Thursday, January 15, 2015

Travellingbie : Tips Tempahan tiket

Baru selesai menempah tiket pergi dan balik KL-Saigon untuk 5orang dengan harga paling murah. Nampaknya bulan 5 nanti akan ada rombongan makcik kiah shopping raya di bandar Ho Chi Minh.

Untuk dapatkan tiket murah, pandangan seposen saya, jangan teragak-agak untuk membeli tiket sekiranya menemui tiket yang paling murah. Bagaimanapun, lihatlah pada bajet anda sendiri. Saya selalunya membelikan untuk sesiapa yang berminat dan boleh terus masukkan duit di dalam akaun bank saya dan saya tidak mengenakan apa2 caj perkhidmatan pun bagi yang inginkan saya menempah tiket untuk mereka. 

Sebab itulah duit tiket tersebut perlu dimasukkan / diberikan segera kerana saya mendahulukan duit saya. Kalau baki di dalam akaun bank saya banyak, saya tak kisah sekiranya ada yang ingin membayar pada hujung bulan. Tapi, kadang2 baki di dalam akaun bank saya pun ada ketikanya menyusut kerna duit tersebut disalurkan ke tempat2 lain. Makanya perlu faham sekiranya saya minta wang didahulukan untuk bayaran tiket tersebut. 

Saya akan selesaikan urusan tiket penerbangan dahulu, baharulah saya merancang untuk tempahan hotel penginapan untuk rombongan tersebut dan ini sebenarnya memerlukan masa dan tenaga memandangkan saya perlu "survey" hotel yang sesuai dengan mereka yang akan ke sana. Kene studi sedikit tabiat mereka. Kalau yang suka backpack, sukakan bajet dan tidak kisah memang senang. 

Boleh tempah hotel paling murah walaupun sedikit jauh. Bagi yang mementingkan keselesaan, kene berbelanja lebih untuk penginapan. Bagi saya, hotel hanya tempat utk membersihkan diri dan berehat. Bukannya duduk 24jam di dalam hotel. Asalkan selesa untuk berehat dan tidur, itu sudah mencukupi. RM tersebut boleh digunakan untuk berbelanja dan membeli keperluan2 yang diperlukan...

Setiap dari kita memang suka berjalan, melancong dan melihat tempat2 yang lain dari tempat kita. Sekiranya anda tergolong di kalangan "traveller", amalkan tabiat membuat tabungan pelancongan untuk anda sekeluarga. Kalau RM100 sebulan, setahun sekali anda boleh melancong ke tempat2 yang anda ingini insyaAllah. 

Selain dari itu, kurangkan perbelanjaan yang tidak berfaedah dan tidak perlu. Tidak perlulah membeli beg baru yang mahal sekiranya beg sedia ada masih elok dipakai, begitu juga dengan pakaian, kasut dan lain2. Dengan berbelanja berhemah, anda akan terkejut betapa banyak wang anda dapat dijimatkan. Selebihnya, banyakkan sedekah. Tips2 lain saya telah paparkan di dalam entri2 yang sebelumnya.

Tahun lepas, saya membawa lebih kurang 10 orang kawan2 saya dari kampung menjelajah HCMC. Tiket dibeli waktu promosi. Kemudian bulan2 berikutnya mereka telah menyimpan untuk kos penginapan, tambahan luggage dan makan di dalam kapal terbang. Bulan2 seterusnya simpanan untuk belanja di sana nanti. Bila menyimpan sedikit demi sedikit, tidaklah besar sangat beban yang ditanggung apabila sampai masa untuk melancong.

Melancong tidak memerlukan belanja yang besar sebenarnya. Sekiranya anda berupaya menyimpan sedikit wang gaji anda setiap bulan, tidak mustahil wang tersebut akan membukit apabila tiba masanya.

Selamat menerokai dunia :)

Post a Comment