Thursday, August 6, 2015

Syawal day 21 - Perihal cuti dan kerja

Cerita petang tadi dengan PA boss paling besar》
Me: salaam, akak. Nak tanya, cuti saya ujung bulan ni big boss dah lulus ke?
Pa: sudah. Masa sign borang kebenaran ke luar negara tu dia luluskan. Big boss cakap, "selalunya pegi luar negara". Dia cakap lebih kurang macam tu la
Me: hehehehe...selagi ada kudrat dan peluang kak. Bukannya guna duit jabatan pun. Itupun dia tak tau yang saya selalu terbang balik kampung. Kalau tau tu, mungkin keluar statement, "dia nie selalu ke luar negeri dan negara" hehehehe.

Walaupun cuti bukan sesuatu yang hak, Alhamdulillah tiap kali minta cuti insyaAllah boss besar luluskan walaupun kadang2 kene soal siasat. Asalkan kerja selesai, tiada lah bermasalah untuk cuti panjang. Dalam masa cuti pun dapat buat kerja dan selesaikan masalah user-user. Tambahan pula mendapat kebanyakan anak-anak buah yang excellent dan tahu kerja masing-masing. Siapalah saya tanpa mereka yang menjadi tunjang di dalam pasukan.

Bercerita pula mengenai boss or bossess,

Teringat perbualan dengan anak buah:
AB: cik, pegi la jupe boss besar. Kredit tu cik, kene tonjolkan diri
Me: ermmmm...biarlah bos atas je yg jumpa. Boss paling besar akan panggil bila ada something je yg dia nak tanya.
AB: ambik hati sikit cik. Tunjuk muka n tunjukkan kita ni wujud dan buat kerja
Me: hmmmm...tak reti la nak terhegeh-hegeh pi jumpa kalau takde keperluan. Sikit-sikit nak jumpe, sikit-sikit nak mengadap. Saya bukannya boss pun dan bukannya macam dot dot dot...bab2 macam tu saya fail. Saya tau buat keje je dan keje2 selesai. User2 yang ramai2 dekat branches puashati, dah cukup dah bagi saya. Saya pun puashati kerja.

Jadi boss kecik pun saya tak biasa. Inikan pulak nak jadi boss besar. Ini pun saya masih buat kerja-kerja yang kononnya tidak sepatutnya dilakukan oleh bosses. Saya masih lagi melakukan kerja2 dari operasi,teknikal, troubleshooting, sehinggalah pengurusan.

Ramai yang berebut2 nak jadi boss,naik pangkat,nak gaji besar, ada bilik kerja sendiri, nak ada privilege as a boss,dapat layanan istimewa tapi...ramai juga yang lupa, ianya datang dengan tanggungjawab yang besar, tugas yang mencabar dan punya tanggungan yang ramai di bawah kepimpinannya. Dan setiap dari kita akan disoal mengenai keistimewaan yang diberikan pada kita sekarang. Saya sukakan boss yang ada walking management. Tanpa segan silu dan bila-bila masa dan ketika, big boss ini akan melawat dan bertanya khabar staf2 di bawah pimpinannya dari pengurusan sehinggalah ke staf2 yang paling rendah grednya. Selain bertanya khabar, masa itulah peluang boss untuk mendapatkan pandangan staf2, mendapatkan idea2, bertanyakan pendapat dan sebagainya. Staf2 pun tidak kekok dan takut2 bila mencadangkan sesuatu atau membuat aduan atau memohon apa2 yang diperlukan.

Ketua yang hebat bukan terletak kepada betapa tingginya pangkat yang dipegang, betap gerunnya orang2 di bawah terhadapnya, tetapi....ketua yang hebat adalah yang memahami keperluan rakyatnya, membantu dan bekerja beriringan agar misi,visi dan objektif bagi sesuatu organisati itu tercapai.

Post a Comment