03 February 2015

Travellingbie : Musafir Bajet ke Langkawi

Trip pendek ke Langkawi dengan rombongan pejabat kali ini sangat santai. Memang tujuannya untuk rehat sambil baca buku dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt.

Kali ini perjalanan menaiki bas. Seramai lebih kurang 40orang dan kebanyakannya dengan keluarga. Kami yang bujang-bujang ni pun sibuk menyelitkan diri juga dalam trip ni.

Dari rumah ke Putrajaya mengambil masa lebih kurang setengah jam. Tapi, memandangkan hujan turun sangat lebat, saya terpaksa berhati-hati dan memperlahankan kenderaan. Jam 930malam, kami berkumpul di tempat berkumpul yang dimaklumkan. Jam 10malam, bas mula bergerak menuju destinasi. Syukur, hujan mulai reda.

Tak sangka perjalanan ke utara mengambil masa yang agak lama memandangkan ramai yang balik ke kampung dan bercuti agaknya. Wilayah Persekutuan cuti hari isnin dan selasa, dan ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung dan bercuti.

Kami sampai di Kuala Perlis jam 830am setelah beberapa kali bas berhenti di RnR. Feri ke Langkawi jam 930am. Dari Kuala Perlis ke Langkawi mengambil masa selama lebih kurang sejam. Jam 1030am sampai di Jeti Langkawi. Ramainya ummat. Kami minum pagi dahulu di Restoran Hameed sebelum bergerak ke destinasi seterusnya. Selesai urusan mengambil van jam 1230pm dan kami terus ke chalet untuk "check-in" dan membersihkan diri.

Jam 230pm - destinasi pertama kami = Cable Car

Seronok sangat keluarga2 ini menjelajah sekitar kawasan Cable Car sehingga lupa makan tengahari.
Kami singgah makan di Laksa Power dan cendol bersebelahan landasan kapal terbang. Memang power sejak sekian lama...

Jam 630pm - destinasi kedua = Idaman Suri dan saya berjaya tidak membeli apa-apa di sini. Walaupun cantik-cantik, tapi semuanya berat :))

Jam 8pm - Kompleks Ismail Group, shopping cekelat. Kagum pulak dengan kompleks baru Haji Ismail. Dilengkapi dengan segala kemudahan dari tempat membeli belah, hotel dan tempat makan. Serba serbi lengkap. Thumbs up!

Rehat sebelum meneruskan aktiviti keesokan harinya
Hari ke-2 = Island Hoping 》Tasik Dayang Bunting, Eagle Feeding dan Pulau Beras Basah
Makan tengahari - Meehoon Sup Daging di tengah hari yang panas.
Balik ke chalet -mandi2 dan rehat.

Ada yang meneruskan perjalanan ke Pekan Kuah, Dataran Helang dan aktiviti membeli belah.
Saya pula, rehat sebentar dan jalan-jalan sekitar Pantai Cenang sambil menikmati juadah aiskerim di Cafe My French Factory. Memang tujuan asalnya tidak mahu membeli belah...

Pantai Cenang dah banyak berubah. Terasa seperti berada di luar negara. Banyak restoran dan cafe dimiliki oleh orang-orang Siam, Middle East dan ada juga dari Perancis...rasa janggal!

Jam 630pm, selepas menghantar kawan2 yang terpaksa kembali ke KL menaiki Airasia, saya ke Pantai Cenang menikmati pemandangan matahari terbenam. MasyaAllah...indahnya ciptaan Allah swt. Teringat dengan pesann seseorang..."Jangan bermusuh dengan alam, natijahnya sangat dahsyat. Biarkan alam hidup dengan caranya tersendiri seperti yang telah diaturkan dan ditentukan. Manusia tidak akan menang sekiranya memilih untuk bermusuhan dengan alam".

Keesokan harinya merupakan hari terakhir di Langkawi. Selepas sarapan pagi, kami bergerak dengan van yang disewa ke jeti Langkawi. Barang-barang yang lain semuanya beranak-pinak, membeli belah sampai termenung sebab fulusnya dah habis. :))

Jam 1130am, feri bergerak menuju Kuala Perlis. Setiba di Kuala Perlis, pemandu mengambil bas dan kami mula bergerak ke destinasi seterusnya...Padang Besar. Sebelum ke Padang Besar, kami singgah makan dahulu. Pertama kali saya tiba di Padang Besar. Orang kata barang murah-murah. Bagi saya, baju2 dan baju sukan memang murah, begitu juga comforter. Kebanyakan barang-barang adalah dari Siam.

Jam 5 petang, kami teruskan perjalanan balik ke Putrajaya. Alhamdulillah sampai di Putrajaya 2pagi...masing-masing keletihan. Nasib baik esoknya cuti...:)

Musafir kali ini, musafir minimalist. Fridge magnet dan bookmark pun lupa nak beli. Pegi 2 beg. Balik pun 2 beg...tiada tambahan seperti yang lain. Nak tahu tips berkelana secara minimal? Tunggu.....

No comments: