18 September 2015

Travellingbie : Lombok: Day 7 - SENGGIGI > MATARAM > PERKAMPUNGAN SASAK > BANDARA > KLIA2

"The traveler was active; he went strenuously in search of people, of adventure, of experience. The tourist is passive; he expects interesting things to happen to him. He goes "sight-seeing." ~ Daniel J. Boorstin

Hari akhir di Lombok. Rasa sedih pulak nak tinggalkan Lombok yang indah ini.
Seawal jam 530 pagi kami bangun untuk solat Subuh. Sejuk di Senggigi tidak sesejuk di Pelawangan :))
 Jam 630pagi, siang telah menampakkan diri, seumpama jam 730 pagi di KL. Jalan-jalan bersiar-siar di sekitar hotel dan pantai sekitarnya. Pantai di hadapan hotel tidak menarik sangat untuk mandi. Tetapi pantai di sebaliknya merupakan kawasan pelancong "surfing" memandangkan ombak nya agak tinggi.

Jam 7.30 pagi kami minum pagi yang disediakan oleh pihak hotel. Di sini, minum paginya bukan ala buffet, ianya ala-carte. 1 pelanggan 1 menu utama sahaja. Minum paginya tidak mewah seperti hotel-hotel di Malaysia yang menyediakan sarapan buffet. Menu - Omelette dan roti bakar
Sekitar 8.30 pagi kami bersiap-siap untuk keluar dan bersiar-siar menikmati pemandangan cliff sekitar Senggigi.
10.45 pagi - kami kembali ke hotel untuk Check out. Baju-baju yang disidai di luar hotel pun sempat kering memandangkan cuaca sangat bagus dan panas. Sudah terasa perasaan sedih hendak meninggalkan Lombok yang penuh kenangan ini. Selepas check out, kami singgah sebentar di Oleh-Oleh Lombok untuk membeli cenderahati. Total damage = Rp55k

Selepas itu, kami singgah Mataram Mall untuk melihat barangan outdoor. Saya pulak yang excited sebab ada benda saya cari dan nak beli sebenarnya. Total damage = 2 track bottom hiking Rp290k, 1 track bottom jogging Rp89k. Kalau dibandingkan dengan di KL, harga di sini jauh lebih murah. :)

Untuk makan tengahari yang ringan kami singgah makan Sup Bakso di sebuah restoran. Bakso Rp10k sahaja, jus Alpokat tak ingat pulak harganya, tapi kurang dari Rp20k. Di restoran tersebut, kami didatangi oleh penjual mutiara dan cenderahati. Total damage = Rp100k.
Dari awal lagi kami tertarik dengan tshirt yang Dayat pakai. Salah seorang dari kami dah buat pertukaran tshirt dengan Dayat. Yang lain kene la beli dan order...:)) harga tshirt = Rp90k

Seterusnya kami ke Perkampungan Sasak tempat perusahan tenunan songket. Suku Sasak ini terkenal dengan perusahaan tenunan songket dan kain. Setibanya kami di Perkampungan Sasak, kami diberi penerangan dan informasi mengenai suku Sasak. Kaum perempuan suku Sasak telah menenun sejak kecil dan mereka hanya layak berkahwin sebaik sahaja menyiapkan tenunan songket dengan sempurna. Satu kebanggaan suku Sasak adalah menculik gadis untuk dikahwini. Tradisi menculik atau mencuri gadis untuk dinikahi sudah menjadi adat turun temurun suku Sasak. Malahan mereka berbangga sekiranya dapat menculik gadis untuk dinikahi. Jika seorang gadis dilamar secara baik-baik tanpa diculik, orang tuanya akan berasa tersinggung dan merasakan puterinya disamakan dengan barang yang tidak punya harga diri. Pelik, tetapi benar! Saya juga membeli beberapa cenderahati untuk keluarga di sini. Tenunan kainnya sangat cantik dan halus. Sampaikan terpaksa meminjam Rp untuk membayar kain-kain tersebut :)) Total damage = Rp450k. Nasib baik duitnya tak banyak. Kalau lagi banyak memang banyak la kain diborong di sini. Bagi yang akan ke Perkampungan Sasak ini, pastikan anda mempunyai Rp yang banyak sekiranya anda peminat tenunan songket dan batek halus.
Jam menunjukkan pukul 4 petang dan kami perlu bergegas ke lapangan terbang untuk kembali ke bumi Malaysia. Sebelum itu, sempat lagi kami ke sebuah restoran untuk makan tengahari. Selepas itu kami ke airport dan menguruskan urusan selanjutnya. Di airport, kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada penunjuk jalan cum trekker cum guide cum driver kerana sepanjang-panjang perjalanan dari mula sehingga akhir, setia bersama kami. Memang orang Lombok baik-baik orangnya.
 
InsyaAllah, ada rezeki dan peluang akan ke Lombok lagi. Banyak lagi tempat-tempat yang belum lagi dijelajahi di Lombok. InsyaAllah.

Sehingga berjumpa lagi, Lombok, Pulau Seribu Masjid! InsyaAllah... :)

No one realizes how beautiful it is to travel until he comes home and rests his head on his old, familiar pillow. ~Lin Yutang

No comments: