29 October 2015

Klinik Kesihatan

Hari ni dalam sejarah tahun ini, terpaksa mengalahkan diri untuk ke klinik.

Dah pitam 2 kali,kepala masih berpusing-pusing melihat dunia baharulah sibuk nak ke klinik dengan rasa yang berat.

Checkout dari hotel, saya terus mencari lokasi klinik kesihatan. Pilihan terakhir baharulah ke klinik swasta. Nak periksa tekanan darah sahaja pun. Kalau low bp yang teramat, saya rasa memang itulah punca pitam kot. Saya pun tak pasti sebab saya bukan doktor.

Setibanya di klinik dengan pening-pening lalat,saya ke meja pendaftaran. Nak mempercepatkan proses, saya bagitau misi nak check tekanan darah sahaja. Misi bagitau,ada surat tak? Saya blur...surat ape pulak ni.
Misi: surat dari klinik. Kalau takde surat dari klinik, kene jumpa doktor.
Hmmmm...sepanjang tahun ni tak pernah pegi klinik lagi. Tanya pulak surat dari klinik. Saya nak check tekanan darah ja. Tapi dah dikenakan tekanan perasaan.
Kalau ada surat klinik, saya tak pegi klinik kesihatan dan menunggu lama.

Dengan bayaran hanya rm1, masa yang perlu dibayar lebih 2jam. Mungkin ada baiknya saya sabar menunggu giliran ataupun pilihan lain yang boleh saya lakukan adalah pergi ke klinik swasta dan membayar lebih sekiranya tidak mahu menunggu lama.

Bertambah stresss dan pening. Masuk bilik pemeriksaan, doktor tanya macam-macam, seumpama investigator nak tahu penyakit ape.
Duktur: blood pressure awak ok. Rendah sikit je. Macamana awak ke klinik kalau pening? Berapa lama awak pitam? Jam berapa awak pitam? Agak2 berapa lama? Macamana awak sedar? Macamana awak tau awak pitam?...sambil tanya sambil periksa tekanan darah, telinga takut2 ada masalah, mata, check gula dan saya juga diberi injeksi balance.
Lepas tu duktur bagi preskripsi ubat dan hanya 1 ubat sahaja iaitu ubat pening?

Kepala saya semakin berpusing. Hmmm..selepas mengambil ubat, saya ambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah dan tidur. Bagi saya yang terkena simptom tidak cukup rehat, ubat terbaik hanyalah tidur....

Tidurlah dan rehatlah badan selepas lebih 10 hari berkelana....agar bisa berbakti lagi untuk agama.

No comments: