01 January 2015

Permulaan 2015

Permulaan 2015...
Demam urat, seluruh badan sakit2...Alhamdulillah. Baru  beberapa kali ulang alik mengangkut kotak2 berat dari Mydin dah sakit2 macam ni. Belum lagi jadi pekerja di sana yang saban hari membuat kerja2 berat.
Syukur kerana diberi sakit. Peluang untuk muhasabah diri, rehat sekejap dan kumpul tenaga untuk sesi2 bantuan tenaga akan datang. Insafi diri, kerna masih ada tempat dan masa untuk rehat sebentar. Yang ditimpa bencana mungkin langsung tiada kesempatan rehat dan tiada tempat berehat, yang menghantar bantuan juga rehat2 ayam dan mungkin tidak sempat rehat dalam mengagihkan bantuan.

Permulaan 2015 yang sukar. Mungkin inilah masanya kita perlu lihat jauh ke dalam. Ada hikmah di sebalik musibah. Ada pengajaran di sebalik dugaan dan ujian. Hanya yang terbuka hati dan berlapang dada mengambil pengajaran. Yang sempit akal terus jauh dari Tuhan. Semoga Allah swt mengampuni dosa2 kita. Semoga Allah swt redha kita sebagai hambaNya.

Allahul musta'aan.

No comments: