05 January 2016

Travellingbie : Destinasi Bajet 2106 - Kota Singa

Destinasi bajet 2016 sempena tahun berjimat cermat kali ini adalah Kota Singa. Perjalanan bertiga dari Kl-Johor-Singapura-Johor-Melaka-KL

Kos yang dikongsi ber-tiga:
  1. Petrol KL-JB-KL = RM75
  2. Tol = lebih kurang RM90 untuk pegi dan balik
  3. Hotel = RM353 untuk 2 malam untuk 3 orang. Sebenarnya kalau nak lagi murah, carilah hostel atau hotel bajet berhampiran dengan CIQ JB atau JB Sentral. Tak perlu bayar parking kereta. Hanya berjalan kaki sahaja ke JB Sentral untuk menaiki bas ke Kota Singa :)
  4. Parking kereta di JB Sentral = RM17

Kos ke Kota Singa. 
  1. Bas no. 170 dari CIQ ke Botanical Garden = RM2.50. Kalau tak tahu, bertanyalah di mana tempat berhenti untuk ke Botanical Garden. Di Botanical Garden, kagum saya dengan landscape nya. Luas dan bersih dan terjaga. Ada pokok-pokok yang berusia lebih 100 tahun. Kos masuk adalah FREE. Taman Orkid sahaja yang dikenakan caj bagi dewasa sebanyak SGD5. Di kedai cenderamata, mata saya menangkap sesuatu yang menarik perhatian...bookmark yang sangat kiut. Kos bookmark SGD2.90 sahaja :)). Ade rezeki nak pi jogging dekat taman Botanical tu.hehehe...best jogging dekat situ.. :). Ketika kami hendak keluar dari taman tersebut lebih kurang jam 1 petang pun ada lagi yang ber-jogging.
  2. Botanical Garden nie ada 3 entri dan exit. Masa masuk ikut entri Bukit Timah, keluar ikut Tanglin Gate. Bagi yang hendak ke Taman Orkid terus, bolehlah masuk melalui Nasim Gate. Kami habiskan masa lebih dari sejam di dalam Botanical Garden, ditambah lagi dengan hujan renyai-renyai dan seterusnya menjadi lebat. Nasib baik bawak payung. Pakaian dah basah separuh badan. Bas dari Botanical Garden exit Tanglin Gate ke Plaza Orchard = SGD1.50. Makan tengahari kami di Lucky Plaza. Ada restauran ayam penyet yang sedap disitu. Kos makan lebih kurang SGD10. Tapi kami bernasib baik, rezeki kami...makan tengahari ade pulak yang berbaik hati nak belanja :)) Alhamdulillah
  3. Selepas makan tengahari, kami ke Masjid Al-Falah yang terletak di sekitar Orchade Road. Masjid tersebut sedang di naiktaraf kepada yang lebih baik untuk menyenangkan jemaah yang datang berkunjung untuk solat. Selepas solat, jalan-jalan sekitar Orchad Road. Kalau anda ke Kota Singa, tak perlu risau nak solat di mana :) Kebanyakan shopping complex di situ mempamerkan butik berjenama...coach, tumi, salvatore ferragamo, keith n charles...u name it! Barang-barang berjenama bukan menjadi kegilaan saya. Nanti saya betul-betul jadi gila membayar harganya...ahaaa. Saya pula terjebak dengan promosi baju heitech. 50% tuuu..dan harga lebih murah di Malaysia. Total damage SGD43. Nasib baik tak terbeli running shoes. 
  4. Makan tengahari - Iga Bakar. Sedap tapi nasinya macam sikit ja...heheheee
  5. Di sepanjang jalan Orchad, sambil mata anda disajikan dengan butik2 berjenama, anda pasti tidak akan terasa bahawa anda telah berjalan lebig dari yang biasa. Kemudian kami ke MRT Sommerset untuk Raffles Place, melawat kawan lama, Merlion si Singa. Tambang MRT = SGD1.50. Dari Raffles Place kami berjalan menyelusuri sekitar Merlion sehingga Esplanade dan City Hall, kosnya SGD0.00 unless ade benda yang anda mahu beli.
  6. Dari Merlion, kami berjalan sehinggalah ke Esplanade, sehinggalah ke City Hall. Tambang MRT City Hall ke Farer Park = SG1.50 
  7. Di City Hall singgah sekejap di Garrret = SGD 5 x 3 bungkus
  8. Farer Park ni tempat perhentian femes dengan lokasi Mustafa Centre. Mustafa Centre terkenal dengan pelbagai barang-barang keperluan pengguna dengan harga murah. Dari emas ke perfume ke correlle pyrex ke perencah nasi beriani ke jam tangan dan...u name it, semua ada disitu. Iman kene kuat sekiranya tidak mahu berbelanja . Total damage saya di Mustafa Centre = SGD21. Itupun disebabkan kesuntukan masa dan kami perlu ke Bugis Street pula. Di Bugis Street, terkenal dengan kain pasang yang berkualiti. Nasib baik kedai dah tutup. Kalau tak...memang banyak lagi la total damage. Konon-konon tak nak shopping, tapi....terjebak jugak la sedikit di Orchard street dan Mustafa Centre. :)) 
  9. Di Bugis Street, kami singgah makan di Restoran Zam Zam. Malam ni restoran tersebut sesak dengan pengunjung. Kaki dah penat berjalan hampir 30ribu langkah dan hampir 20km. Makan malam saya, Murtabak Daging Small size SGD5 dan air teh halia SGD1.20. Masa nak bayar, dah ade yang offer belanja...rezekiiii malam ni 
  10. Jam 915pm, kami teruskan ke destinasi terakhir, Arab Street untuk menunggu bas ke JB Sentral. Tambang bas SGD3.30. Di kawasan menunggu bas tersebut, ramai teksi menunggu dan menawarkan perkhidmatan penghantaran ke JB Sentral sebanyak SGD8 seorang. Lebih kurang RM25 seorang. Mahalll! Tapi kalau nak cepat, naiklah teksi :))
  11. Lama jugak menunggu bas...sehinggalah hampir sejam.
  12. Hampir jam 11 malam, akhirnya kami sampai ke Malaysia. Alhamdulillah....
  13. Destinasi bajet kami di Kota Singa berakhir di sini. Namun...JJCM di Johor belum selesai lagi. Dan anda kiralah sendiri berapa kos jelajah bajet ke negara jiran :).
Kembara akan jadi murah atau mahal, bergantung kepada anda sendiri. Nak jadi pelancong atau pengembara? Nak kenal orang dan negara tersebut, jadilah pengembara dan bukannya pelancong.

#tipsoftheday #shortbreakaway #traveloftheday #Merlion #BotanicalGarden #BugisStreet #Murtabak #NasiBeriyani #MustafaCentre #OrchadRoad #MasjidSultan #MasjidAlFalah #Singapore #KotaSinga #picturenoedit #Note3 jer

Let your memory be your travel bag.-Alexander Solzhenitsyn

No comments: