01 January 2015

Kewangan - Menghadapi cabaran tahun 2015

Permulaan 2015, telah bermula jam 12 tengah malam tadi.

2015 dijangkakan menjadi tahun yang mencabar buat negara kita dari segi ekonomi, social dan lain-lain. Dengan permulaan 2015 yang menguji negara satu demi satu - bencana alam, tragedi kemalangan dalam aviator, mata wang RM yang  lemah, penurunan harga petrol dunia dan sebagainya, merupakan antara indikator yang boleh kita jangkakan bahawa ekonomi negara pada tahun ini berada di tahap yang agak sukar. Pembangunan semula infrastruktur bagi negeri Kelantan yang dilanda bencana banjir teruk,  dilaporkan sebanyak RM1 Bilion, belum lagi negeri2 lain yang dilanda banjir termasuk Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan lain2.

Bagi diri kita secara individunya, perancangan kewangan kita sendiri perlu dilihat dan diurus dengan berkesan. Seandainya 2014 merupakan tahun sukar bagi anda di dalam pengurusan kewangan, tahun 2015 mungkin akan menjadi lebih sukar sekiranya anda tidak membuat penilaian semula atau boleh saya katakan muhasabah diri bagi pengurusan kewangan anda dan keluarga. Pengurusan perbelanjaan perlu diuruskan secara berhemah dan semak semula perbelanjaan yang tidak perlu untuk anda dan keluarga. Simpanan secara berkala juga perlu dilihat semula dan sekiranya anda telah mempraktiskan 10% dari simpanan pendapatan anda, teruskan lah dengan tabiat menyimpan tersebut. Andai anda dapat meningkatkan peratusan simpanan anda, itu lebih baik.

Terdapat beberapa cara bagi anda menguruskan perbelanjaan anda dengan lebih berkesan. Saya mendapat idea ini selepas beberapa kali memborong di pusat borong Mydin. Anda boleh mula mengunjungi pusat2 memborong selepas ini bagi memaksimakan penjimatan perbelanjaan anda:

  1. Senaraikan barang keperluan anda sekeluarga yang mana tarikh luputnya setahun atau lebih. Contoh barang2 keperluan tersebut - pencuci pinggan mangkuk, pencuci pakaian, pelembut pakaian, ubat gigi, deodorant, sabun mandi, shampu, makanan dan minuman kering seperti biskut kering, minuman 3in1, dll. Belilah stok barang2 keperluan tersebut secara borong. Anda mungkin akan berbelanja lebih pada permulaannya. Tetapi keperluan tersebut merupakan stok selama setahun bagi keluarga anda dan anda tidak perlu membelinya setiap bulan. Anda akan dapati bahawa anda telah menjimatkan perbelanjaan bulanan anda secara tidak langsung. Kos tersebut boleh anda simpan bagi bulan berikutnya dan secara tidak langsung, keupayaan anda untuk menyimpan semakin besar.
  2. Barang2 keperluan lain seperti makanan basah,anda boleh senaraikan dan beli apabila perlu sahaja. Pentingnya bagi anda untuk melihat stok makanan basah anda di dalam peti sekuk dan menyenaraikan apa yang diperlukan. Dan cara yang lebih baik lagi adalah bagi anda merancang menu masakan sebulan bg keluarga anda supaya anda dapat menentukan apa yang perlu dibeli. Ya...perancangan itu perlu. Anda perlu membuat sedikit kerja rumah di dalam merancang kewangan anda.
  3. Sekiranya anda suka membawa keluarga anda keluar bersiar2 samada makan2 di luar pada hujung minggu atau mengunjungi pusat membeli belah atau pusat2 hiburan keluarga di hujung minggu, saya pasti perbelanjaan anda melebihi RM100 setiap kali anda berlibur. Saya ingin mencadangkan cara yang lebih murah untuk berlibur dan mengisi masa berkualiti bersama keluarga. Kunjungilah taman-taman rekreasi yang banyak disediakan di negara kita ataupun di kawasan anda. Anda boleh membuat aktiviti2 kekeluargaan di sana. Bawa bekalan dan berpikniklah sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kenalkan anak2 anda kepada alam agar generasi mereka akan lebih menghargai alam yang semakin hilang ini. Saya tidak nafikan bukan semua suka kepada aktiviti2 yang melibatkan sentuhan kepada alam, anda juga boleh meluangkan masa sekeluarga dengan melakukan aktiviti2 lain - aktiviti2 amal yang dianjurkan, ke perpustakaan, muzium2, bersiar2 sekitar kota dengan pengangkutan awam, dan lain2. Tidak semua aktiviti2 kekeluargaan memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Anda cuma perlu lebih kreatif di dalam menjadikan aktiviti tersebut lebih seronok dilakukan bersama, lebih2 lagi bersama keluarga tercinta.
  4. Lihat semula bebanan hutang anda. Bagi pandangan saya, beban terbesar bagi sesebuah keluarga adalah hutang rumah dan kereta. Sekiranya anda mempunyai hutang peribadi yang mana ianya menjadi beban ( bad debt), anda perlu menyahkannya segera. Ada keluarga yang mempunyai 2 kereta kerana kedua pasangan bekerja. Cadangan saya, sekiranya anda risau dengan pembayaran bagi 2 kereta tersebut yang menghabiskan 1/4 dari gaji anda, anda perlu melakukan sesuatu. Sekiranya anda mempunyai anak yang ramai, dan anda mempunyai 2 kereta 7 seater, "letgo"1 kereta dan beli kereta yang lebih kecil. Bukannya anda akan membawa kedua2 kereta semasa aktiviti keluarga pun. Dan anda perlu ketahui bahawa kereta merupakan liabiliti bagi anda. Cukuplah sekadar keperluan sekeluarga dan anda sendiri, bukannya untuk menunjuk2 tahap kewangan anda dan dalam masa yang sama, anda sering mengadu, mengeluh kenaikan harga barangan dan kos kehidupan yang tinggi. Muhasabah tahap kemampuan kewangan anda dahulu sebelum mengeluh sana sini. Rumah pula merupakan aset anda. Walaubagaimanapun, rumah yang anda duduki sendiri kadang2 menjadi 1 bebanan kerana anda menghabiskan 1/3 gaji anda bagi membayar pinjaman rumah, kecualilah anda mempunyai pendapatan sampingan seperti rumah sewa dan pendapatan dari rumah sewa tersebut dapat mengurangkan beban pinjaman perumahan anda.
  5. Lihat semula perbelanjaan rumah anda - sekiranya anda melanggan Astro, adakah anda betul2 perlu??? Pengalaman saya, TV free yang disediakan pun tak sempat nak tengok semua. Kebanyakan kawan2 saya yang melanggan Astro hanya melanggan yang basic sahaja, itupun bil bulanan hampir juga mencecah seratus. Bil tersebut, sekiranya di darabkan dengan 12 bulan, boleh mencecah ribuan. Ribuan ringgit tersebut sebenarnya boleh digunakan untuk membeli keperluan lebih penting untuk keluarga anda, melainkan anda berasakan bahawa kehidupan anda sekeluarga tidak sempurna sekiranya tiada Astro, teruskan melanggan dan membayar bil Astro secara bulanan.
  6. Latih diri anda dan keluarga untuk berjimat - jimat elektrik, jimat air, dan tekankan pada anak2 bahawa penjimatan di dalam kehidupan seharian adalah menguntungkan. Penjimatan bukan sahaja kepada penggunaan letrik dan air. Penjimatan di dalam berbelanja juga perlu didedahkan pada anak2. Belajar berjimat duit belanja sekolah dengan membawa bekal. Jangan malu membawa bekal ke sekolah. Wang saku anak2 anda itu boleh disimpan atau digunakan untuk membeli keperluan yang mereka perlukan. "Early education" segalanya bermula dari rumah. Apabila sesuatu sentiasa dilakukan, secara tidak langsung ianya akan menjadi tabiat. Dedahkan tabiat pengurusan kewangan yang berkesan pada anak2 dari kecil lagi. Semoga berjaya :)
  7. Kreatif dan Cipta "multiple income". Sekiranya anda mempunyai kepakaran atau minat di dalam bidang memasak, menjahit, mengajar dan sebagainya...sebenarnya ia boleh memberi pendapatan sampingan kepada anda, sekaligus meningkatkan keupayaan anda untuk menyimpan dan berbelanja. Cara bagaimana untuk memasarkan minat anda itu, terpulang kepada kreativiti anda. Lihat peluang di sekeliling anda dan bukakan minda anda untuk belajar. Tidak ada manusia yang miskin kerana takdir. Setiap kita manusia mempunyai akal, fikiran dan tenaga untuk berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik. Orang yang sedia kaya sekalipun, sekiranya mereka mempunyai pengurusan kewangan yang teruk, satu hari nanti akan jatuh papa kedana juga.

Itulah antara beberapa cara yang dapat saya fikirkan di dalam menguruskan kewangan kita dengan lebih berkesan. Tahun 2015 diharapkan akan menjadikan kita lebih bijak wang, lebih berhikmah di dalam berbelanja dan lebih kreatif di dalam mencipta pendapatan tambahan bagi keluarga.

Saya doakan, negara kita terus kuat bertahan dan tabah di dalam menghadapi ujian ini. Tahun mencabar bagi negara kita. Sudah sampai masanya pemimpin2 kita mengutamakan apa yang penting bagi pembangunan negara, mementingkan keperluan rakyat, mengurangkan kerenah2 protokol yang kadang2 menyaksikan RM dibazirkan dan mengurangkan sikap mementingkan diri sendiri.

Semoga Allah swt membantu negara kita. Semoga Allah swt membantu kita, membantu memulihkan jiwa mangsa2 bencana. Dan semoga Allah swt mengampuni dosa2 kita.
Allahul musta'aan.

No comments: