi kami hanya dengan kurma dan coklat. Alhamdulillah, nasib baik ada makanan. Yang lain ada yang sakit kepala sebab lapar dan lambat makan, dan cuaca sejuk terlampau juga merupakan salah satu punca sakit kepala.

8.10 pagi - kami mulakan treking turun. Kami teruskan berjalan tanpa henti memandangkan perut dah lapar, penat melampau dan perlu memanaskan badan dengan terus berjalan. Perjalanan turun dari campsite 2 melalui mossy forest untuk kali ke-2. Perjalanan saya semakin perlahan memandangkan kaki sebelah kiri mula menarik perhatian tuannya. Aduhh...perjalanan turun nie pun mental :))

9.40 pagi - tiba di simpang selepas kami melepasi campsite 1, rasa macam dah malas dah nak berjalan...kaki injured sedikit dan penatnya tak terkira...nasib baik lebih kurang 1km sebelum tiba di tapak khemah, ada disediakan perkhidmatan moto. Dengan upah PH100, dalam masa 10 minit sahaja dah sampai dah ke tapak khemah. :))

Setibanya di renjer park, bersiap-siap, kemas-kemas untuk kembali ke Manila. Nasib baikla penganjur sediakan makan tengahari. Itupun tak cukup untuk kami seramai lebih 20 orang. Saya sempat makan kuah dan nasi sahaja, nasib baik ada yang bawa sambal bilis. 

Pandangan peribadi saya, dalam trip seperti ini, makanan peserta merupakan satu elemen yang penting. Organizer perlu mengambil perhatian kepada kebajikan peserta terutama sekali bab makan. 

Teringat saya masa trip naik gunung semasa belajar. Ration makanan merupakan faktor utama yang dititik beratkan di dalam sesuatu ekspedisi. Kami bawa beras, ayam, daging, sayur-sayur, tepung dan sebagainya seumpama makan di rumah. Maggi, makanan segera dalam tin, sardin bukanlah termasuk di dalam senarai ration kami. Sebelum ekspedisi, menu bagi setiap hari disediakan terlebih dahulu dan banyak atau sedikit ration tersebut bergantung kepada bilangan peserta. Jangan terkejut, bila ekspedisi kami dahulu, terdapat menu pizza, karipap, spaghetti, nasi goreng kampung, sambal belacan (sebab ada yang bawa lesung batu), cekodok bilis, behoon goreng dan sebagainya. Ekspedisi mendaki gunung dah jadi ekspedisi menaikkan berat badan sebab mewahnya dan sedapnya makanan yang dimasak...sedap kot, or sebab lapar je tu :))
Masing-masing tunjuk muka ceria walaupun penat. Ada yang berjaya mendapat pengalaman melihat sunset dan sunrise. :)
12 tengahari - kami sudah bersedia untuk balik semula ke Manila. Pengalaman ekspedisi ini merupakan satu pengalaman yang mencabar. Mencabarnya bukan semasa mendaki, tetapi mencabarnya adalah sepanjang perjalanan sebelum tiba saat mendaki...banyaknya cubaan dan dugaan yang kami hadapi. Kalau jiwa tak kental dan tak kuat semangat, memang ramai yang jadi HULK, marahkan penganjur yang menganjurkan trip kali ini. Tahniah kawan-kawan! Cobaan dunia ini berjaya kita atasi. Alhamdulillah :)

Cobaan dan dugaan yang kami hadapi, belum berakhir di sini. Ada lagiii.....- Jeepney mabuk dsb akan saya ceritakan pada entri akan datang :))
Post a Comment