12 June 2015

5 perkara yang anda boleh buat untuk mengurangkan tekanan

Setiap dari kita akan melalui saat tekanan yang hebat di dalam hidup. Ada yang melalui tekanan tersebut berpanjangan dan ada yang bermusim. Ada juga yang jarang-jarang mendapat tekanan, tetapi sekali tertekan akan menyebabkan perubahan pada hidup. Ada juga yang mengambil jalan penyelesaian yang pendek untuk mematikan tekanan tersebut dengan membunuh diri, minum racun dan mencederakan diri sendiri.

Sebagai seorang Muslim, kita mempunyai cara yang sangat harmoni di dalam menghadapi tekanan, sama ada tekanan kerja, orang dan kehidupan, semuanya ada jalan penyelesaian. Pilihan kita adalah - memilih untuk menyelesaikan tekanan tersebut atau lari dari tekanan yang mengepung kita itu. The choice is yours!

Antara perkara yang boleh mengurangkan tekanan adalah :
  1. Bagi seorang Muslim, Solat merupakan salah satu terapi tekanan yang berkesan. Lengkapkan solat wajib dan perbanyakkan solat sunat. Setiap gerakan solat yang kita lakukan mempunyai khasiatnya tersendiri. "Pengulangan sujud dalam solat setiap hari paling minima dilakukan 34 kali. Bilangan tersebut dianggan bilangan yang tepat untuk meningkatkan aktiviti otot dan saraf tubuh serta menjaga keseimbangan antara sendi, khususnya tangan, paha. lutut dan kaki. Dengan aktiviti sujud juga, peredaran darah dalam tubuh boleh berjalan dan bergerak dengan mudah dari atas ke bawah. Selain itu meningkatnya lipatan tangan mampu melancarkan peredaran darah dari atas pergelangan ke bawah hingga mampu mencegah infeksi yang umumnya menyerang pergelangan tangan."- Dipetik dari Blog - http://perjalanantanpahenti.blogspot.com/2013/10/solat-terapi-diri-untuk-sihat.html                                       
  2. Perbanyakkan membaca Al-Quran - itulah pengubat hati kerna dengan mengingati Allah swt hati kita akan tenang. Allah swt berfirman, "“Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati-hati menjadi tenang tenteram." (Surah Al-Ra’du: Ayat 28)
  3. Lakukan kegiatan luar - lari, mendaki, beriadah atau bersukan atau apa sahaja aktiviti yang mengeluarkan peluh. Bersenam dan melakukan aktiviti riadah di luar, di samping dapat mengeluarkan peluh dan toksin di dalam badan, ianya juga dapat membantu kita mengekalkan atau mendapatkan berat badan yang sesuai. Bersenam juga dapat mengelakkan dan mengawal kita dari penyakit. Melakukan senaman 30 minit sehari dapat mengurangkan tekanan yang kita hadapi setiap hari.
  4. Amal diet yang sihat - pengambilan pemakanan yang sihat juga dapat membantu mengurangkan tekanan. Kita mempunyai 7 hari dalam seminggu, apa salahnya sepanjang 5 hari dalam seminggu tersebut kita mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Dengan pemakanan yang sihat, badan kita akan mempunyai nutrisi yang cukup untuk menghadapi tekanan.
  5. Cintai diri sendiri - tertekan disebabkan oleh orang lain??? It's not worth it! Cintai diri anda sendiri dan hargai orang lain. Namun, apabila ada orang yang tidak menghargai anda, janganlah rasa tertekan kerana manusia tidak semuanya sama. Setiap manusia mempunyai perangai dan tabiat yang berbeza. Terima perbezaan pendapat dan jangan berbalah sesama kita. Ianya akan lebih meningkatkan tekanan pada anda. Sekali lagi, cintailah diri anda kerana tiada orang lain yang akan lebih mencintai diri anda selain anda sendiri.
Hargai diri anda. Jangan biarkan tekanan menguasai anda sekaligus menghancurkan kehidupan anda.
Semoga kita semua bebas dari tekanan dunya!


No comments: