23 February 2015

Riadah : Bukit Gasing Review

"Climb the mountains and get their good tidings. Nature's peace will flow into you as sunshine flows into trees.  The winds will blow their own freshness into you, and the storms their energy, while cares will drop away from you like the leaves of Autumn." - John Muir

Never knows that Bukit Gasing Petaling Jaya is a hidden gems. Hiking for 2 hours exploring many things here-nature, people, animals and others really make my holiday weekend. Appreciate nature before it's gone.

Pintu gerbang Bukit Gasing. Ada banyak entri ke Bukit Gasing dan ini salah satunya.

Peta Bukit Gasing. Permata Bandar yang hampir hilang. Di sekeliling Bukit Gasing ini, penuh dengan pembangunan. Dari dalam hutan nampak pembangunan dan bunyi-bunyi jentera.

Rumah lama ini kami jumpa dalam perjalanan dari Jalan Denai Taman Rimba Bukit Kerinchi ke Jambatan Titi Gantung Bukit Gasing. Pagi-pagi tak ade la nampak creepy. Cuba trekking kat sini waktu senja :))

Tersesat sampai ke Taman Rimba Bukit Kerinchi Lembah Pantai. Terdapat Jalan Denai bertangga yang membawa kami ke Jambatan Gantung Bukit Gasing. Jalan makin panjang dan sedikit berbukit. Namun kami teruskan jua. Nak patah balik pun jauh juga :))

Sampai juga kami ke laluan denai dan jambatan. Sampai ke hujung jambatan masing-masing termenung melihat treking mencanak naik. Patah balik bukanlah pilihan. Jalannya lebih kurang sama je :))
Akhirnya sampai juga di jambatan titi gantung
Binatang yang bakal anda jumpa di Bukit Gasing :)
Antara Flora dan Fauna Bukit Gasing

Terjumpa pulak dengan anak buah nangka. Boleh bayangkan kalau musim buah, pokok buah-buahan yang ada di Bukit Gasing ini mungkin menjadi rebutan binatang-binatang dan manusia :))
Salah satu kawasan pembangunan sekeliling Bukit Gasing
Salah satu jalan antara berpuluh-puluh jalan di sekeliling Bukit Gasing
Nak buat reflexology kaki pun boleh selepas hiking :)
Riadah tidak terancang kami di Bukit Gasing berakhir lebih 2 jam. Bagi saya, Bukit Gasing perlu dipellihara bagi mengekalkan dan menyeimbangkan pembangunan di sekelilingnya. Bukit Gasing telah lama menjadi tempat riadah bagi penduduk sekelilling dan juga bagi pelawat dan pelancong yang datang dari jauh untuk menikmati hutan dalam bandar ini. Wathctower / BirdTower kami tak sempat nak kunjungi. Mungkin di lain hari InsyaAllah. :) Seorang uncle yang kami temui berkaki ayam beriadah di Bukit Gasing bercerita kepada kami, dari kecil lagi dia memanjat Bukit Gasing ini dan memang tahu selok belok jalan denai di sekelilingnya. Namun, kawasan Bukit Gasing semakin mengecil disebabkan penbangunan rakus di sekelilingnya. Apa yang ada sekarang inilah yang dipertahankan oleh penduduk sekitarnya. Semoga Bukit Gasing terus menjadi "hidden gems" bagi penduduk bandar di Petaling Jaya dan menjadi tempat riadah yang dikunjungi oleh orang luar termasuk dari luar negara.

"Adopt the pace of nature: her secret is patience." ~Ralph Waldo Emerson
 

No comments: