12 November 2015

SKT Dunya vs SKT Akhirat

Demam SKT dah pun bermula. Masing-masing kita sibuk mengisi SKT yang akan dinilai oleh penyelia masing-masing. Masa ni lah masing-masing berlumba-lumba nak penuhkan aktiviti-aktiviti SKT, latihan dan aktiviti/sumbangan luar pejabat dengan harapan, penyelia dan bos kita akan "recognize" dan sahkan kerja-kerja kita sepanjang tahun dan memberikan markah yang tinggi sebagai balasan di atas usaha dan penat lelah kita menyumbang untuk pembangunan organisasi. Lagi-lagi bila kita mencapai kejayaan-kejayaan di dalam mana-mana pertandingan yang disertai, atau mencipta inovasi untuk kebaikan organisasi. Bangga dengan kejayaan dan berharap akan mendapat markah tinggi dan APC bagi tahun ini.

Pernah tak kita mempunyai perasaan sebegitu??? Atau berkata-kata, "harap-harap dapat APC atau sekurang-kurangnya markah tinggi kali ni. Banyak ni kerja yang disiapkan. Belum lagi kerja-kerja SYMP." ~ pernah dengar tak?atau...pernah tak kita ungkapkan kata-kata sedemikian?
Bagaimana pula perasaan bila harapan menggunung kita itu tidak kesampaian? Dapat markah pun ciput ja...cukupla untuk membolehkan kita naik pangkat atau naik gaji beberapa RM atau untuk sambung belajar....

Kita sibuuuk sangat dengan SKT dunya, sedangkan SKT kita pada Allah swt Yang Memiliki seluruh alam semesta ini lebih penting dari SKT dunya.

SKT sebenar kita apa ya???? Pernah tak kita tanya diri kita...apa sasaran kerja tahunan aku pada tahun ini??? Setiap hujung tahun kita akan buat SKT untuk tahun hadapannya. Pernah tak kita tengok dan intai2 SKT kita dengan Allah swt???

1. Sudahkah kita selawat ke atas Nabi s.a.w Junjungan besar kita?;
2. Sudahkah kita solat 5 waktu sehari semalam di awal waktu?;
3. Sudahkah kita membaca Al-Quran dan menghayati baris2 ayatnya?
4. Sudahkah kita berbuat baik kepada orang lain walaupun hati kita disakiti?
....dan soalan-soalan "sudahkah....." akan terus ditanya nanti....

Markah LNPT kita dari Allah swt, kita takkan tahu di dunya ini...kita boleh sahaja terus berbakti dan beramal agar markah kita sentiasa tinggi di sisi Allah swt dan tidak akan berkurangan atau negatif bila kita dinilai kelak...

Tepuk dada tanyalah imaaan kita...
Allahul musta'aan

No comments: