05 February 2016

Travellingbie : Day 1 : Mall Of Asia - 7Eleven - Rooftop Deck Awesome Hostel Kabayan Avenue

GREEN MOUNTAIN
By Li Bai

You ask me why I dwell in the green mountain;
I smile and make no reply for my heart is free of care.
As the peach-blossom flows down stream and is gone into the unknown,
I have a world apart that is not among men.


Perjalanan Day 1 kami disambung lagi.
Selepas selesai membeli ration (kononnya) untuk bekalan sepanjang perjalanan, kami ke tempat simpanan beg untuk mengambil beg masing-masing dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Victory Liner (bas ekspress) untuk ke Baguio.

Dari tempat simpanan beg, kami menaiki teksi seramai 4 orang. Dengan bilangan yang agak ramai, melambatkan sedikit perjalanan kami ke tempat seterusnya. Namun, kami masih mempunyai banyak masa memandangkan bas dijadualkan bertolak pada jam 9malam.

Menaiki teksi dari satu tempat ke satu tempat di Manila adalah sesuatu yang men-stresskan. Manila merupakan bandar yang saya rasa, saya tak akan pergi berkali-kali. Trafik jem berpuluh kali ganda teruk dari Kuala Lumpur. Lokasi 3km dari airport ada kemungkinan akan kita habiskan di jalanan selama lebih 1 jam, mungkin 2 atau 3 jam. Rasanya kalau berlari lagi cepat sampai kot. :))

Kami tiba di Victory Liner sekitar jam 7malam. Kemudian kami berjalan sedikit ke 7 Eleven dan berehat di sana sementara menunggu bas pada jam 9 malam.

Masa dan ruang tersebut kami gunakan untuk solat, makan-makan ringan, sembang-sembang, kemas-kemaskan mana-mana yang patut.

Bila tak tahu nak buat apa-apa, itula yang menyakitkan. Penantian memang sesuatu yang menyakitkan. Lebih-lebih lagi bagi kami yang telah seharian musafir, dengan baju yang sama, kurang rehat, kurang makan ni...rasanya macam kurang makan. Di 7 Eleven nie pun bukan boleh makan semua bende. Ketidakselesaan bercampur dengan penantian boleh menyebabkan ammarah dan boleh menyebabkan seseorang itu kurang waras pemikirannya. :)) Tapi, surprisingly...saya lihat semua team masih lagi waras, sembang2 dan gelak2 walaupun mungkin dalam hati ada yang dah tertanya-tanya, dah mula kurang sabar atau dah nak meletup disebabkan penantian yang tiada berkesudahan ini.
Di 7Eleven - Muka masih ceria walaupun semua dah penat, melekit tak mandi seharian :))
Sekitar jam 9malam, masih lagi tiada arahan atau petunjuk yang mengatakan kami akan menaiki bas malam ke Baguio. Azwan selaku pengurus, maklumkan pula, bahawa kami akan menaiki bas pada jam 10 malam. Kene lagi menunggu sejam lagi untuk menaiki bas. Rasa tak sedap hati dah bersarang di dalam fikiran. "Mesti ada apa-apa ni, dan organizer masih tidak mengatakan perkara yang sebenar.".

Selain team kami, ada 1 lagi team seramai 7 orang yang akan menaiki Gunung Pulag melalui Akiki Trail. Nampak macam power je grup nie. Takpe, kenal-kenal la dulu. Kalau yang peramah dan mesra alam, memang semua team akan ditegur. Kalau yang sebaliknya, akan duduk dalam grup je la. Saya perhatikan organizer mundar mandir di hadapan 7Eleven dengan local guide....dah rasakan ada sesuatu terjadi yang bakal menghalang perjalanan kami.

Sekitar hampir jam 9 malam, masih belum ada petunjuk lagi yang kami akan menaiki bas ke Baguio. Team member rasanya dah ramai yang tertanya-tanya mengapa, kelihatan organizer, ketua grup masing-masing sedang berbincang. Akhirnya kami semua dipanggil untuk berbincang di suatu sudut di luar 7 Eleven. Azwan memulakan perbincangan dengan mengatakan bahawa terdapat beberapa masalah teknikal yang agak besar yang akan mengganggu perjalanan pada malam ini. Antaranya:
  1. Porter bagi treking menerusi Akiki Trail tidak dapat disediakan keesokan hari nya dan sepanjang perjalanan
  2. Hari Ahad di Baguio merupakan hari cuti umum dan ada Festival Flora. Seramai lebih kurang 300 pendaki bakal mendaki ke puncak bermula dari Ambageng Trail dan pendaki yang mendaki dari Akiki Trail seramai 95 orang akan menuju puncak. Laluan Akiki tiada masalah untuk dakian, tetapi porter yang membawa barang tidak dapat disediakan dan masing-masing perlu membawa beg sendiri - yang ini bukanlah satu pilihan yang baik untuk saya :))
Semasa perbincangan kumpulan, kami diberi pilihan-pilihan dan bincang untuk mencapai kata sepakat:
  1. Pilihan 1: Bertolak pagi esok ke Baguio, menuju ke National Park, camping di bawah - trekking ke puncak untuk menyaksikan matahari terbenam dan turun semula ke camping site di bawah berdekatan dengan renjer station (Daypack Ambageng - puncak - Ambageng);
  2. Pilihan 2: Bertolak malam esok ke Baguio, malam ni tidur di hostel dahulu untuk rehat. Esoknya aktiviti free & easy sama ada di manila atau di tempat lain. Aktiviti akan ditentukan kelak. Esok malam bertolak ke Baguio dan sampai keesokan hari nya. Spend 2h1m untuk menyaksikan sunset dan sunrise di puncak gunung Pulag;
  3. Pilihan ke-3: Masih mengikut plan asal, cuma member yang akan balik 2hb berkemungkinan akan tertinggal kapal terbang memandangkan perjalanan bakal sehari lewat. Bagi yang balik 3hb tiada masalah untuk treking melalui Akiki Trail;
Selepas berbincang dan memahami situasi yang terjadi, kami bersepakat untuk memilih pilihan ke-2. Kami terpaksa bermalam di hostel pada malam ini di rooftop deck hostel sahaja. Bagi yang ingin tidur selesa, boleh tidur di bilik hostel dengan bayaran PH450 seorang. Pengangkutan dari 7Eleven ke hostel pula, kami perlu bayar sendiri. Ramai yang mengeluh memandangkan terpaksa mengeluarkan kos perbelanjaan sendiri. Ramai juga yang agak marah kerana rancangan tidak berjalan seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini. Bagi saya, rasa nak marah pun ada sebab organizer tidak dapat menjelaskan lebih awal mengenai kesulitan tersebut. Namun saya percaya, setiap kejadian itu ada hikmahnya. Dan bagi saya, selamat la sedikit lutut saya dari menempuh perjalanan mendaki yang panjang untuk ke puncak menerusi Akiki Trail. Sebelum ni dah kecut perut dah nak ikut Akiki Trail, lepas nie kene bersiap sedia untuk mendaki melalui Ambageng Trail pulak.

Kos teksi dari 7Eleven ke Hostel = PH70. Menjelang 11 malam, kami mula bergerak ke hostel. Perjalanan ke hostel pun menyesakkan dada. Dengan berhimpit-himpit di dalam van seramai 15 orang beserta beg besar kami memang betul-betul menguji jiwa kami. Ada pulak tu yang melepaskan gas yang kurang enak di dalam van...COBAAAANN. Perjalanan pulak hampir sejam memandangkan kesesakan teruk. Van pulak, bukannya hantar kami terus di hadapan hostel.  Terpaksa pulak menapak dan bertanya dengan orang tempatan sekiranya mereka tahu lokasi hostel tersebut. Dengan penat, perasaan pun kecewa sebab perancangan tidak berjalan sepertimana yang dirancang, harap-harapnya tiada la yang akan meletup melepaskan bom Hiroshima. Kami akhirnya tiba di hostel lebih kurang jam 1120malam dan terus ke rooftop hostel di tingkat 10. Nama hostel kami = Awesome Hostel. Harap-harapnya Awesome seperti namanya.
 
