Thursday, September 10, 2015

Travellingbie : Lombok: Day 5 - SENARU > AIR TERJUN TIU KELEP > AIR TERJUN SENDENG GILE > BANGSAL > GILI TRAWANGAN

"Only those who will risk going too far can possibly find out how far they can go." — T. S. Eliot.

Allah swt berfirman yang bermaksud : “Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikannya pahala itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan kepadanya pahala itu, dan Kami akan memberikan ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali ‘Imran : 145)

5am subuh - badan dan kaki dah mula sakit-sakit. Syukur...masih lagi diberi nikmat untuk menghirup udara segar di Senaru. Actually, otot yang sakit kerna telah digunakan dengan sepenuhnya sepanjang 4 hari mendaki Rinjani. Kami masih ada berbaki 3 hari lagi di Lombok termasuk hari ke-4 ini.

Jam 630am kami minum pagi yang disediakan oleh resort. Minum pagi di sini bukan buffet ya, semuanya 1 jenis minum pagi dan anda pilihlah minum pagi mengikut menu yang telah disediakan. Minum pagi kami kali ini terdiri dari - sandwich, roti bakar, pancake coklat, kopi dan teh

Program kami hari ini, membuat kunjungan muhibbah dan mesra alam di Air Terjun Tiu Kelep dan Sendeng Gile. Sekitar jam 720am - treking ke Air Terjun Sendeng Gile dan Tiu Kelep. Perjalanan dari resort ke air terjun dengan berjalan kaki mengambil masa lebih kurang sejam. Trek laluan perbatasan hutan dan landai serta pemandangan yang mempesonakan mata menjadikan perjalanan kami tidak terasa penatnya. Bunyi air terjun yang menderu-deru seakan-akan terapi minda yang sangat berkesan buat kami. Berbaloi-baloi kami trekking selama sejam. Walaupun baru turun dari Rinjani, semangat masing-masing masih lagi berkobar-kobar disamping untuk meregangkan otot-otot kaki.
830am Sampai di Air Terjun Tiu Kelep, tanpa berlengah-lengah lagi kami mandi berendam selama lebih kurang sejam. Sangat Awesomeee air terjun nie, sejuk banget! Bagi yang bakal ingin menziarahi Lombok, jangan lepaskan peluang untuk menjejakkan kaki ke 2 Air Terjun di Senaru ini. Rugi kalau dah datang tak sampai ke air terjun yang sangat-sangat owhsomeee ini :))

Jam 930am selepas berendam tak ingat masa, kami bertolak balik ke Resort Sinar Rinjani..dan....

dalam perjalanan pulang pula, kami bermain air terjun di dalam kolong air terjun..bestttt, kerennn dann owhsomeee! Rasa tak nak balik. Nak berumah di tepi air terjun...hehehehe

Jam 1045am kami sampai di resort. Asalnya check out jam 11 pagi, memandangkan masing-masing seronok sangat jumpa air terjum seumpama tak mandi sebulan, lambat la kami check out.

Kemas2 barang, packing dan checkout. Tak terasa kepenatan otot masing-masing apabila berjumpa dengan air terjun.

Jam 1130am kami bergerak keluar dari Senaru dengan seribu satu kenangan. 

Destinasi seterusnya adalah tempat makan untuk makan tengahari. Perut masing-masing dah bernanyi-nyanyi minta diisi. Hari ini sedikit sedih memandangkan 3 orang daripada 7 kami akan terbang semula ke Keyhel. Berbaki 4 orang kami akan meneruskan perjalanan ke Gili Trawangan dan Senggigi

Jam 1pm - kami tiba di Rindu Alam, Lombok Utara untuk makan tengahari. Makanannya boleh tahan sedap. Tapi saya lebih suka makan tengahari pada hari pertama kami tiba di Lombok. Lepak lama sikit di tempat makan, solat jamak, makan2 dan lepak2. Post mortem dan sebagainya. Kos makan seorang 110k. Not Bad!

Jam 3pm - kami tiba di Jeti Bangsal untuk menaiki bot ke Gili Trawangan. Sebelum menaiki bot, kami mengucapkan Semoga Berjumpa lagi kepada 3 stoogess of us. Sedihhhhhh nak berpisah!

Untuk ke Gili Trawangan, kami perlu menaiki bot dari Jeti Bangsal ke Gili Trawangan. Tiket bot ke Gili Trawangan = Rp15k. Gili Trawangan dikenali dikalangan pengunjung-pengunjung luar negara kerana keindahan laut dan pantainya. Di sebelah Gili Trawangan pula ada 2 pulau lagi iaitu Gili Meno dan Gili Air yang kurang padat dan lebih tenang. Setibanya di Gili Trawangan, saya agak terkejut melihat kan suasana yang serba kebaratan. Di kiri kanan dan hampir setiap ruang di tepi pantai dipenuhi dengan Resort, hotel-hotel, villa dan diselangi dengan Cafe & Bar. Dalam masa yang sama, masih kedengaran suara azan berkumandang dari kampung-kampung yang ada di pulau tersebut.

Kami bermalam di resort biasa-biasa sahaja di sini sekadar untuk berehat dan melepaskan lelah. Semalam di Gili Trawangan, bagi saya sudah mencukupi. Sakit mata wehhhh!

Allah swt berfirman yang bermaksud: “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bencana di darat dan di lautan dengan sebab tangan manusia, kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan.” (Ar-Rum : 41)
Jam 5 petang, kami menyewa basikal selama 24 jam di resort dengan kadar Rp50k. Dah lama rasanya tidak mengayuh basikal. Mengelilingi Gili Trawangan di kala petang sehingga senja dan menikmati keindahan matahari terbenam adalah sesuatu yang priceless! Tadabbur dengan alam...mudah-mudahan kami diberi peluang untuk menikmati ciptaan Allah swt ini dan mengambil iktibar, jadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur serta meningkatkan iman kami masing-masing.

Allah swt berfirman yang bermaksud: "Tidakkah engkau perhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di lautan dengan nikmat Allah, agar diperlihatkan-Nya kepada kamu sebahagian daripada tanda-tanda(kebesaran)-Nya?Sungguhlah pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda-Nya bagi setiap orang yang teguh pendiriannya dan banyak bersyukur.” (Luqman : 31)
Selepas maghrib kami mengunjungi Pasar Seni yang penuh dengan makanan, makan aiskerim yang sangat sedap dengan harga cuma Rp15k sahaja. Makan malam saya, Mee Cumi Rp40k dan Jus Alpokat Rp20k. Murah jugak sebenarnya. Kalau di Malaysia, Jus Alpokat hampir RM10. Hari ke-5 kami berakhir di sini. Ada 2 hari lagi untuk kami menjelajah bumi Lombok ini. Sekejap pula masa berlalu.
Keesokan pagi nya, Hari ke-6, kami berbasikal lagi mengelilingi Gili Trawangan secara keseluruhan. Ada yang ber-jogging sekitar pulau dan ada juga yang berbasikal seperti kami. Sekiranya anda mahu explore Gili Trawangan dengan basikal, ianya hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam 30min sahaja, bergantung kepada anda juga. Sekiranya anda banyak berhenti untuk menikmati pemandangan dan bergambar, ianya akan mengambil masa lebih lama. Masa kami agak terhad memandangkan kami perlu menaiki bot kembali ke Jeti Bangsal pada jam 10am.

Jam 1030am, kami menaiki bot ke Jeti Bangsal. Pengalaman menaiki bot tanpa jaket keselamatan dan bot yang sangat open adalah agak mendebarkan terutama sekali apabila bot dilambung ombak laut yang agak kuat. Suspen pun ada, kalau-kalau bot terbalik. Dah la tak pandai berenang...:))

"But risks must be taken because the greatest hazard in life is to risk nothing. The person who risks nothing, does nothing, has nothing, is nothing. He may avoid suffering and sorrow, but he cannot learn, feel, change, grow or live. Chained by his servitude he is a slave who has forfeited all freedom. Only a person who risks is free. The pessimist complains about the wind; the optimist expects it to change; and the realist adjusts the sails." — William Arthur Ward.
Post a Comment