Dalam masa yang sama, grup kami yang seramai lebih 10 orang ini, bercadang untuk ke Taal Volcano Lake keesokan harinya memandangkan esok merupakan aktiviti free & easy, tetapi kos perjalanan pergi dan balik ditanggung sendiri. Setelah berbincang dan mencapai kata sepakat, kami seramai 7 orang bersetuju untuk ke Taal Lake. Yang lain mengambik keputusan untuk rehat dan jalan-jalan sekitar Manila sahaja. Perjalanan ke sana menggunakan perkhidmatan awam akan mengambil masa dan kami akan bertolak pada jam 3 pagi.

Buat masa ini, SABAR dan REDHA adalah ubat yang paling mujarab! Kita hanya mampu merancang, ALLAH swt jua lah yang menentukan. Namun kita masih ada pilihan sama ada untuk menghadapi ujian tersebut dengan perasaan ammarah ataupun sama-sama berusaha untuk memberi ruang dan jalan penyelesaian. :)

Badan dah terasa miang dan gatal-gatal. Nasib baik di rooftop ada bilik mandi dan tandas. Apalagi terus mandi walaupun kesejukan. Keluar dari bilik mandi, tetiba ada yang menegur, "kak, ada sabun mandi dan ubat gigi tak?". Blur sekejap saya...tak sangka akan terjumpa dengan team yang sama perangai dengan team naik gunung masa belajar dulu. Teringat zaman dulu kala :)). "sabun dan ubat gigi ade, kejap. syampu nak tak?". Sengih ja...lupa pulak nak tanya nama.
Pemandangan Makati dari Rooftop Deck Hostel - TQ Tuan Punya Gambar :)
Selepas tu barula dapat rehat sekejap, baring di lantai walaupun tidak se-selesa seperti tilam di rumah. Rehat dulu, lepas tu jam 3 pagi nak kene bangun dah bersiap-siap untuk tour ke Taal Volcano Lake.

Satu hal yang melucukan yang saya sendiri tidak perasan. Masa tidur yang sekejap menumpang di atas rubbermat k.farid, kononnya sipi-sipi ja di hujung rubbermat. k.farid pulak bangun tidur atas kerusi. Sebelah kanan, eita dah tidur mati, sebelah kiri pulak, a group of team tengah syok menyembang...."diorang nie tak reti nak tido ka?" :)) Bila dah tersepit kat tengah-tengah, sekajap bangun sekejap baring sampaila jam 3. Tak cukup tidur, minda pun tak waras. Bangun sekejap duduk di sofa. Dekat sofa pulak ada 2 orang foreigners tengah lepak-lepak dekat situ, dengan minuma mereka. Pening kepala lagi bila terhidu minuman haram tersebut. Dah pening-pening, hujan pun turun renyai-renyai, lupa pulak ada yang tidur dalam hujan. Lupa nak kejutkan sampaikan  basah lencun tidur mati dalam hujan :))...Ya ampunnnn ye ieta :)). nasib baik hujan, kalau tak hujan, tidur mati la sampai ke pagi. heheheheee...

Kos belanja hari pertama in Peso:
  1. Van airport ke MOA = PH150
  2. Makan di Martabak Indo/Halal Food = PH189
  3. Beli minuman dan makanan di supermarket = PH172
  4. Teksi 7 Eleven ke Hostel = PH70
Total damage = PH581, lebih kurang RM58.10

"Ujian dan cabaran adalah sesuatu yang datang tidak dirancang. Apabila ianya datang, di situlah akan bermula ujian pada diri kita sendiri, sama ada kita hadapi dengan hati dan minda yang terbuka, atau kita terus mengeluh kesah dan marah di atas ujian dan cabaran tersebut. Marah itu hak individu, tetapi sikap kita terhadap cabaran dan ujian yang menimpa itulah yang menentukan jati diri dan siapa diri kita."~uark

Perjalanan ke Taal Volcano Lake yang sangat adventure, akan saya ceritakan pada entri seterusnya, tungguuuuu...

"The only use of an obstacle is to be overcome. All that an obstacle does with brave men is, not to frighten them, but to challenge them."~Woodrow Wilson

No comments: